scorpionkiki Publish time 16-7-2021 08:37 AM

Tolong saya membuat pilihan untuk anak

Edited by scorpionkiki at 16-7-2021 06:02 PM

Assalamualaikum...

Seperti semua tahu, keputusan spm telah keluar dan sejak dari minggu lepas keluar tawaran untuk sambung belajar bagi calon calon yang layak.
Anak perempuan saya merupakan salah seorang yang terlibat. Dia seorang yang sangat aktif dan pengiraan merit dia hampir 9.2.Walaupun dia dalam jurusan sains tulin Dia tak ambil biologi tetapi memilih untuk mengambil Komputer Sains. Ini kerana biologi perlu banyak membaca sedangkan waktu tahun 2020pra covid tahun lepas dia sangat sibuk kerana perlu untuk menghadiri pertandingan di peringkat antarabangsa di luar negara yang memerlukan banyak masa diperu tukkan untuk latihan.
Anak memohon Asasi, ipg dan Young Talents Programme.

Minggu lepas keputusan IPG keluar. Anak berjaya mendapat tempat sebagai pelatih guru untuk TESL. Saya memang galakkan anak untuk ambil IPG dan ramai anak beradik suka untuk anak mengambil course ini kerana pekerjaan memang sudah ada bersama elaun tiap bulan. Tempat tinggal di institut memang telah tersedia sepanjang 5 tahun pengajian di situ. Semalam keputusan YTP keluar dan anak mendapat tawaran beserta dengan sponsor di UTP di bidang yang beliau sangat suka.Course ini dikhabarkan sangat susah di UTP.Hari ini keputusan UPU pula keluar . Saya rasa anak akan berjaya mendapat tempat di Asasi yang beliau pilih sewaktu memohon.
Sekarang anak susah nak buat pilihan...satu course yang mmg tersedia pekerjaan sampai ke tua dan diidami oleh ramai manakala satu lagi course yang beliau minat. Saya lebih berat ke IPG tapi saya tak mahu anak membuat pilihan yang salah. Harap pembaca dapat berikan pendapat untuk talk sense into me.
Terima kasih

nazzse Publish time 16-7-2021 08:56 AM

Ikut minat kaka. Tapi dalam 3 tu, IPG paling selamat & terjamin, kos pun bukan biasa2 tu.

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:03 AM

nazzse replied at 16-7-2021 08:56 AM
Ikut minat kaka. Tapi dalam 3 tu, IPG paling selamat & terjamin, kos pun bukan biasa2 tu.

Ya...minat yang lain tapi yang stabil tu lain. Tambah sekarang ni mmg mostly nak kerja kerajaan. Anak takut untuk ambil ipg tesl sebab dia tak suka untuk menulis literature...saya rasa ada perbezaan TESL uni dan tesl IPG yang mana tesl uni ialah study ttg bahasa inggeris itu sendiri dan tesl ipg ialah study bagaimana untuk mengajar bahasa inggeris. Yg pasti tesl uni mmg banyak kena review literature

CiliPadiSedap Publish time 16-7-2021 09:06 AM

ambil ipg kalau kerja terjamin ambil je ipg.pujuk anak2 happykan dia . ckp kaka cilipadi kirim salam.

doa moga dia lembut hati. sebab lepas zaman covid ni sektor pekerjaan belum tentu pulih sepenuhnya. 2026 belum tentu pulih sebab covid ada variant baru.

nazzse Publish time 16-7-2021 09:12 AM

scorpionkiki replied at 16-7-2021 01:03 AM
Ya...minat yang lain tapi yang stabil tu lain. Tambah sekarang ni mmg mostly nak kerja kerajaan. A ...

Betul. Saya ada 2 cousins ambil tesl.Sorang under scholar kpm but study delat U luar, balik terus jadi cikgu. Yg sorang baru grad uni, belum dapat kerja.

Klu yg minat tu dia boleh go thru & rasa boleh survive why not. But dia kena 'lebih' drp orang lain, baru berbaloi. Klu sama mcm student lain better go for yg terjamin.Zaman skrg ikut minat semata susah sikit nak survive irl.

Apapun tahniah & good luck utk anak sis.

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:13 AM

CiliPadiSedap replied at 16-7-2021 09:06 AM
ambil ipg kalau kerja terjamin ambil je ipg.pujuk anak2 happykan dia . ckp kaka cilipadi kirim salam ...

