CARI-MAL Publish time 16-7-2021 04:20 PM

Biar Betik! Menu Pelik Betik Goreng Rasa Macam Sotong Celup Tepung?

Kreativiti seorang pensyarah bidang kulinari berusia 23 tahun dalam menghasilkan hidangan pelik ternyata menarik perhatian ramai.


Video masakan seperti durian, tembikai dan betik goreng yang dikongsi Khairul Ikmal Zulkifli @ Ayub di TikTok turut menerima puluhan ribu tontonan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/16/161733usvvbifenhejyj9v.pngKredit foto: TikTok/mStar




Menurut graduan Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur yang sudah lebih setahun bergelar pendidik itu, menu pelik yang dihasilkan sebenarnya sedap dimakan jika kena dengan caranya.


"Ramai sebenarnya yang komen. Mereka kata kenapa buah-buahan yang kaya dengan khasiat digoreng? Asalnya, ia merupakan makanan sihat.


"Kadang-kadang orang tak boleh terima kombinasi pelik sebegini. Biasanya saya akan kena kecam kalau buat hidangan tradisional dengan cara baharu.




https://www.tiktok.com/@ikmlzlkfli/video/6975844821638352130


"Tapi jujur saya kata, benda pelik paling sedap yang saya buat merupakan betik goreng tepung. Saya paling suka betik goreng sebab rasanya macam sotong celup tepung," ujarnya yang mesra disapa Ikmal.


Selain buah-buahan goreng, video anak bongsu daripada dua beradik itu menghasilkan sushi pekasam telur sotong turut meraih perhatian netizen.




https://www.tiktok.com/@ikmlzlkfli/video/6970494985921744129


Bercerita mengenai dirinya, Ikmal yang kini berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berkata dia mula memasak sejak zaman sekolah lagi dan banyak mendapat inspirasi daripada bapanya.


"Ayah merupakan inspirasi saya. Ayah memang suka masak, kadang-kadang dia bergilir-gilir dengan mak... mereka berlawan-lawan.


"Dulu saya juga suka tengok rancangan memasak kat televisyen. Benda pertama saya cuba merupakan chicken chop ketika tingkatan satu.


Tapi kalau nak ikutkan, memasak lebih senang berbanding mengajar.


"Kebanyakan video memasak juga merupakan idea ayah saya yang kini berusia 58 tahun," ujarnya.


Imbas Ikmal, dia tak pernah menyangka akan bergelar pensyarah dalam bidang kulinari pada usia cukup muda selepas mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.


Ujarnya lagi, Kolej Vokasional tidak wajar dipandang rendah kerana ia juga boleh menjamin masa depan cemerlang.




https://www.tiktok.com/@ikmlzlkfli/video/6984008664734502171


https://www.tiktok.com/@ikmlzlkfli/video/6970649765507763458



Menetap di Melawati, Ikmal juga menzahirkan rasa terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberi sokongan setiap kali dia berkongsi video masakan.


Tambah Ikmal, apa jua menu dihasilkan bukanlah untuk content semata-mata, sebaliknya dia mahu netizen turut mencuba sendiri segala apa yang diajarnya menerusi video tutorial di TikTok.


Antara video tutorial lain yang mendapat sambutan di TikTok Ikmal termasuklah menu ketupat sotong, pulut taitai, taugeh pekasam dan banyak lagi.




Sumber: mStar

nakkomenjugak Publish time 16-7-2021 04:36 PM

i mean, dunia kulinari ni kalau takde kreativiti, asyik benda yang sama je, tak best jugak. kalau combination makanan menjadi, sedap, okay je

shernazz Publish time 16-7-2021 04:53 PM

Durian goreng.iols.pernah buat
Cam.goreng pisang tu..
Dapnye wei...
Teringat2

little_sis Publish time 16-7-2021 05:46 PM

shernazz replied at 16-7-2021 04:53 PM
Durian goreng.iols.pernah buat
Cam.goreng pisang tu..
Dapnye wei...


Goreng seulas dgn bijinya sekali ke?

shernazz Publish time 16-7-2021 06:25 PM

little_sis replied at 16-7-2021 05:46 PM
Goreng seulas dgn bijinya sekali ke?

Haah.uolcam.goreng cempedak

RatuDunia94 Publish time 16-7-2021 07:27 PM

Apa pisang goreng dgn cheese tu pun dh pelik sebenarnya. Org boleh je terima.

3480 Publish time 16-7-2021 08:50 PM

Aku tgh lapaq ni..

Sis @Buritan oiii.. mai la singgah sini.. thread makan2

Buritan Publish time 16-7-2021 08:59 PM

3480 replied at 16-7-2021 08:50 PM
Aku tgh lapaq ni..

Sis @Buritan oiii.. mai la singgah sini.. thread makan2

Aku join sini aje laa.. nak lupakan masalah.. aku beli deroyan.. aku buat serawa

dua_chzy Publish time 17-7-2021 12:05 PM

shernazz: Durian goreng.iols.pernah buatCam.goreng pisang tu..Dapnye wei...Teringat2

Yeap ni memang heaven huntok hantu durian. Macam makan cheese goreng teksturnya.

ketupatnasi Publish time 17-7-2021 12:38 PM

Biji durian chuols lps mkn tu basuh...hiris nipis2 pastu jemur tgh panas jap bagik hilang lendir tu..
Pastu goreng..tabur garam + lada hitam.. Sodapp!! Lemak2 masin :lol:
Anak dara kaka tabur cheese powder..sedap jugak katanya.

Jgn disagat sbb nt nipis nauu..

honeyvanilla Publish time 17-7-2021 04:05 PM

serius sedap betik goreng. buat somtam.. ahh sedapnyaa

shara154 Publish time 17-7-2021 05:04 PM

Restoran Parathai ada jual menu ni, somtam goreng

any42 Publish time 17-7-2021 06:00 PM

teringin nk try tp takut nk bt kang xjd/xmmpu msuk tekak mmbazir je. huhu

salmon-suki Publish time 18-7-2021 01:01 AM

Zmn ai sekolah menengah dulu pernah laa bt duyan goreng ni,sbb duyan tu x manis..lps je goreng celup tepung tu,rasa tetap xsedap..;P;P;P:lol:

Pendek kata,hasil xperimen ai tu,duyan kalau originally xmanis,bland,tetap laa akan bland jgk walau dah digoreng dgn tepung y manis2 dah..;P

Plain-tif Publish time 19-7-2021 02:44 AM

Nampak cam sedap

Artemesiaa Publish time 20-7-2021 03:43 PM

Bolehlah nak cuba rasa nanti

aiyaya2708 Publish time 26-7-2021 07:08 PM

Lapau weyyy nengok even cam pelik

Persada Publish time 27-7-2021 03:27 AM

Teringt plk menu time bljr dulu.. Betik muda goreng dgn cili tumbuk serai bagai. Kena dgn nasi panas. Menu tgh pokai tpi sedap dia....

Persada Publish time 27-7-2021 03:30 AM

lg2 betik free petik blkg rmh sewa hahaaa.. Harap2 tuan tanah Halalkn lh Sosah betik dia

bictoria Publish time 28-7-2021 11:46 AM

dua_chzy replied at 17-7-2021 12:05 PM
Yeap ni memang heaven huntok hantu durian. Macam makan cheese goreng teksturnya.

ayat u buat iols teringin nak try
Pages: [1] 2
View full version: Biar Betik! Menu Pelik Betik Goreng Rasa Macam Sotong Celup Tepung?


ADVERTISEMENT