Raline Publish time 26-7-2021 09:15 PM

7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

https://media.siraplimau.com/2021/07/Dryland-Planking.jpg
KELEBIHAN SENAMAN PLANK

Pernah tak dengar orang kata, “Kalau rasa 1 minit tu sekejap, cubalah buat plank!”.

Walaupun nampak macam senaman statik dan mudah, sebenarnya posisi plank menggunakan banyak otot badan dan memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal.

Jom kita semak kelebihan senaman plank !

KELEBIHAN SENAMAN PLANK
1. DAPAT MENGAKTIFKAN LEBIH BANYAK OTOT
Tahukah anda sebenarnya plank memberi lebih banyak manfaat daripada senaman ‘sit-up’?

Berbanding senaman sit-up yang hanya fokus pada bahagian abdomen, senaman plank dapat fokus pada seluruh bahagian badan !

Senaman plank dapat melatih pelbagai kawasan otot seperti lengan, kaki, abdomen dan pinggul.

Jadi, senaman plank ini sesuai diamalkan bagi yang ingin menguatkan otot pada seluruh bahagian badan berbanding satu bahagian pada satu masa.

https://media.siraplimau.com/2021/07/5f21afb95fa9a433393800b6.jpg
Kredit Foto : insider.com


KELEBIHAN SENAMAN PLANK

Pernah tak dengar orang kata, “Kalau rasa 1 minit tu sekejap, cubalah buat plank!”.

Walaupun nampak macam senaman statik dan mudah, sebenarnya posisi plank menggunakan banyak otot badan dan memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal.

Jom kita semak kelebihan senaman plank !

KELEBIHAN SENAMAN PLANK
1. DAPAT MENGAKTIFKAN LEBIH BANYAK OTOT
Tahukah anda sebenarnya plank memberi lebih banyak manfaat daripada senaman ‘sit-up’?

Berbanding senaman sit-up yang hanya fokus pada bahagian abdomen, senaman plank dapat fokus pada seluruh bahagian badan !

Senaman plank dapat melatih pelbagai kawasan otot seperti lengan, kaki, abdomen dan pinggul.

Jadi, senaman plank ini sesuai diamalkan bagi yang ingin menguatkan otot pada seluruh bahagian badan berbanding satu bahagian pada satu masa.


2. DAPAT MEMBAIKI POSTUR BADAN
Bagi yang bekerja di hadapan komputer, anda pasti mengalami masalah sakit bahu dan belakang akibat duduk terlalu lama.

Anda boleh tangani masalah ini dengan senaman plank!

Senaman ini sangat baik untuk membetulkan postur badan dengan menguatkan otot belakang, bahu, leher dan abdomen.

Ini dapat melatih anda mengekalkan posisi bahu dan pinggang yang betul ketika duduk.

Senaman plank juga dapat meningkatkan kekuatan isometrik pada otot abdomen bagi mengelakkan anda untuk membongkok ketika duduk.

https://media.siraplimau.com/2021/07/wfh-1586742596.jpg
Kredit Foto : indiatvnews.com

3. DAPAT MENINGKATKAN TAHAP FLEKSIBILITI BADAN
Senaman plank bukan sahaja baik untuk menguatkan otot, malah ia juga baik untuk meregangkan bahagian bawah badan.

Rutin regangan memberi manfaat kepada tubuh dengan meningkatkan lagi tahap fleksibiliti badan.

Jika anda ingin membuat regangan pada bahagian sisi, anda boleh berlatih posisi ‘side plank’ seperti di bawah.

Jika anda bosan dengan posisi plank biasa, terdapat banyak lagi posisi plank yang anda boleh cuba.

https://media.siraplimau.com/2021/07/Best-home-workout-apps-Destination-Deluxe.jpg
Kredit Foto : destinationdeluxe.com

4. SENAMAN PLANK BOLEH DIOLAH & DIPELBAGAIKAN MENGIKUT KESESUAIAN
Dalam melakukan senaman, jangan pula terlalu memaksa badan melebihi kemampuan.

Senaman plank ini boleh diolah mengikut tahap kekuatan badan.

Antara salah satu bentuk modifikasi yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan plank menggunakan kerusi terlebih dahulu.

