arinn Publish time 21-7-2021 05:08 PM

Jangan sebarkan aib orang ...


Nurul8001 Publish time 21-7-2021 06:14 PM

Edited by Nurul8001 at 21-7-2021 06:16 PM

Saya tak taulah ada kaitan atau tak pernyataan di atas dgn isu panas sekarang ni. Tapi pada saya, kalau aib tu memberi kesan tak baik pada org lain, kena sebar contohnya org masak untuk berjual sambil hembus hingus, tak basuh tangan. Kena bgtau kedai mana. Kotor tu.

Tapi, kalau ada org tinggalkan atau malas solat, tak payah jaja cerita. Tu, antara dia dgn Tuhan, takde jejaskan makhluk lain

iman_kasih Publish time 21-7-2021 06:29 PM

Generally, iols setuju. Jaga aib sendiri & aib org lain..kawan mahupun lawan.

iman_kasih Publish time 21-7-2021 06:31 PM

Nurul8001 replied at 21-7-2021 06:14 PM
Saya tak taulah ada kaitan atau tak pernyataan di atas dgn isu panas sekarang ni. Tapi pada saya, ka ...

Utk contoh pertama yg uols bagi tu,instead of sebarkan why not uols tegur terus je. At least dia pun tau org jijik dgn apa dia buat tu.

Normabaru Publish time 21-7-2021 07:00 PM

Nurul8001 replied at 21-7-2021 06:14 PM
Saya tak taulah ada kaitan atau tak pernyataan di atas dgn isu panas sekarang ni. Tapi pada saya, ka ...

Dah kalau laki or perempuan jalang mata keranjang... Xpon pedo or pervert. Takkan xnk sebar aib org gini.. Bukan harmful kt diri dorg je.. Tp mental health org lain. Trauma kot jumpa trashy ppl mcm ni..

Nurul8001 Publish time 21-7-2021 07:00 PM

Tu contoh je.
Tapi, kalau peniaga makanan ni, tak kuasa la saya nak tegur. Takkan la tak tau beza bersih dgn kotor.
Saya pernah tegur sorang ni guna kain lap meja, untuk lap cawan pinggan. Eh, esok2 dia buat lagi. Takkan nak tegur byk kali. Saya bagitau je nama kedai pada kawan rapat. Settle

Nurul8001 Publish time 21-7-2021 07:03 PM

Normabaru replied at 21-7-2021 07:00 PM
Dah kalau laki or perempuan jalang mata keranjang... Xpon pedo or pervert. Takkan xnk sebar aib or ...

Kannnnn. Sokong kaka norm.
Kes lain, yg terbaru ni pasal masuk negara org tak bagi salam, kaka norm setuju tak kisahnya disebarluaskan?

Nurul8001 Publish time 21-7-2021 07:06 PM

Normabaru replied at 21-7-2021 07:00 PM
Dah kalau laki or perempuan jalang mata keranjang... Xpon pedo or pervert. Takkan xnk sebar aib or ...

Kaka, dah reply yg atas tu, baru saya terserempak thread pedo. Eeeiihhh. Teruknya. Lepas satu, satu tersebar.

Normabaru Publish time 21-7-2021 07:12 PM

Nurul8001 replied at 21-7-2021 07:03 PM
Kannnnn. Sokong kaka norm.
Kes lain, yg terbaru ni pasal masuk negara org tak bagi salam, kaka n ...

Yes setuju.. Sebab amalan bayar ufti nak masuk sampai harga ratusan ribu.. Pejadah nk normalkan budaya byr duit gitu.. Dh la pakai public fund..

Basic guideline dia. aib sekarang ni klu xlibat maslahah ummah.. simpan je. But if akan jejas org lain dan ada bukti.. Sebar je mcm criminals.. apedehal..pandai buat pandai la tanggung:)

bakingsoda Publish time 21-7-2021 07:16 PM

Nurul8001 replied at 21-7-2021 06:14 PM
Saya tak taulah ada kaitan atau tak pernyataan di atas dgn isu panas sekarang ni. Tapi pada saya, ka ...

bagi aku memudaratkan orang, mengundang fitnah pada orang lain tu bukan aib. aib ni benda yg memalukan pelaku kalau tersebar, tapi kalau ditutup tak menjejaskan orang lain pon. sbb tu tak perlu dibuka aib orang.

