Raline Publish time 19-7-2021 08:13 PM

Siapakah Maharaja terakhir Rusia?

Siapakah Maharaja terakhir Rusia?

https://google.com/thumb/7/7a/Russian_Imperial_Family_1913.jpg/1200px-Russian_Imperial_Family_1913.jpg

Dipercayai lewat hari ini 103 tahun yang lalu, keluarga Romanov telah dibunuh, sekaligus menamatkan sebuah dinasti berusia 300 tahun.
Maharaja terakhir Rusia, Tsar Nicholas II Romanov menaiki takhta pada 1896 di usia 26 tahun apabila bapanya, Tsar Alexander III meninggal dunia. Tidak bersedia dan terlatih secukupnya, Nicholas mewarisi takhta pada waktu genting di Rusia.

Golongan petani dan pekerja mendesak pembaharuan dalam pentadbiran Rusia, daripada raja berkuasa mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan. Begitupun, Nicholas tidak mahu mengubah apa-apa yang diwarisi daripada bapanya.

https://static2.thetravelimages.com/wordpress/wp-content/uploads/2019/10/Romanov-family-4.jpg?q=50&fit=crop&w=740&h=416&dpr=1.5
Kekalahan dahsyat dalam Perang Rusia-Jepun telah mencetuskan Revolusi Rusia pada 1905, yang berakhir apabila Nicholas meluluskan pembentukan dewan perwakilan (Duma) dan menjanjikan perubahan perlembagaan.

http://www.pravoslavie.ru/sas/image/102368/236825.p.jpg?mtime=1463572183

Namun apabila beliau membubarkan Duma Pertama kerana bertentangan dengan pendapatnya, ia sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat dan menyumbang kepada peningkatan sokongan kepada kumpulan revolusi Bolshevik.

Pada ketika kemelut dalaman belum selesai, Nicholas membawa Rusia ke kancah Perang Dunia Pertama. Kurang bersedia, kekalahan besar kepada Jerman jelas memaparkan kepincangan Rusia di bawah pimpinan Nicholas.

https://i.pinimg.com/736x/c8/91/df/c891df6ea576d82677cc5b3d69ad62a6.jpg

Akhirnya pada Mac 1917, Revolusi Bolshevik tercetus dan memaksa Nicholas melepaskan takhta bulan berikutnya. Dipimpin oleh Vladimir Lenin, Bolshevik merampas kuasa daripada kerajaan sementara sekaligus menubuhkan negara komunis pertama dunia.

https://i.pinimg.com/originals/77/54/c1/7754c15563a2ad6539065bbd4f330b51.jpg

Nicholas dan keluarganya hidup tahanan rumah di bawah pengawasan rejim Soviet, dari Tsarkaye Selo, Tobolsk dan akhirnya di Yekaterinburg. Selepas satu mesyuarat sulit, Soviet memutuskan supaya keluarga tersebut dijatuhi hukuman mati.

https://google.com/4/4d/Nicholas_II_and_children_with_Cossacks_of_the_Guard%2C_cropped.jpg

Lewat malam 16 Julai 1918, seluruh keluarga Romanov dikejutkan dari tidur dan digesa ke bilik bawah tanah rumah tahanan mereka. Di situ kesemua 7 mereka ditembak bertubi-tubi dan ditikam dengan bayonet sehingga mati.


Hanya pada 1979, cebisan mayat keluarga Romanov mula ditemukan di sekitar hutan dekat Yekaterinburg dan disahkan identiti mereka, kecuali anak lelakinya Alexei dan anak perempuannya, Anastasia.

Sumber: History, Wikimedia Commons

sharlenetexas Publish time 19-7-2021 08:19 PM

Kalau putin jadi tsar lagi elok rupa parasnya

shernazz Publish time 19-7-2021 08:36 PM

Cite anastasia disney tu pasal anastasia ni ke?
Iols.suka lagu tema dia

mbhcsf Publish time 19-7-2021 08:54 PM

Czar Nicholas

poor Alexis Nicholaevitch

semua dibunuh on bloody Sunday ?and dihancurkan mayatdi Yekaterinburg Eurasia...oleh pengikut sosialis Bolsheviks.. 1917


tapi tarikh tu i anggao betul dan tahun jugak ye sebba Russia guna Julian Calendar

becir Publish time 19-7-2021 09:44 PM

Tsar ni sebijik Rupa kazen dia, king George UK Tu..tangkap.gambar macamkan twin..I caya je tsar ni bodo + kejam tak dulik kat rakyat, tapi still sampai hati kazen dia boleh tak tolong dia sefamily larikan diri..padahal sebelum tu cemolot semuanya g vacay sesama

Artemesiaa Publish time 20-7-2021 03:52 PM

shernazz replied at 19-7-2021 08:36 PM
Cite anastasia disney tu pasal anastasia ni ke?
Iols.suka lagu tema dia

Betul tu adaptasi dari cerita ni

cmf_premierleag Publish time 20-7-2021 09:55 PM

Artemesiaa replied at 20-7-2021 03:52 PM
Betul tu adaptasi dari cerita ni

tp dlm cerita tu Anastasia ni hilang ingatan kan lps terjatuh dr tren
pastu jd Anya dan pastu migrate ke paris
so in real.life,anastasia russia ni mmg dah dijumpai ke?
serius iols nk tahu

Artemesiaa Publish time 21-7-2021 01:04 PM

cmf_premierleag replied at 20-7-2021 09:55 PM
tp dlm cerita tu Anastasia ni hilang ingatan kan lps terjatuh dr tren
pastu jd Anya dan pastu mig ...

