LLM Publish time 17-7-2021 01:43 PM

CERITA PENDEK: Bosan

Kartikasari termenung panjang di bilik sewanya. Bebola matanya melilau melihat skrin telefon pintar yang memapar berita terkini.

'Aku nak buat apa? Keluar pun tak boleh, makan dalam restoren pun tak boleh lagi' getus hati kecil gadis usia 25 tahun itu.

Dengan penuh rasa bosan, Kartikasari menghempaskan badan di atas katil dan terus berbaring.

Di meja sebelah katil, kelihatan sekeping kertas kosong berukuran A4. Kartikasari merenung ke arah kertas itu..'Hmm..nak buat apa ya dengan kertas itu?'

Kartikasari bangun dan terus menuju ke bilik mandi untuk mengambil sebuku sabun jenama Lux.

Sekembalinya dari situ, Kartikasari membungkus sabun jenama Lux itu dengan kertas di meja sebelah katil.

'Sedap tak kalau makan sabun balut dengan kertas A4?' hati kecil Kartikasari berbisik sambil dia perlahan-lahan mengunyah sabun bersalut kertas A4 itu.

seekor semut yang kebetulan lalu di tepi katil Kartikasari tergamam melihatnya mengunyah ketulan sabun Lux itu. Semut yang kecil itu cuma mampu tersenyum dan menggelengkan kepala sebelum kembali ke sarang nya di bilik dapur.

Kartikasari pula terus baring kekenyangan sambil melihat paparan skrin telefon pintarnya.

'Ahh..Bosannya aku' Kartikasari mengomel sendirian.

TAMAT

TELADAN: Kawal lah populasi semut di dapur anda untuk kesihatan awam

Tinot7 Publish time 17-7-2021 02:52 PM

Makan sabun?
Mati dik.. dia tak bangun2 lagi lepas tu..

Teladan: makan la makanan yang elok. Kalau tak, membawa padah.

meisapoya Publish time 17-7-2021 03:56 PM

Tinot7 replied at 17-7-2021 02:52 PM
Makan sabun?
Mati dik.. dia tak bangun2 lagi lepas tu..



Tak lama berbuih lah mulut Kartika tu...

meisapoya Publish time 17-7-2021 03:58 PM

Btw, semut ke pengaruh Kartika telan sabun tu? Teladan dia macam tak de kaitan ngan cerita.

Skuau Publish time 17-7-2021 04:04 PM

tetap...citer sang kancil jugok...best.:lol:

KIM.K Publish time 17-7-2021 04:51 PM

Titi makan apa sambil tulis cerpen. Nampak padu

LLM Publish time 17-7-2021 07:33 PM

Edited by LLM at 17-7-2021 07:46 PM

KIM.K replied at 17-7-2021 04:51 PM
Titi makan apa sambil tulis cerpen. Nampak padu

makan twisties perisa keju aje

LLM Publish time 17-7-2021 07:34 PM

meisapoya replied at 17-7-2021 03:58 PM
Btw, semut ke pengaruh Kartika telan sabun tu? Teladan dia macam tak de kaitan ngan cerita.

Tak. Semut tu cuma macam orang awamlalu lalang ternampak dia makan

LLM Publish time 17-7-2021 07:48 PM

Tinot7 replied at 17-7-2021 02:52 PM
Makan sabun?
Mati dik.. dia tak bangun2 lagi lepas tu..



Ye. Teladan tu pun boleh digunapakai untuk cerita ni.

Tinot7 Publish time 17-7-2021 08:06 PM

LLM replied at 17-7-2021 07:48 PM
Ye. Teladan tu pun boleh digunapakai untuk cerita ni.

Okayy.. tengkiu
Pages: [1]
View full version: CERITA PENDEK: Bosan


ADVERTISEMENT