JahGosipMosip Publish time 24-7-2021 10:00 PM

Ayahanda dapat sambutan baik penonton

Ayahanda dapat sambutan baik penonton
Hanis Aliaa Hidzir

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FI%20HM_2.png
Watak utama drama Ayahanda iaitu Haji Abdullah dizahirkan oleh pelakon mantap, Jalil Hamid.

DRAMA bersiri yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang, Ayahanda mendapat perhatian ramai sejak mula ditayangkan pada 10 Julai lalu.

Dengan rekod 2.5 juta tontonan pada episod pertama bersiaran di slot Lestary TV3, penonton menyambut baik karya adaptasi novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah ini.

Ayahanda menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar.

Karya ini memaparkan kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak-anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya.

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Memasuki episod keenam minggu ini, pastinya penonton tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya malam ini.

Jangan lupa menonton drama Ayahanda adaptasi novel berdasarkan kisah benar setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Disiarkan pada: Julai 21, 2021 @ 6:13pm

Sumber: myMetro

haruslah Publish time 24-7-2021 10:02 PM

Ade seniwati i kureng sket nak tengok
Sbb lakonan dia tahap tertinggi sgt

dudaberhias Publish time 24-7-2021 10:13 PM

iols tengok juga la hari2... best juga cerita dia walaupun ala2 plot citer tahun circa 2000 - 2010 dulu rashid sibir...

tapi lakonan pelakon semuaok.... tiada antagonist yang terlampau over macam drama2 lain...

jalil hamid kadang2 iols nampak dia macam fattah amin bila tua nanti...

ogy kalau hidung tinggi sikit pun iols rasa akan ada iras2 fazura bila tua...

CikE Publish time 24-7-2021 10:13 PM

haruslah replied at 24-7-2021 10:02 PM
Ade seniwati i kureng sket nak tengok
Sbb lakonan dia tahap tertinggi sgt

Minggu depan boleh la tengok..seniwati merangkap isteri ayahanda dah hembuskan nafas terakhir tadi..;P

Managerara Publish time 24-7-2021 10:20 PM

Best gila..dalam kebanjiran drama bodoh 18 tahun kebawah kan best ada drama camni

nurshima Publish time 24-7-2021 10:23 PM

Skrip mantap,mmg terbaik cerita ni,mengalahkan drama nur.

SANKURIANG Publish time 24-7-2021 10:27 PM

Babak harini ...seniwati mati dalam iman..mati sendirian pelok AlQuran.
Aku tunggu apa Azizi nak buat kat bini dia yg kuat karok tu...

Lelli Publish time 24-7-2021 10:27 PM

Berjujuq ayaq mata episod mlm ni..tambah plk dgn background lagu Awie..
Nora bagi 9 bintang.

Lengkong Publish time 24-7-2021 10:31 PM

Sapa tau bila ulangan drama ni

kaedahnya Publish time 24-7-2021 10:36 PM

cerita ni best duk tengok jugak.
kak ogy korang berlakon best jugak.
nampakla struggle seorang mak & isteri yang ada alzheimer.
so hasil google tadi cerita ni berdasarkan kisah benar dari kacamata aziz (penulis) tu la.
watak bini dia dalam cerita ni tatau nama apa. tapi in real life nama wife arwah penulis ni zubaidah.

ketupatnasi Publish time 24-7-2021 10:38 PM

Haaa.. Ada pun thread!!
Iols berkuntum tgk sbb dh lama tggu drama ni release. Big fan of arwah Cikgu Azizi Hj Abdullah.
Dato Ahmad Tarmimi Sarigar tak begitu mengecewakan.. Tak mcm Korban Kaseh yg hanyut ke laut dalam tuhh.
Opkos ada watak baru tp so far plot penting
tak ditinggalkan..

ketupatnasi Publish time 24-7-2021 10:40 PM

dudaberhias replied at 24-7-2021 10:13 PM
iols tengok juga la hari2... best juga cerita dia walaupun ala2 plot citer tahun circa 2000 - 2010 d ...

