usopikhwan Publish time 27-7-2021 12:55 AM

Ingin Sihat Sampai Tua, Hentikan 5 Kebiasaan Buruk Ini.


Bagi kebanyakan orang, masa muda adalah masa yang paling menggembirakan kerana stamina tubuh berada dalam keadaan terbaik. Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam sehari dan jarang jatuh sakit. Walaubagaimanapun, ada sebahagian orang yang membiarkan dirinya melakukan kebiasaan buruk sehingga boleh menjejaskan kesihatannya pada masa akan datang.Membiarkan diri melakukan kebiasaan buruk sama seperti membahayakan masa depan anda. Mungkin kesannya tidak nampak kerana anda masih muda. Anda mungkin hanya mengalami batuk atau sakit ringan yang mungkin sembuh hanya dalam beberapa hari. Namun, seiring bertambahnya usia, kesan negatifnya akan mulai anda rasa sehingga menahan anda dari melakukan sebarang aktiviti yang anda mahukan. Sekiranya anda tidak membuat perubahan dari sekarang, cepat atau lambat badan anda akan menderita walaupun anda masih muda.Terdapat lima tabiat buruk yang mesti anda hentikan segera, agar kesihatan anda tetap terjaga sampai tua.
1.MerokokTidak kira apa jenis rokok yang anda hisap, tembakau sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Tidak ada bahan selamat dalam produk tembakau, sama ada dariaseton, tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bahan yang anda hisap tidak hanya mempengaruhi paru-paru anda, malah juga boleh mempengaruhi seluruh badan anda.
Kesan nikotin boleh merosakkan fungsi kognitif dan membuat anda merasa cemas dan mudah tertekan. Nikotin juga boleh menyebabkan sakit kepala dan juga masalah tidur. Itu baru nikotin, masih ada 7000 bahan berbahaya yang masuk ke dalam badan anda ketika anda merokok dan sebahagian daripadanya boleh menyebabkan kanser. Setakat ini belum ada cara yang pasti untuk merawat kanser, cara untuk mengelakkan kemungkinan mendapat penyakit kanser adalah dengan berhenti merokok mulai sekarang.2. Lewat TidurAnda pasti pernah mendengar bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan. Anda mungkin juga mendengar bahawa tidur lebih awal sangat baik untuk badan anda. Walaupun anda mengetahui kebaikannya tetapi anda masih sukar melakukannya kerana ada banyak perkara yang ingin anda buat, contohnya menonton filem dan bermain permainan video. Semasa andamuda, anda mungkin tidak menganggapnya masalah kerana anda mempunyai banyak tenaga.Kebiasaan tidur lewat malam membuat anda mengalami perkara-perkara seperti ini, berat badan dan gula dalam darah meningkat, sukar menumpukan perhatian, lambat untuk bertindak balas, mudah lupa , mempunyai masalah kulit dan melemahkan sistem imuniti badan. Sekiranya dibiarkan berterusan, anda mungkin akan mengalami penyakit jantung dan kemurungan. Jadi mulai sekarang, matikan telefon bimbit dan komputer riba anda sebelum larut malam. Biarkan diri dalamkegelapan dan lambat laun anda pasti tertidur. Ia mungkin sukar, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa.3. Postur Tubuh BurukSejak kecil hingga sekarang, pasti anda sering disuruh berdiri tegak ketika berjalan atau duduk. Berdiri dan duduk tegak menjadikan anda kelihatan lebih gagah dan menawan. Namun, ternyata postur boleh memberi kesan lebih dari sekadar penampilan anda. Terdapat beberapa kesan sampingan yang mengejutkan dari postur badan yang tidak anda sedari. Bagaimana anda berdiri dan duduk boleh memberi kesan kepada seluruh badan anda, baik dari segi fizikal dan mental.Membongkok memang terasa selesa, tetapi kesan negatif yang dihasilkan jauh dari selesa. Terdapat banyak kesan buruk sekiranya anda sering membongkok. Ia mengakibatkan sakit belakang, kerap sakit kepala, sukar tidur, sakit urat leher, masalah membuang air besar dan juga tekanan darah tinggi. Oleh itu, pastikan badan anda lurus semasa anda berada di mana sahaja. Sekiranya anda penat, rehat seketika tetapi jangan biarkan badan anda membongkok terlalu lama.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/18/234858yszbv08sjdblai3i.jpg