Dalam filem selalu jalan cerita sebenar berubah sikit untuk membangkitkan cerita jadi menarik.Tapi dulu ada documentary pasal dia dan tua pun masa tu tapi banyak yang mereka selindungkan atas faktor keselamatan.

exclusive_vvip Publish time 22-7-2021 08:00 AM

shernazz replied at 19-7-2021 08:36 PM
Cite anastasia disney tu pasal anastasia ni ke?
Iols.suka lagu tema dia

zaman citer ni, Anastasia bukan citer Disney..Fox yg buat..tapi skrg jadi milik disney la kot sbb Disney dah beli Fox 2-3 tahun lepas..jalan citer mmg totally x sama la..Watak anastasia tu je la..jalan citer tak kejam mcm real history la..movie Anastasia tu ala2 princess movie..even watak Rasputin pun ada,pdahal Rasputin dah mati sebelum family Tsar tu kena bunuh lagi..

shernazz Publish time 22-7-2021 12:29 PM

exclusive_vvip replied at 22-7-2021 08:00 AM
zaman citer ni, Anastasia bukan citer Disney..Fox yg buat..tapi skrg jadi milik disney la kot sbb...

Haah la
Fox..haha
Tq uols betulkan..
Maklum la kalau cite cam ni iols asik igt disney je..

Whatsofunnyth Publish time 6-4-2022 09:16 PM

Takde ke buku about family diorang ni. Iolss minat la dgn history mcm ni tpi iolss lagi suka tengok buku, klu nonton documentary tu mcm tak best

ghopper Publish time 24-2-2023 08:39 PM

Whatsofunnyth replied at 6-4-2022 09:16 PM
Takde ke buku about family diorang ni. Iolss minat la dgn history mcm ni tpi iolss lagi suka tengok...

ada sis.


ghopper Publish time 24-2-2023 08:42 PM

Edited by ghopper at 24-2-2023 08:54 PM

ghopper replied at 24-2-2023 08:39 PM
ada sis.

Nicholas and Alexandra tu tentang kehidupan awal Nicholas II dan Alix (nama Alexandra sebelum jadi maharani Russia) dari sebelum berkahwin sampailah akhir hayat mereka sebelum dibunuh.

Buku ini diselitkan dengan petikan diari dan surat-surat keluarga Romanov.

ghopper Publish time 24-2-2023 08:48 PM

ghopper replied at 24-2-2023 08:39 PM
ada sis.

The Romanovs:The Last Chapter tu mengenai kerja kerja menggali dan mengenalpasti mayat keluarga Romanov termasuk doktor Botkin, butler Karitonov dan pembantu mereka Anna Demidova yang telah dihancurkan Bolshevik di dalam kawasan hutan.
Juga diselitkan tentang individu yang menyamar sebagai tsarevich Alexei dan kakak-kakaknya (Olga, Tatiana, Marie dan Anastasia).
Paling popular ialah Anna Anderson yang mengaku dirinya sebagai Anastasia.

Last sekali, dirungkaikan bahawa tiada seorang pun keluarga Romanov yang terselamat dalam tragedi rumah Ipatiev.

ghopper Publish time 24-2-2023 08:51 PM

ghopper replied at 24-2-2023 08:39 PM
ada sis.

Romanov Sisters karangan Helen Rapapport tu adalah mengenai kehidupan zaman kanak-kanak sehinggalah ke akhir hayat anak-anak perempuan tsar Nicholas II.
Buku ini menceritakan secara detail keperibadian empat bersaudara ini dan hubungan mereka dengan ibubapa mereka dan juga cara mereka menerima perubahan daripada kehidupan istana ke kehidupan dalam tawanan.

ghopper Publish time 24-2-2023 09:01 PM

Whatsofunnyth replied at 6-4-2022 09:16 PM
Takde ke buku about family diorang ni. Iolss minat la dgn history mcm ni tpi iolss lagi suka tengok...

Kalau nak baca tentang mereka melalui individu yang pernah berkerja dengan mereka, boleh baca buku ni: Thirteen Years at Russian Court tulisan Pierre Gilliard (bekas pengajar kepada anak-anak tsar Nicholas II).

Boleh juga baca buku Memories of the Russian Court tulisan Anna Vyrubov, lady in waiting kepada Maharani Alexandra.


ghopper Publish time 26-2-2023 10:20 AM

wah...tQ Mod bagi credit tacang! {:1_152:}:loveliness:

nazurah Publish time 3-3-2023 01:51 PM

becir replied at 19-7-2021 09:44 PM
Tsar ni sebijik Rupa kazen dia, king George UK Tu..tangkap.gambar macamkan twin..I caya je tsar ni b ...

bukannya kazen dia takmo tolong... tp kedudukan dia kat britain masa tu pun x selamat. rakyat benci keluarga diraja sebab depa pekat darah german dan rakyat pun benci german sementelah depa ada sorang lagi kazen yang muka lebih kurang german emperor masa tu...

tp sebenarnya ramai family depa terselamat dan sempat lari ke britain... cuma tsar anak beranak jek tak sempat lari

tompie Publish time 3-3-2023 03:40 PM

Ye la Monarki kat Europe tu sedare mare aje.. muke mmg sejibik..

Monarki UK pun asal German kan.. siap tukar surname sebab nak berbunyik Bri'ish, i.e. Windsor dari Saxe-Coburgh-Gotha.
Dolu2 rajin gak baca pasal sejarah2 ni.. tapi sekarang dah tak ingat..

Tinot7 Publish time 4-3-2023 05:47 PM

ghopper replied at 26-2-2023 10:20 AM
wah...tQ Mod bagi credit tacang!

You are welcome
Pages: [1]
View full version: Siapakah Maharaja terakhir Rusia?


ADVERTISEMENT