SenangMaju Publish time 23-7-2021 06:05 PM

Yang Sebenar Dajjal Itu Sebenarnya Mandul

Assalammualaikum,

Sekalipun tajuk ni agak pelik, akan tetapi lebih baik untuk diketengah untuk menjelaskan kebodohan mereka2 yg tidak mengenal sebenar DAJJAL.

Okey lah ye. Huhuhu... Antara kebodohan Dan keilmuwan, dimanakah diri sendiri berada pada ketika ini? ALLAH DAN RASUL atau nafsu yg diikuti? Renung2kanlah

Sufyan bin Waki' menceritakan kepada kami, Abdul Aala memberitahukan kepada kami dari Al- Jurairi dari Abi Nadhrah dari Abi Said berkata: "Ibnu Shaid menemani ku dalam keadaan melakukan haji atau umrah lalu manusia pergi dan aku ditinggalkan beserta dia kemudian ketika aku sendirian dengannya, maka tegak bulu roma ku kerananya dan aku benci kepadanya kerana perkataan manusia tentang dia. Ketika aku turun, aku berkata kepadanya: "Letakkanlah barangmu itu di dekat pohon itu", Abi Said berkata: "Ibnu Shaid melihat kambing lalu mengambil mangkuk kemudian pergi lalu memeras susu kemudian datang kepada ku dengan membawa susu lalu berkata kepada ku: Hai Abu Said minumlah", aku benci meminum sesuatu dari tangannya kerana perkataan manusia tentang dia kemudian aku berkata kepadanya: "Hari ini hari panas dan sesungguhnya aku tidak senang minum susu padanya". Dia berkata: "Hai Abu Said, sungguh aku berkehendak untuk mengambil tali lalu aku mengingatnya pada sebuah pohon kemudian aku mencekik leher ku dengannya (mati) kerana perkataan manusia tentang diri ku (bahawa aku Dajjal). Apakah kamu tahu bahawa orang yang samar (tidak mengerti) tentang cerita ku, maka tidak samar atas kamu. Bukankah kamu orang yang paling mengerti tentang hadis Rasulullah saw. Hai kaum Ansar, tidakkah Rasulullah saw. bersabda bahawa sesungguhnya dia (Dajjal) itu kafir, dan saya seorang muslim. Tidakkah Rasulullah saw. bersabda bahawa dia (Dajjal) itu mandul tidak punya anak dan sungguh aku meninggalkan anak ku di Madinah dan inilah aku pergi bersama mu ke Mekah". Abu Said berkata: "Demi Allah dia sentiasa datang dengan keterangan ini sehingga aku berkata (menyangka) mudah-mudahan perkataan manusia tentang dia itu berita dusta atasnya", kemudian Ibnu Shaid berkata: "Hai Abu Said, demi Allah sesungguhnya aku memberitahukan kepada mu dengan berita yang benar, demi Allah sesungguhnya aku mengerti Dajjal dan mengerti ayahnya dan di mana dia pada saat ini di bumi. Lalu aku berkata kepadanya: "Celaka kamu, di semua hari." Hadis ini adalah hasan.

- Sunan al-Tirmizi

ciksaenara Publish time 26-7-2021 11:52 PM

Tq sharing
Pages: [1]
View full version: Yang Sebenar Dajjal Itu Sebenarnya Mandul


ADVERTISEMENT