KIM.K Publish time 21-7-2021 07:16 PM

Laga2kan orang tak baik. Adu domba

makiting Publish time 21-7-2021 07:43 PM

Istidraj..;P;P;P

salmon-suki Publish time 21-7-2021 07:46 PM

Kdg2 org tu sendiri y buka ai mereka..:lol:
Kita tumpang je:lol:;P
Nk bt mcm mana tt,zaman fitnah,dunia dah tua kan..mcm2 laa jadi...lg sedih bila sifat malu pun dah xde dalam diri,tu lagi penting sebenarnya..sbb malu tu sebahagian drpd iman..:(:(:(

little_sis Publish time 21-7-2021 09:16 PM

Selagi Allah x buka aib kita dekat orang lain, kenapa pulak kita nak buka aib sendiri kat org lain bagi org lain tahu.. tapi zaman skrg ni org selamba buka aib sendiri kat media sosial utk bermcm2 niat yg hanya mereka sendiri yg tahu..

cairel_azlie Publish time 21-7-2021 10:24 PM

Kalau jumpa aib atau salah org jgn viral kan..senyap2 sapu bawah karpet supaya ramai lagi mangsa yg kena dan terpedaya..haha

*Statemeent di atas tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah mati.:lol:

Tinot7 Publish time 21-7-2021 10:52 PM

TT tak paham maksud aib kott...
Nah definisi dari wiki.. semoga bermanfaat.

Aibbermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkanmaruahseseorang. Seseorang itu akan berasamaludan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu.bagaimanapun aib berkaitan dengan jenayah dan salah laku tidaklah berdosa sekiranya ianya disebarkan.takkan lah anda tahu jiran anda merogol anak kandung nya anda nak diam sahaja.atas alasan taknak sebarkan aib

iman_kasih Publish time 21-7-2021 11:48 PM

Nurul8001 replied at 21-7-2021 07:00 PM
Tu contoh je.
Tapi, kalau peniaga makanan ni, tak kuasa la saya nak tegur. Takkan la tak tau beza b ...

Xde masalah pun nak tegur kalau dh nampak. Bukan semua org pembersih

kaoru44 Publish time 22-7-2021 06:55 AM

salmon-suki replied at 21-7-2021 07:46 PM
Kdg2 org tu sendiri y buka ai mereka..
Kita tumpang je
Nk bt mcm mana tt,zaman fitnah, ...

Boleh tkantoi sndri tu sbb gah sgt nk mnunjuk..
Last2 tlupa..xpyh org susah2 bongkar..dia sndri mgaku keburukan dia..;P
Tp mmg sokong je kalau kte sebarkn2 pbuatn org tu kalau org2 tu mnipu..scammer ke..
Mcm di shopee..isu pembeli joy tu..lock2 xnk bayar..
Seller berhak je viral kn nama id tu..supaya seller lain tak tertipu..nk tegur sndri xboleh sbb depa block..
Yg thread pedo tu mmg jijik la..i xboleh bila org spatutnya jd pelindung tbe2 dia sndri yg langgar batas..
Bdk2 tu spatutnya anggap mcm ank2 kte,adk2 kte sndri..knp kte plak yg nk rosakkn diaorg..:huffy

_blackbird Publish time 22-7-2021 10:44 AM

Nurul8001 replied at 21-7-2021 06:14 PM
Saya tak taulah ada kaitan atau tak pernyataan di atas dgn isu panas sekarang ni. Tapi pada saya, ka ...

betul2. kalau aib tu dia buat sorg2 tanpa libatkan pihak lain mmg tak patut disebarkan. tu baru menjatuhkan maruah nama nya. tapi kalau beri kesan pada org lain mmg patut kena bagitau utk peringatan pada yg lain.

Oroi8887 Publish time 22-7-2021 10:46 AM

Normabaru replied at 21-7-2021 07:00 PM
Dah kalau laki or perempuan jalang mata keranjang... Xpon pedo or pervert. Takkan xnk sebar aib or ...

Betul tu kaka, plus penyondol... Wajib sebar hahaha
Pages: [1] 2 3
View full version: Jangan sebarkan aib orang ...


ADVERTISEMENT