YgBenar Publish time 18-7-2021 05:35 PM

Terjumpa ex husband di PPV, yang bercerai 3 tahun lepas.

Edited by YgBenar at 18-7-2021 06:49 PM

7aPEyB5kgxM

Biasanya sesebuah pasangan itu akan berpisah kerana tidak lagi sefahaman atau hubungan mereka terhalang oleh faktor keluarga mahupun kerja, dan kebanyakan hubungan yang tidak berjaya akan berakhir dengan buruk manakala perasaan terhadap pasangan juga berubah.

Tetapi ada juga pasangan yang mampu berpisah dengan baik demi kebahagiaan diri masing-masing, dan kekal berkawan seperti biasa selepas membawa haluan masing-masing.


Terbaharu, seorang pengguna Instagram Alia Nur Shafira telah berkongsi video bertemu secara tidak sengaja dengan bekas suaminya yang sudah berpisah sejak 3 tahun lalu di sebuah Pusat Pemberian Vaksin

Dalam video yang dikongsikan, wanita tersebut dilihat berjalan ke kaunter setelah nombor gilirannya dipanggil, dan secara kebetulan individu yang duduk di kaunter berkenaan adalah bekas suaminya sendiri.

Bekas suami wanita itu yang bertugas sebagai sukarelawan menyambut mesra dirinya dan mengisikan borang wanita tersebut. Apabila wanita itu tanya jika dia memerlukan nombor kad pengenalannya, bekas suaminya menjawab bahawa dia masih ingat segala-galanya tentang bekas isterinya itu.

Walaupun telah berpisah sejak 3 tahun lepas, kemesraan antara kedua bekas pasangan tersebut membuat netizen cair dan sayu.


Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa terharu melihat Alia dan bekas suami yang masih layan antara satu sama lain dengan baik. Malah, rata-rata netizen turut tertanya-tanya mengapa mereka berdua berpisah.

Para netizen turut mendoakan yang terbaik baik Alia dan bekas suaminya. Apa pun, semoga mereka tetap bahagia dengan kehidupan mereka dan juga pilihan yang telah dipilih.


bluebutter Publish time 18-7-2021 05:56 PM

Kacak dan lawa. Tgk mata pun nmpk lawa kacak.

orangbiasaje Publish time 18-7-2021 06:09 PM

Kalau dua-dua masih bujang, bolehlah berjodohan semula. Time PKP, tak perlu buat besar-besaran. Mana tahu, hikmah dalam kesengsaraan kini.

weezerfan Publish time 18-7-2021 06:17 PM

Gud looking lakinya.dgr2 bertanggungjawab plak tu.sure lps ni jd dambaan birah2 pecah ovari

Lengkong Publish time 18-7-2021 06:28 PM

Ada rupa..kut ada jodoh semula

Tinot7 Publish time 18-7-2021 06:34 PM

Berjodohan balik ke dakk ni? Awat citer tergantung?

AyaqMeloSuam Publish time 18-7-2021 06:34 PM

Moga bjodohan balik jika sma2 bujang..

miszclassique Publish time 18-7-2021 06:37 PM

Macam jenis sweet talker je nihh, ha begitu i busuk hati dulu pastu baru husnuzon

LoveSungmin Publish time 18-7-2021 06:40 PM

mudanya lagi masing2..

namemysoul Publish time 18-7-2021 07:21 PM

Moga jodoh bertaut kembali jika keduanya masih solo....

Belibis Publish time 18-7-2021 07:41 PM

Masing2 belum move on la tu...kehangatan cintamu masih aku terasa..seperti baru semalam kita berpisahhhhh.. :lol:

bakingsoda Publish time 18-7-2021 07:45 PM

mmg hensem ex laki dia, dah skodeng ig alia tu :$ dia tu mua dan bff hattadolmat

Blackrose87 Publish time 18-7-2021 07:46 PM

Dah 3thn cerai.. boleh la cakap baik2. Klau 3minggu, mau terbalik meja.

3480 Publish time 18-7-2021 07:48 PM

Belibis replied at 18-7-2021 07:41 PM
Masing2 belum move on la tu...kehangatan cintamu masih aku terasa..seperti baru semalam kita berpisa ...

Cesss.. aku da nyanyi

babynina30 Publish time 18-7-2021 07:49 PM

Laki tu pamugara ke? Dia ckp bleh fly dgn anak pakai id ex laki.

Tp kt caption dia ada ubah sket. Aritu ckp psl ex laki patah kaki, tk dpt keje , pastu covid.

Pastu eh dh lain caption

laradelara Publish time 18-7-2021 07:50 PM

Blackrose87 replied at 18-7-2021 07:46 PM
Dah 3thn cerai.. boleh la cakap baik2. Klau 3minggu, mau terbalik meja.

Ada benarnya..
Silap2 tak jadi vaccine.. Tros balik:'(

kaogi Publish time 18-7-2021 07:58 PM

Moga berjodohan semula

Lula2 Publish time 18-7-2021 07:59 PM

Tinot7 replied at 18-7-2021 06:34 PM
Berjodohan balik ke dakk ni? Awat citer tergantung?

Apo yg tergantung. Itu je lah ceritanya baru terjumpa semula

ketupatnasi Publish time 18-7-2021 08:37 PM

Blackrose87 replied at 18-7-2021 07:46 PM
Dah 3thn cerai.. boleh la cakap baik2. Klau 3minggu, mau terbalik meja.

Sungguhhhh!!!

miszclassique Publish time 18-7-2021 08:42 PM

bakingsoda replied at 18-7-2021 07:45 PM
mmg hensem ex laki dia, dah skodeng ig alia tudia tu mua dan bff hattadolmat

Alianurshafira tu kerr
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Terjumpa ex husband di PPV, yang bercerai 3 tahun lepas.


ADVERTISEMENT