Raline Publish time 21-7-2021 09:36 PM

Saksikan Lakonan Terbaik Emily Blunt, Isteri Pengarah Dan Pelakon ”A Quiet Place

Saksikan Lakonan Terbaik Emily Blunt, Isteri Pengarah Dan Pelakon ”A Quiet Place”

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/07/GettyImages-1078022422_edit_273417057082237-1024x735.jpg

Emily Blunt adalah pelakon pemenang Anugerah Golden Globe yang telah beralih dari memainkan watak sokongan The Devil Wears Prada ke filem blockbusters terkemuka seperti Mary Poppins Returns pada tahun 2018.

Pelakon yang telah memulakan kerjayanya sejak tahun 2001, telah menerima pujian selama bertahun-tahun dan menguasai pelbagai genre filem terutamanya dalam thriller aksi.

Dia telah memberikan persembahan lakonan yang sangat cemerlang dalam A Quiet Place yang turut dibintangi dan diarahkan oleh suaminya sendiri, John Krasinski.

Baru-baru ini, A Quiet Place Part II yang ditayangkan sejak bulan Mei telah mengutip keuntungan sebanyak $279 juta di seluruh dunia.

Berikut adalah filem-filem lakonan terbaik dari Emily Blunt.

1. A Quiet Place (2018)

WR7cc5t7tv8

Pengarah: John Krasinski

Barisan Pelakon: Emily Blunt, John Krasinski, Millicent Simmonds dan Marcus Abbott

Sebuah keluarga berjuang untuk meneruskan hidup di dunia di mana kebanyakan manusia telah dibunuh oleh makhluk buta tetapi sensitif terhadap bunyi. Mereka terpaksa berkomunikasi dalam bahasa isyarat untuk menjauhkan diri dari makhluk-makhluk itu.

2. Looper (2012)

2iQuhsmtfHw

Pengarah: Rian Johnson

Barisan Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Bruce Willis & Emily Blunt

Pada tahun 2074, kumpulan pengganas akan menyingkirkan sasaran mereka dengan menghantarnya ke masa lalu dan akan dihapuskan oleh Joe, seorang pembunuh upahan. Sehingga satu hari, bos Joe mahu menghantarnya kembali ke masa depan supaya dia dibunuh.

3. Sicario (2015)

7VWbeHqXUIQ

Pengarah: Denis Villeneuve

Barisan Pelakon: Emily Blunt, Josh Brolin & Benicio Del Toro

Semasa misi berbahaya untuk menghentikan pengeluaran dadah yang beroperasi antara Amerika Syarikat dan Mexico, Kate Macer, seorang ejen FBI terdedah kepada beberapa kenyataan realiti yang kejam.

4. Edge of Tomorrow (2014)

vw61gCe2oqI

Pengarah: Doug Liman

Barisan Pelakon: Tom Cruise, Emily Blunt & Bill Paxton

Seorang askar yang memerangi makhluk asing dapat hidup semula pada hari yang sama berulang kali dan harinya dimulakan semula setiap kali dia mati.

5. Mary Poppins Returns (2018)

PzcaR1N0pTI

Pengarah: Rob Marshall

Barisan Pelakon: Emily Blunt, Lin-Manuel Miranda & Ben Whishaw

Mary Poppins, pengasuh dengan kuasa luar biasa, kembali kepada keluarga Banks dan membantu mereka menghindari dari bahaya dengan membawa mereka semua pengembaraan ajaib.

https://m.media-amazon.com/images/M/MV5BMTUxNDY4MTMzM15BMl5BanBnXkFtZTcwMjg5NzM2Ng@@._V1_.jpg

Sumber:https://plus.wiser.my

Raline Publish time 21-7-2021 09:37 PM

https://google.com/2/23/Emily_Blunt_SAG_Awards_2019.png

Beribear Publish time 21-7-2021 10:12 PM

Iolss suka Mary Poppins the return. A quiet place boleh lah. Tp iolss tak minat sgt kat Emily ni. Tengok pon sbb jalan cerita je

newyork Publish time 21-7-2021 11:00 PM

Dia ni berlakon mmg best.. tgk quiet place tu dgn kita2 pun dok diam2 ..

kucingitam Publish time 22-7-2021 11:34 AM

geram je tgk dia dlm Devil Wears Prada

hashashes Publish time 22-7-2021 12:26 PM

Suka tgk dia dalam the girl on the train.

JohnyEnglish Publish time 24-7-2021 12:41 PM

Korang dh tgk quiet place 2 blm?bg aku x best

Raline Publish time 25-7-2021 12:06 PM

JohnyEnglish replied at 24-7-2021 12:41 PM
Korang dh tgk quiet place 2 blm?bg aku x best

mmg kureng

doodlediddle Publish time 27-7-2021 09:07 AM

Xboleh blah mase beranak sorang2 dlm bath tub dgn ketakutan yg hanya Tuhan shj tahu. Nasib suami dia ade buat bunyi, boleh lah dia menjerit sekejap time nk push tu. gila lah…dgn lek2 xjahit nya Lepas beranak. Gilo. Respect to all mothers out there esp jaman xde hospital dulu.

Cece1234 Publish time 27-7-2021 10:36 AM

hashashes replied at 22-7-2021 12:26 PM
Suka tgk dia dalam the girl on the train.

Aah ske tgk girl on the train tu..
Pages: [1]
View full version: Saksikan Lakonan Terbaik Emily Blunt, Isteri Pengarah Dan Pelakon ”A Quiet Place


ADVERTISEMENT