4. Kurang Air PutihAir adalah bahagian penting dalam kehidupan. Sebilangan besar badan manusia terdiri daripada cecair. Air berfungsi untuk membekal mineral, vitamin, protein, dan nutrien lain ke seluruh badan anda. Air juga merupakan pelincir untuk tisu badan, termasuk untuk sendi dan tulang otot. Kerana peranannya sangat penting, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menjalankan proses metabolisme.Walaupun peranannya sangat penting, ramai orang tidak suka mengambil air putih kerana rasanya yang kurang enak. Mereka cenderung mengambil air yang mengandungi perisa tiruan seperti minuman ringan, kopi, dan sebagainya. Tidak salah mengambil minuman seperti itu, tetapi perlu diingat jika mengambilnya berlebihan akan mendatangkan kesan buruk. Ini kerana,gula dalam badan akanmembuka pintu untuk diabetes, masalah buah pinggang, kegemukan, jangkitan saluran kencing dan sebagainya. Sekiranya anda masih menyanyangi kesihatan dan masa depan anda, mulai sekarang minum lebih banyak air putih.5. Kurang Cahaya MatahariKebanyakan manusia menghabiskan masanya di tempat kerja dan juga rumah, ini boleh mengakibatkan kurangnya pendedahan cahaya matahari. Kekurangan cahaya matahari boleh mempengaruhi tubuh secara fizikal, mental dan emosi.Sekiranya anda jarang terdedah kepada cahaya matahari, maka anda akan mengalami kekurangan vitamin D. Ini membuka peluang untuk mendapat penyakit seperti diabetes, penyakit jantung,keguguran rambut, penyakit gusi, kerosakan gigidan sebagainya. Jadi ambil masa sekurangnya 30 minit sehari menghadap cahaya matahari.
Kesimpulannya, masih banyak tabiat buruk yang mesti anda hentikan sebelum terlambat. Lima perkara di atas boleh anda lakukan sekarang tanpa menunggu masa yang sesuai. Sudah tentu, perubahan ini tidak selesa, tetapi ia adalah untuk kebaikan jangka panjang. Jadi Apakah pilihan anda?

Groovykid Publish time 27-7-2021 02:29 AM

Thank........

Groovykid Publish time 27-7-2021 02:29 AM

You........

Groovykid Publish time 27-7-2021 02:30 AM

For.............

Groovykid Publish time 27-7-2021 02:30 AM

Sharing..........

Groovykid Publish time 27-7-2021 02:31 AM

.{:1_149:}{:loveo

kamal1212 Publish time 27-7-2021 02:41 AM

Sharing..........

Lagubestbest Publish time 27-7-2021 03:56 AM

ada satu lagi, jaga kebersihan gigi.

nakkomenjugak Publish time 27-7-2021 04:29 AM

Thanks! Jangan lupa banyakkan membaca dan cuci gigi 6 bulan or setahun sekali

KIM.K Publish time 27-7-2021 05:36 AM

Tau2 je aku sakit gigi. Bosan forum ni

kyozsamurai Publish time 27-7-2021 06:50 AM

Dah dekat 2 thun lbih benti merokok

ell2026 Publish time 27-7-2021 07:43 AM

Semenjak lockdown & WFH ni time tido dah out

lyshafull Publish time 27-7-2021 11:14 AM

Sejak WFH ni tido mmg kelaut pagi jadik malam … malam jdik pagi :'( riso la gak kadg2 .. iolls siap amik EO nk bagi tido

puanbintang Publish time 28-7-2021 09:06 AM

masalah i ni minum air putih tu pun kadang terkurang jugak, padahal tulah paling basic untuk kesihatan..ayoooooo!!

LostStar Publish time 28-7-2021 09:41 AM

lyshafull replied at 27-7-2021 11:14 AM
Sejak WFH ni tido mmg kelaut pagi jadik malam … malam jdik pagiriso la gak kadg2 .. iolls siap ...

betullaaa... sejak2 mco bagai ni.. daku pny percaturan tdoq pon jahanam.. susahnya nak betulkan balik.. dah la skrg makin malam ada jek cerita kt tv.. yg bestnya daku layan plak.. bosan xde aktvt luaq kot.. so layan jek la tv sampai menjejaskan waktu tdoq.. hmm

Annaquinn009 Publish time 31-7-2021 10:09 PM

puanbintang replied at 28-7-2021 09:06 AM
masalah i ni minum air putih tu pun kadang terkurang jugak, padahal tulah paling basic untuk kesihat ...

sama lah..kalau ada air manis selalu lupa nk minum air putih..kalau minum pun nak yg betul2 sejuk

Rogue98 Publish time 4-12-2021 11:46 PM

Aku selalu tidur lambat n minum air bergas....dah cuba nak stop tapi tak boleh..:'(

doubleharmonic Publish time 5-12-2021 01:42 AM

sekarang ni iols tidor lambat setiap ahad malam sebab nak tengok sampai habis yach gegarvaganza sampai segmen alal semua tu yachh. nak kena beliak2 bijik mata hantar ain bak kata duda kalau misai kontot tu belum tersingkir lagi yachh. dah la asik overrun jah bunda kemain panjang komen siap halo2 bila kena cut dek floor manager ko mampoo?
Pages: [1]
View full version: Ingin Sihat Sampai Tua, Hentikan 5 Kebiasaan Buruk Ini.


ADVERTISEMENT