Raline Publish time 20-7-2021 01:42 AM

Pelanggan Perlu Timbang Berat Badan Sebelum Buat Pesanan Di Restoran Ini

Pelanggan Perlu Timbang Berat Badan Sebelum Buat Pesanan Di Restoran Ini


https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/08/pelanggan-perlu-timbang-berat-badan-sebelum-masuk-restoran.jpg?quality=100&f=auto

Sebuah restoran di Changsha, China telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas meminta para pelanggan untuk menimbang berat badan mereka terlebih dahulu sebelum membuat pesanan di premis berkenaan.

Restoran ini difahamkan meminta para pelanggan menimbang berat badan terlebih dahulu sebelum memasuki premis berkenaan untuk memadankannya dengan saiz hidangan mereka.

Sebagai contoh, wanita di bawah 40 kilogram tidak boleh memesan lebih daripada dua pinggan. Selain itu, lelaki yang mempunyai berat badan antara 70 hingga 80 kilogram boleh memesan maksimum tiga hidangan.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/08/pelanggan-timbang-berat-badan-sebelum-masuk-restoran.jpg?quality=100&f=auto

Sumber: South China Morning Post


Pihak restoran telah mengambil inisiatif berkenaan selepas Presiden Xi Jinping melancarkan kempen untuk mengelakkan pembaziran makanan di seluruh negara.

Xi Jinping menyifatkan masalah pembaziran makanan di negara itu telah mencapai tahap yang membimbangkan.

Dalam pada itu, pelaksanaan kempen berkenaan diharapkan boleh mengawal kadar pengambilan makanan setiap individu dan ia boleh mengurangkan pembaziran makanan dihadapi negara terbabit pada masa yang sama.

Memetik laporan South China Morning Post, pemilik kedai itu bagaimanapun menjelaskan pihak restoran tidak memaksa para pelanggan untuk menimbang berat badan sebelum memasuki premis berkenaan.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/08/lelaki-boleh-pesan-maximum-3-hidangan.jpg?quality=100&f=auto

Sumber: South China Morning Post

Pemilik kedai makan itu turut memohon maaf sekiranya tindakan itu mengganggu sesetengah pihak. Pada pendapat anda, adakah kedai makan di Malaysia patut melakukan perkara yang sama?

Sumber:https://iamlejen.com

matbad Publish time 20-7-2021 03:24 AM

kalau mamak buat mcm ni lingkupp haha

Skuau Publish time 20-7-2021 08:38 AM

Aku..kalau boleh...rega makanan pon ikut berat jugok terutamanyakedai mamak.

otai_g Publish time 20-7-2021 08:47 AM

Aku setuju la yg part x membazir makanan tu. Tp mcm x ada kaitan berat bdn dgn pembaziran makanan. Nak elak membazir senang je sp yg x habiskan makanan lps order, saman.

pooh~key Publish time 20-7-2021 08:54 AM

Nak elak pembaziran, buat mass genocide je dekkkk…. Biar terhapus semua makhluk bernama manusia yang suka buat pembaziran, dekkkkkk….

orgsepang Publish time 20-7-2021 09:44 AM

Masalahnya, ada orang badan tetap kurus walaupun makan banyak. Cemburu akak dibuatnya.;P

bakingsoda Publish time 20-7-2021 10:04 AM

ingat org gemok tak membazir ke

mclaren Publish time 20-7-2021 10:31 AM

Oh ni dah lama dah ni, bertahun dah.

Kalau kat US dah kena saman ha ha.......diskriminasi

Artemesiaa Publish time 20-7-2021 03:47 PM

Macam tu mencapai matlamat je sebab ada je orang yang badannya kurus tapi kuat makan tak cukup kalau makan portion kecik

Annaquinn009 Publish time 25-7-2021 10:46 PM

tengok keadaan jgk...kalau makanan kat kedai tu x sedap..bagi potion sikit pun x habis jgk

Tinot7 Publish time 26-7-2021 09:29 AM

orgsepang replied at 20-7-2021 09:44 AM
Masalahnya, ada orang badan tetap kurus walaupun makan banyak. Cemburu akak dibuatnya.

Mcm ni ke? Hehe

1V9ORn3YGIA

im-a-gurl-91 Publish time 26-7-2021 10:14 AM

orgsepang replied at 20-7-2021 09:44 AM
Masalahnya, ada orang badan tetap kurus walaupun makan banyak. Cemburu akak dibuatnya.

Haha setuju....byk membe2 badan kurus makan lg byk dri kita yg badan besaq ni hahaha

Kupucandy Publish time 26-7-2021 12:36 PM

Gd idea sbenarnya:lol:…

anchak Publish time 26-7-2021 10:13 PM

Tak adil la ....kalau lapar tapi   makan bercatu..lol
Pages: [1]
View full version: Pelanggan Perlu Timbang Berat Badan Sebelum Buat Pesanan Di Restoran Ini


ADVERTISEMENT