Latar waktu cite ni tahun 88-89 mcm tu sis. struggle gak nk match dgn 2021 neh. Tu yg si mas buat online bisnes tuh.

dudaberhias Publish time 24-7-2021 10:48 PM

ketupatnasi replied at 24-7-2021 10:40 PM
Latar waktu cite ni tahun 88-89 mcm tu sis. struggle gak nk match dgn 2021 neh. Tu yg si mas buat...

oooo patut la... tapi best story plot dia kaka...actually bukan sebab plot sahaja ye... tapi sebab kita pun dah bosan tengok drama yang selallu kita tengok asyik2 berebut jantan dan betina... sesekali dapat jugak tengok drama yang lebih kekeluargaan macamni... memang taste rakyat malaysia sebenarnya drama macamni dan latar belakang kampung... bukannya citer megah holding kerja kerani tapi sewa umah 3 tingkat mengalahkan istana kokdiang yang tak siap2 lagi tu:lol:

haruslah Publish time 24-7-2021 10:48 PM

Ost citer ni best
Awwwieeehhhh
Awie kalau ost mmg best
Ingatkan dia
Ratuku ft adira
Cinta kristal
Srikandi cintaku

ketupatnasi Publish time 24-7-2021 10:49 PM

kaedahnya replied at 24-7-2021 10:36 PM
cerita ni best duk tengok jugak.
kak ogy korang berlakon best jugak.
nampakla struggle seorang ma ...

Ya.. 1st time ever Ogy nye emosi terkawal by script/director. Slalu mustik over sampai rengsa menengok.
Tp kan... Kalau watak imam tu Emang Manang pegang agaknya musti lagik meletops!! Gambaran novel si ayah ni kurus keding, dingin, mysterious gittuhhh!!

kaedahnya Publish time 24-7-2021 11:16 PM

ketupatnasi replied at 24-7-2021 10:49 PM
Ya.. 1st time ever Ogy nye emosi terkawal by script/director. Slalu mustik over sampai rengsa mene ...

maybe sebab dia dikontrol & segan dengan tuan direktor ahmad tamimi kot.
tapi salut la dia boleh bawak watak pompuan 60-70 tahun yang believable.

nazriatie Publish time 25-7-2021 12:05 AM

Best ok cite ni!

Iols jenis x layan cite melayu pun blh layan n asyik bila tgk cite ni.

Lakonan semua mantap especially mak cik ex gf Aziz tu..menjadi sungguh acting sheol!

Anak aziz n mas tu pndai berlakon.

Sakit hati tgk perangai jalil Hamid duk lebihkan masjid drpd family :huffy

TomyamPuteh Publish time 25-7-2021 12:17 AM

Anak2 semua pakat cakap utara pekat. Mak pak cakap key el:D.Anyway cita dia mmg best la. Terasa smpai ke tulang hitam. Begitu la ye bila dh tua nnti. Ank2 nk struggle bila Cuba nk faham perasaan parents.

supernaturalee Publish time 25-7-2021 12:24 AM

Lengkong replied at 24-7-2021 10:31 PM
Sapa tau bila ulangan drama ni

Disney+ hotstar ade uols
Tgk lh smpi lebam

supernaturalee Publish time 25-7-2021 12:29 AM

TomyamPuteh replied at 25-7-2021 12:17 AM
Anak2 semua pakat cakap utara pekat. Mak pak cakap key el.Anyway cita dia mmg best la. Terasa smpa ...

Iols akn terganggu sgt klu background watak dr segi loghat tu ketara sgt x betul
Klu di us production akn sediakan dialect coach lg spy lontaran dialog menepati background watak
Dh smpi masa kita kena ada dialect coach ni



Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Ayahanda dapat sambutan baik penonton


ADVERTISEMENT