Untuk ‘beginner’, anda boleh mulakan dengan menahan posisi selama 15 ke 30 saat.

Semakin anda sering berlatih, kekuatan badan akan meningkat.

Anda bolehlah menambah masa plank serta tukar posisi yang lebih mencabar kekuatan badan.

https://media.siraplimau.com/2021/07/how-to-modify-plank.jpg

Kredit Foto : pumpsandiron.com

5. BAIK UNTUK MENCEGAH SAKIT BELAKANG
Rutin kerja yang memerlukan kita duduk pada masa yang lama serta gaya hidup yang kurang aktif membuatkan kita mudah mengalami sakit belakang.

Amalan senaman plank dapat mencegah seseorang daripada masalah ini.

Senaman plank yang menguatkan otot abdomen dapat mengurangkan beban daripada berat badan ketika kita berdiri dan duduk.

Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang yang menyebabkan masalah sakit belakang.

https://media.siraplimau.com/2021/07/man-healthy-back-background-spine-pain-prevention-man-healthy-back-light-background-spine-pain-prevention-180023617.jpg
Kredit Foto : plainfieldchiropractic.com

6. BAIK UNTUK MELATIH IMBANGAN BADAN
Selain menguatkan otot badan, senaman plank juga berperanan dalam menstabilkan otot bagi meningkatkan kebolehan imbangan badan.

Badan bergantung kepada kekuatan abdomen bagi mendapatkan keseimbangan.

Antara aktiviti yang mementingkan imbangan badan ialahi berlari, berbasikal dan mendaki gunung.

Disamping membaiki imbangan badan, otot yang stabil juga dapat mengelakkan seseorang daripada mudah cedera ketika melakukan aktiviti fizikal.

7. MEMBANTU MENINGKAT METABOLISMA BADAN
Dengan rutin plank yang menguatkan kebanyakan otot badan pada satu masa, ia juga berupaya untuk membakar lebih banyak kalori.

Otot yang semakin kuat dan sihat dapat meningkatkan lagi tahap metabolisma badan serta mengurangkan risiko penghasilan lemak di badan yang boleh menyebabkan berat badan meningkat.

Senaman plank merupakan senaman yang sesuai bagi yang mempunyai kekangan masa untuk bersenam.

Anda cuma perlukan maksimum 2 ke 5 minit sehari untuk melakukan plank.

Senaman ini baik bagi menguatkan otot-otot badan serta baik untuk membaiki postur badan.

https://media.siraplimau.com/2021/07/home-workouts-4.jpg.crdownload-1024x576-1.jpg
Kredit Foto : meathsports.ie

CARA BETUL BUAT SENAMAN PLANK
Inilah cara yang bet untuk melakukan plank:

Langkah 1: Pertama sekali merangkak dan angkat lutut dari lantai. Sekarang luruskan kaki anda untuk membuat tubuh anda lurus seperti sebuah papan (plank) sepenuhnya.

Langkah 2: Kaki anda harus selebar bahu dan telapak tangan anda harus tepat di bawah bahu anda, menekan lantai.

Langkah 3: Panjangkan tulang belakang anda dan latih otot perut, lengan, dan kaki Anda. Panjangkan bahagian belakang leher anda dan lihat ke bawah. (Jangan pandang depan tau!)

Langkah 4: Tahan posisi ini setidaknya 10-30 saat, lalu relaks. Ulangi sebanyak beberapa set dalam tempoh 2 hingga 5 minit.

https://media.siraplimau.com/2021/07/FB_IMG_1627230682990.jpg
JOM BUAT SENAMAN PLANK!

Bagi yang ingin mulakan senaman plank, anda boleh memilih posisi plank yang sesuai bergantung kepada tahap kekuatan badan.

Jika sudah mahir, anda boleh mara ke posisi yang lebih mencabar dan tingkatkan lagi masa plank.

Jangan lupa untuk kekal aktif walaupun hanya duduk di rumah.

Dengan adanya senaman plank, kini anda boleh bersenam dengan lebih mudah dan berkesan.

Selamat mencuba!

