ciksaenara Publish time 26-7-2021 11:49 AM

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Beberapa perkara haram yang diharamkan dan jelas keharamannya dalam Al Quran dan As Sunnah. Hal-hal yang disenaraikan ini merupakan perkara yang sering berlaku dalam kalangan Muslimin.

1. Riak Dalam Ibadat
2. Memberi / Menerima Rasuah
3.Menerima Hadiah Setelah Menolong
4.Meminta di Saat Berkecukupan
5.Ghibah( Mengumpat )
6.Namimah (Menghasut)

*****Banyak lagi. Senarai dan penjelasan akan disertakan di ruang komen.****

ciksaenara Publish time 26-7-2021 11:51 AM

1.Riak Dalam Ibadat
-Termasuk dalam syirik kecil.
-Berbuat ibadat dengan tujuan dilihat orang, maka amalan sia2.
-Berbuat untuk mendapatkan pujian manusia.
-Berbuat amalan dengan tujuan diberitakan atau didengar orang lain.

Hadis Qudsi : "Aku adalah Sekutu Yang Maha Cukup, sangat menolok perbuatan Syirik. Barangsiapa melakukan sesuatu amal dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKi, nescya, Aku tinggalkan dia dan tidak Aku terima amal syiriknya.

ciksaenara Publish time 26-7-2021 11:52 AM


2.Memberi/Menerima Rasuah

-Mendiamkan kebenaran atau melakukan kebatilan merupakan satu kejahatan.
- Mengakibatkan ketidakadilan dalam hukum, penindasan orang yang berada dalam kebenaran serta menyebarkan kerosakan di bumi.

Firman Allah
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain dengan dosa padahal kamu mengetahui" - AL BAQARAH :188

ciksaenara Publish time 26-7-2021 11:52 AM

p/s : slow2 iolss update

ciksaenara Publish time 26-7-2021 12:07 PM

3.Menerima Hadiah Setelah Menolong

Hadis dari Abu Umamah:

"Barangsiapa memberi pertolongan kpd seseorang lalu ia diberi hadiah (atas pertolongan itu) kemudian (mahu) menerimanya sungguh ia telah mendatangkan suati pintu yang besar di antara pintu2 riba".

p/s : cukuplah orang yang berbuat baik itu mengharap ganjaran dari Allah di akhirat kelak.

ciksaenara Publish time 26-7-2021 12:48 PM

5.Ghibah

-Bemacam cara spt membuka aib, meniru tingkah laku/gerak geri dari org yg mengumpat dengan maksud mempermainkannya.

-Allah samakan dengan suatu yang jijik dan kotor.

Allah berfirman: Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakaj salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentulah kamu merasa jijik denganya.
(Al Hujurat : 12)

ciksaenara Publish time 26-7-2021 12:52 PM

sambungan Ghibah.....

WAJIB utk seorang saudara utk cegah kemungkaran dan membela saudaranya yang diumpat.

Rasulullah Saw bersabda:
Barangsiapa menolak(ghibah keatas) kehormatan saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan menghindarkan api Neraka dari wajahnya- HADIS RWYT AHMAD.

ciksaenara Publish time 26-7-2021 01:31 PM

6.Namimah

MAKSUD - mengadukan ucapan seseorang kpd orang lain dengan tujuan - merosakkan ikatan , menimbulkan kebencian dan permusuhan sesama manusia.

HADIS RWYT HUDZAIFAH
"Tidak akan masuk syurga al qattat(tukang hasut) "

ciksaenara Publish time 26-7-2021 01:37 PM

7.Berdusta Dalam Soal Mimpi

- sesetengah orang sengaja reka2 cerita mimpi yang tidak dialaminya

-dilakukan dengan tujuan dapat keistimewaan, kemasyuran, atau menakut nakutkan oramg

*menyebabkan ramai orang percaya dan bergantung dengan mimpi itu*
Pages: [1]
View full version: Perkara Haram Yang Dianggap Biasa


ADVERTISEMENT