boca120879 Publish time 18-7-2021 05:10 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Munafik, Hipokrit & Seumpamanya

Edited by boca120879 at 23-6-2022 02:59 AM

https://i.postimg.cc/y658RJT6/01-Munafik-211222-Copy.jpg

boca120879 Publish time 23-6-2022 10:57 AM

Edited by boca120879 at 23-6-2022 06:13 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh Jarir, daripada 'Umarah, daripada Abu Zur'ah, daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalian akan temui manusia beragam asal-usulnya (perilakunya).
Maka orang-orang yang baik pada zaman jahiliyyah,akan menjadi baik pula pada zaman Islam,apabila mereka memahami (Islam).
Dan akan kalian temui pulamanusia yang paling baik dalam urusan (pemerintahan) ini.Iaitu mereka yang tidak berkeinginan terhadap jawatan.
Dan akan kalian temuimanusia yang paling buruk dalam urusan (pemerintahan) ini.Iaitu mereka yang bermuka dua (hipokrit).Dia datang kepada satu golongan dengan wajah (pendapat) tertentu.Dan datang kepada kelompok lain dengan wajah (pendapat) lain."
(Hadith Bukhari no. 3234)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 23-6-2022 05:02 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Bisyr bin Khalid, diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Sulaiman, daripada Abdullah bin Murrah, daripada Masruq, daripada Abdullah bin 'Amr,Nabi s.a.w. bersabda,
"Empat (4) hal,barangsiapa yang keempat-empat (4) hal tersebut terdapat padanya,maka dia adalah seorang munafik.
Atau padanya terdapat satu (1) sifatdaripada empat (4) sifat tersebut,maka padanya terdapat sifat kemunafikansehingga dia meninggalkannya.Iaitu;
1) apabila berbicara,dia berdusta.
2) Apabila berjanji,dia memungkirinya.
3) Apabila diberikan amanahdia mengkhianatinya.
4) Dan apabila bertelagah,dia melampaui batas."
(Hadith Nasa'i no. 4934)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Munafik, Hipokrit & Seumpamanya


ADVERTISEMENT