Sumber:https://siraplimau.com

Perk77 Publish time 26-7-2021 09:28 PM

Aku buat...mula2 ..baru Kiraan 5 dh tumbang..now 1 minit....mmg badan cepat turun...

Nildakin Publish time 26-7-2021 09:35 PM

Nampak senang tp bila buat xsempat kira smpai 5 dh stop

ophillea Publish time 26-7-2021 09:36 PM

Macam biasa, time baca semangat nk buat. Time nak buat, syaitonirrojim bisik esoklahh. Hmmm

whimsicalmusic Publish time 26-7-2021 09:55 PM

Susah..buat 20 seconds pn terketar2 badan

my_irina Publish time 26-7-2021 09:56 PM

ophillea replied at 26-7-2021 09:36 PM
Macam biasa, time baca semangat nk buat. Time nak buat, syaitonirrojim bisik esoklahh. Hmmm

Hahaha sama la...acah2 je i ollz...bile nak buat adeh esk la...nanti la

Daftpunk_shine Publish time 26-7-2021 10:00 PM

Senaman yg paling senang. 2 min cukup. Dah tercungap2 macam ikan naik ke darat. Buat hari2. Mmg naik 6 pax. Betul.

KIM.K Publish time 26-7-2021 10:13 PM

Dulu plank dgn nuckles atas tar. Now pakai lutut pon taklarat

maxgamer82 Publish time 26-7-2021 10:32 PM

Elbow plank 1 minit sehari je yang lepas...:P

ophillea Publish time 26-7-2021 11:07 PM

my_irina replied at 26-7-2021 09:56 PM
Hahaha sama la...acah2 je i ollz...bile nak buat adeh esk la...nanti la

Ade je alasan nak mengelat kan. Cuti nie sempat la buat if sebab bangun lambat. Fully masuk keja nnt tah la. Mau pagi2 menggigih cari sarapan

Note93 Publish time 27-7-2021 04:34 PM

Menggigil tangan nak habiskan 30 saat

puanbintang Publish time 28-7-2021 09:02 AM

susahnya nak konsisten buat ni..semput :sweat3:

shinbae Publish time 28-7-2021 01:18 PM

balik nanti nak buat lah..
lama tinggal... :D

Napansahut Publish time 30-7-2021 11:39 AM

Bagi aii plank workout senang je buatnya..banyak2 work out y palingazab nak buat ialah squat.aii perna dulu ikut chalenge omputih konon.30days challenge buat 30 times sehari..3 hari tu yaaaa allah aiii ingatkan peha aii tercabut,sakit sangat nak jalan nak2 lagi jika nak ke tandas.dah complete 30 days,my butt aii tak rasa diabertumbuh cuma diamontok,pejal serta tegang.selulit pun semua hilang serta merta

DyanaHarun Publish time 29-9-2021 09:40 PM

Senaman mmg ada pros & cons. Contoh cons adalah kelebihan senaman tidak baik untuk lutut. Tetapi pro's memang outweighs cons.

aotearoa Publish time 28-10-2021 03:04 PM

Perk77 replied at 26-7-2021 09:28 PM
Aku buat...mula2 ..baru Kiraan 5 dh tumbang..now 1 minit....mmg badan cepat turun...

Eh betul eh? nk buat jugak la. Down sekarang bila jumpa ipar duai asyik kena tegur gemuklaa sekarang:L:L. nak start buatla gini. Dapat turun sikit pun jadikla..

blakerainer Publish time 2-11-2021 07:23 PM

Edited by blakerainer at 2-11-2021 07:29 PM

Plank ni dlm workout routine iols. Skrg dh boleh hold 4 minit straight. Masa beginner dulu nk hold 10 secs pon bergegar satu badan. Dh dekat 2 tahun amalkan plank, benefitnya tak banyak tp npk perubahan ktposture and kurangkan muscle strain bila buat keje. Others mcm perut flat, six pack tu myths je. Utk abs, selain plank boleh buat russian twist sekali. Iols buat exercise simple2 je janji keluar peluh

alinamorgan Publish time 29-11-2021 08:17 PM

Nicely written about Benefits of Plank Exercise. Plank is one of the best exercises that provides various advantages to your body and strengthens muscles.
Pages: [1]
View full version: 7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari


ADVERTISEMENT