CARI-MAL Publish time 16-7-2021 01:42 PM

Tak Layak Jadi Teman Lelaki Sebab Tak Reti Bancuh Teh

Seorang wanita dinasihatkan oleh orang ramai supaya meninggalkan kekasihnya keranalelaki itu didapati tidak pandai membancuh minuman teh, lapor akhbar Daily Mail.


Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu pada minggu lalu berkongsi foto bancuhan teh yang disediakan teman lelakinya di laman web Casual UK subreddit.


Air teh tersebutkelihatan keruh seperti ‘stok ayam yang dilarutkan dalam air’ dan turut dipenuhi buih.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/16/134123r3viomumua4imixd.pngTeh yang disediakan teman lelaki wanita ini berwarna kuning cair dengan buih di sekelilingnya. -Reddit




“Saya bersedih untuk secawan teh yang disediakan oleh teman lelaki saya,” demikian kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut.


Orang ramai yang melihat foto tersebut meninggalkan pelbagai komen tentang teh itu termasuk sebilangan pengguna media sosial yang meminta dia meninggalkan teman lelakinya.


“Adakah dia (teman lelaki) anda okey? Perintah berkurung meninggalkan kesan yang pelbagai kepada orang ramai,” tulis seorang netizen.


“Adakah teh itu dibancuh menggunakan air sejuk? Atau adakah dia menggunakan uncang teh lama yang sudah digunakan?,” kata seorang lagi netizen.


Beberapa individu lain turut berkata mungkin ada sesuatu yang telah dilakukan oleh wanita itu kepada teman lelakinya, menyebabkan lelaki itu ‘melancarkan perang’.


Wanita tersebut bagaimanapun berkata bahawa teman lelakinya itu menyediakan menu sarapan pagi Inggeris yang sangat menyelerakan.




Sumber: Kosmo

Supersirap Publish time 16-7-2021 02:12 PM

Jika tidak pandai bancuh teh, boleh belajar apa

nakkomenjugak Publish time 16-7-2021 02:15 PM

*tengok casualuk di artikel*

ahhh no wonder

doubleharmonic Publish time 16-7-2021 03:49 PM

nak buat teh pon kena ikut standard ISO ko mampoo?

nAsrsMPftOI



Xim Publish time 16-7-2021 08:22 PM

Rela putus drpd hadap perangai pelik org cmni.....

salmon-suki Publish time 18-7-2021 01:03 AM

Putus laa awal2 drpd sengsara lps kawin nti:lol::lol::lol:

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:27 PM

tapi teh apa yg dia buat tu sebenarnya?

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:28 PM

untuk si ex-bf tu, mungkin boleh tengok youtube banyak2 lepas ni

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:28 PM

sebelum mengorat, mungkin kena tanya dulu la apa requirement yg nak kena dipenuhi ;P
Pages: [1]
View full version: Tak Layak Jadi Teman Lelaki Sebab Tak Reti Bancuh Teh


ADVERTISEMENT