Raline Publish time 16-7-2021 08:26 PM

Siap berinai, bakal suami pula batal nikah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/07/batal.jpeg

Tangkap layar video persediaan perkahwinan yang dibuat wanita itu selepas tunangnya menghilangkan diri.

Siap berinai, bakal suami pula batal nikah

PETALING JAYA- Kebahagiaan mendirikan mahligai perkahwinan bersama suami tersayang pastinya menjadi antara impian setiap wanita lantaran konsep kasih sayang yang memerlukan manusia hidup berpasangan.

Bagaimanapun, impian tersebut tidak menyebelahi nasib seorang wanita apabila bahtera perkahwinan yang bakal dilayari bersama pasangannya akhirnya tersadai selepas lelaki itu menghilang sebelum majlis akad nikah diadakan.

Cerita sedih itu dikongsikan seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @sulongnakal90_ selepas mendedahkan bakal suaminya menghilang secara tiba-tiba sebelum pernikahan mereka.

Menerusi perkongsian itu, wanita yang sudah mengenakan lukisan inai di kedua-dua bahagian tangannya turut menunjukkan segala persiapan menjelang hari istimewa mereka berdua.

Lebih memilukan, wanita itu sempat membuat sesi ‘live’ semasa majlis berinai serta cuba menghubungi tunangnya berulang kali namun tiada maklum balas diterima.

Pada masa sama, dia juga mengakui telah redha dengan apa yang berlaku dan bersedia menerima lelaki itu semula pada masa akan datang jika masih ada jodoh antara mereka.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok juga turut mengirimkan pelbagai kata semangat selain mendoakan wanita itu terus kuat menghadapi dugaan tersebut.

Bagi @atiqahumar, dia meminta agar wanita itu kuat dan menyifkan apa yang berlaku mempunyai hikmah dan telah diaturkan oleh Allah.

@Bby_surie juga mendoakan agar dia bertemu lelaki yang ikhlas kelak selain tidak dapat membayangkan dugaan dihadapi wanita itu menjelang hari perkahwinan. -K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

bellaamsar Publish time 16-7-2021 08:46 PM

Kesiannya. Kalau dah taknak tu bagitau la awal2

margo20 Publish time 16-7-2021 09:08 PM

Pengantin lelaki kena covid kot masuk wad tak jawab call

makadek Publish time 16-7-2021 09:18 PM

Tahla sekali kita kena prank

sharlenetexas Publish time 16-7-2021 09:29 PM

Betul ke?
Entah2 macam cite yang dulu.

imransulaiman Publish time 16-7-2021 10:09 PM

Kalau betul kisah ni, aku doakan dia kuat dan tabah.

Kalau dia tipu, aku doakan dia tak berjodohan...

kuchenta_81 Publish time 16-7-2021 10:19 PM

Siap majlis berinai lagi. Dah boleh ke time pkpd ni?

makneng Publish time 16-7-2021 10:22 PM

Yindon ke? Dok mekaseh.. Mekaseh

felinecat Publish time 16-7-2021 10:31 PM

jgn buat prank sudah le

ImpianSeroja Publish time 16-7-2021 10:50 PM

Allahu kesian betul jika benar

testly Publish time 18-7-2021 10:35 AM

Ngadu kat Allah n family n bff dahlah, tu namanya bukan jodoh dik. Gedik post kat tik tok utk apa? Nak tarik perhatian n bgtau lelaki2 lain, aku xjd kawen, or hrpan ada prince charming melamar on d spot ke? Content sggh memsg sekarang ni ye...

heythere123 Publish time 31-7-2021 06:12 PM

macam2 ye peel orang ni
Pages: [1]
View full version: Siap berinai, bakal suami pula batal nikah


ADVERTISEMENT