Raline Publish time 23-7-2021 10:26 PM

Wanita bujang mudah sakit mental

Wanita bujang mudah sakit mental

https://assets.bharian.com.my/images/articles/35tahun_1625112144.jpg
Wanita bujang berusia 35 tahun ke bawah, dikesan paling ramai alami masalah mental ketika pandemik COVID-19. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kajian pusat penyelidikan, The Centre mendapati wanita bujang berusia 35 tahun ke bawah, dikesan paling ramai mengalami masalah mental ketika pandemik COVID-19.

Kajian badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaksanakan itu dikumpulkan menerusi tinjauan dalam talian terhadap kira-kira 1,000 peserta, pada 4 Februari sehingga 14 Februari lalu.

Kandungan hasil tinjauan bertujuan mengukur tahap mental berdasarkan penilaian kendiri individu itu boleh didapati di laman web The Centre dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

The Centre dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil penyelidikan turut mengesan wanita bujang berusia 35 ke bawah itu cenderung merasa tertekan dan cemas berbanding mereka lebih berusia.

Kajian turut mendapati wanita lebih maklum berkenaan penanda aras kesihatan mental berbanding lelaki, selain mendapati tahap kesihatan mental wanita bujang masih rendah, berbanding yang sudah berkahwin.

"Berdasarkan kajian global pula, antara punca masalah mental dalam kalangan golongan muda itu kerana terlalu memikirkan masa depan, masalah kewangan, pengasingan sosial dan tidak mendapat tidur yang berkualiti.

"Kajian lain mendapati cabaran seperti keibubapaan ketika pandemik, pembahagian penjagaan rumah tangga yang tidak sama rata dan peningkatan risiko keganasan rumah tangga adalah beberapa penyumbang utama masalah kesihatan mental wanita, tahun lalu," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kajian oleh The Centre itu adalah sebahagian daripada siri penyelidikan empat bahagian bertajuk 'A Year of Living Under COVID-19', yang mengkaji kesan wabak itu terhadap kesihatan mental rakyat Malaysia, sejak setahun lalu.

Katanya, kajian itu turut mendapati masalah pendapatan individu dan isi rumah terkesan akibat pandemik juga dikatakan boleh menjadi antara punca masalah kesihatan mental yang signifikan.

"Individu dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 lebih cenderung mengalami tahap kegelisahan lebih tinggi berbanding berpendapatan lebih tinggi," katanya.

Bagaimanapun, ia bukan sesuatu mengejutkan kerana ada hubungan jelas antara kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Mereka didapati sudah mempunyai masalah mental sejak tahun lalu, turut dikesan mengalami kesihatan mental yang semakin merosot tahun ini.

Katanya, penyelidik The Centre sudah mengesyorkan supaya kumpulan golongan dikenal pasti paling banyak mempunyai masalah mental akibat wabak COVID-19, mendapatkan sokongan kesihatan mental dan ekonomi segera.

Kumpulan dikenal pasti adalah golongan muda, wanita, individu bujang dan mereka yang berpendapatan rendah.

"Ketika ini banyak hospital dan pusat perubatan menawarkan perkhidmatan kesihatan mental dan mereka perlu bijak memilih supaya sesuai dengan diri sendiri sekali gus mampu memulihkan tahap kesihatan mereka semula," katanya.

Kesan buruk pandemik COVID-19 akan nampak selama bertahun-tahun, bahkan boleh menjadi beberapa dekad yang akan datang.

"Justeru, kita perlu menangani cabaran sosial ini dengan lebih serius dari sekarang dengan cuba membantu mereka yang terkesan untuk menjalani hidup sama seperti sebelum negara berdepan pandemik," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

LH76 Publish time 23-7-2021 11:05 PM

Lg mental klu terperangkap dgn mertua n ipar cels dr neraka

salmon-suki Publish time 23-7-2021 11:06 PM

Oh noooooooooooooooo:'(:'(:'(
Sbb tu kne bagi ai balik kg:lol:;P
Bkn lakibini pjj je ada "keperluan",tp y wanita single mcm ai ni pn ada keperluan jgk,nti sakit mental haa:lol:;P

miss_strangers Publish time 23-7-2021 11:17 PM

Tggu Abam iPan punya komen:lol:

najib888 Publish time 24-7-2021 01:33 AM

Andartu junior, andartu senior or andartu forever yg lagi prone to mental illness?

JohnyEnglish Publish time 24-7-2021 06:38 AM

Nape plk bujang nk sakit mental.tanggung diri sendiri ja.

miszclassique Publish time 24-7-2021 06:43 AM

Nope, tak setuju. Semua age range prone to mental illness sbb masalah masing2 lain

haifawehbe Publish time 24-7-2021 07:50 AM

masalah anxiety ni 1 jer DUIT. ada duit happy x de duit rasa nk gila.. makan ubat2 ni just temporary saja bukan menyembuhkan sepenuhnya..

tagas Publish time 24-7-2021 11:06 AM

@ifanonline selaku pengerusi persatuan

mohon advice sebaris dua rangkap :lol:

ifanonline Publish time 24-7-2021 11:32 AM

Edited by ifanonline at 24-7-2021 11:33 AM

tagas replied at 24-7-2021 11:06 AM
@ifanonline selaku pengerusi persatuan

mohon advice sebaris dua rangkap
terima kasih saudara tagas di atas jemputan yg sungguh bermakna ini..

Ya, wanita bujang atau lebih dikenali sebagai andartu sememangnya mengalami masalah mental mengikut kategori masing2...antara wanita bujang/andartu yg mengalami tekanan mental ini adalah seperti dlm kategori di bawah:

andartu junior 28-34 tahun
andartu senior 35-39 tahun
andartu forever 40 tahun keatas

tekanan mental bagi setiap kategori adalah berbeza mengikut umur...ia berkadar langsung...

sekian, terima kasih.

Page88 Publish time 15-10-2022 06:50 AM

Women in relationships also have mental problems. Mental illness will come if in or not in a relationship.

watachiwa Publish time 21-10-2022 02:43 PM

kalo dalam masarakat meleis ni golongan bujang memang sokmo jadi contoh idup x complete, kesian, dll. event kat workplace pon asik2 yg bujang kene out sttaion, yg bujang kene cover keje weekend, kene balik lewat.
maklumla x de anak yg nak kene amik di nursery/umah pengasuh, x de suami yang nak kene ulit/jaga makan minum dll.
masa PKP aritu lah rs teruk kene buli sebab bila buat jadual bergilir WFH mmg majang single staff kene hadir ke opis. lupa la kobit dia jangkit kat org ade famili jerk. huhuhu

so bila org bujang nak amik cuti, g blk kg ke cuti huha2 ke asik diperli2. huntonglaaa x de komitmen... gitu..
mau x mental kan. Semoga bujang2an semua kuat mental n fizikal.

ifanonline Publish time 25-10-2022 04:15 PM

antara salah satu sebab andartu mudah kena sakit mental sebab bijik kelentit dan puting mengeras
Pages: [1]
View full version: Wanita bujang mudah sakit mental


ADVERTISEMENT