Terima kasih kaka...i nak tunjuk thread ni pada anak sebab i tak mau pengaruhi dia dr point of view i sorang saja. Biar orang2 yang berpengalaman tentang realiti kehidupan skrg bg input pd anak2 yang baru nak mengenal realiti kehidupan

laradelara Publish time 16-7-2021 09:27 AM

Di utp course apa yg dia dpt? Asasi apa pula yg dia apply? Kalau dah dpt result upu, share lah result ye

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:29 AM

nazzse replied at 16-7-2021 09:12 AM
Betul. Saya ada 2 cousins ambil tesl.Sorang under scholar kpm but study delat U luar, balik teru ...

Terima kasih Nassze..muah muah

my_irina Publish time 16-7-2021 09:30 AM

Amik yg ade kebolepasaran utk jangka masa panjang.....peringkat umur gitu hati tgh panas n brgelora nak ikut minat so parents kene byk reverse psychology dgn anak2...
Ikutkan minat me ollz dlu nak jd archeologist sbb minat subjek sejarah tp bile decide nak smbg ape lps SPM...parents suruh amik yg ade jaminan long term..wpun ade gado2 manja skit tp end up me ollz dgr je la ckp parents...in the end parents know best...gluck sis n anak {:1_152:}:2lol:

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:30 AM

Edited by scorpionkiki at 16-7-2021 09:34 AM

laradelara replied at 16-7-2021 09:27 AM
Di utp course apa yg dia dpt? Asasi apa pula yg dia apply? Kalau dah dpt result upu, share lah resul ...

Computer Science Pra U di UTP, yg ni dia dah dapat sekali dgn sponsor.

Asasi pulak dia apply Asasi Kejuruteraan...plan dia dulu dia nak buat degree samada Actuarial Science atau Computer Sains bila habis Asasi

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:35 AM

my_irina replied at 16-7-2021 09:30 AM
Amik yg ade kebolepasaran utk jangka masa panjang.....peringkat umur gitu hati tgh panas n brgelora...

Terima kasih irina bagi input...input orang muda yang dah alami perkara yang sama

makadek Publish time 16-7-2021 09:45 AM

Ipg tesl ..aku pn harap anak aku dpt gak
Tp dia ikut degree terus ...malas nk pening2

CiliPadiSedap Publish time 16-7-2021 09:50 AM

scorpionkiki replied at 16-7-2021 09:30 AM
Computer Science Pra U di UTP, yg ni dia dah dapat sekali dgn sponsor.

Asasi pulak dia apply...

computer sains ni banyak cabang nak jadi hacker ke? programmer? kalau nak jadi etical hackerperlu faham command language je untuk linux. belajar jadi ipg . ambil course etical hacker jadikan hobi.

nanti boleh buat income as white hacker untuk test company security. nanti dapatlh job based on skill and experience boleh jadi freelance.

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:52 AM

makadek replied at 16-7-2021 09:45 AM
Ipg tesl ..aku pn harap anak aku dpt gak
Tp dia ikut degree terus ...malas nk pening2

Makadek...ikut degree terus tu maksudnya apa?

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 09:52 AM

CiliPadiSedap replied at 16-7-2021 09:50 AM
computer sains ni banyak cabang nak jadi hacker ke? programmer? kalau nak jadi etical hackerperl ...

Ha ha ha...ke situ pulak kaka cili..nasib baik tak sebut vukoro kali ni

mialunar Publish time 16-7-2021 09:57 AM

Ikut minat.. X minat.. Susah jugak.. Kalau graduate ipg sekarang.. Ya.. Memang peluang cerah jadi cikgu kerajaan sekarang.. Tapi kalau graduate 3 atau 4 tahun lagi.. Belum tentu dapat jadi cikgu.. Hopefully time tu covid dah settle

CiliPadiSedap Publish time 16-7-2021 09:58 AM

scorpionkiki replied at 16-7-2021 09:52 AM
Ha ha ha...ke situ pulak kaka cili..nasib baik tak sebut vukoro kali ni

:lol: ataupun dia nak jd startup cm facebook? google? dia mesti ada passion dia tu. kalau tak dia takkan pilih computer sains. decide dengan dia mana yang jadi priority peluang kerja or hobi?

hacking tak salah tapi salah kalau kena tangkap:lol: sbb ada je freelance melayu stay jepun travel merata luar negara jadi consultant it, duduk hotel everyday.. kerja troubleshoot security system.. tp bujang terlajak lah.. tak silap umur dia 47 tahun.. tgk muka dia pun dh macam tombol pintu jenis duduk terkurung tak nampak cahaya matahari..muka je cmtu tp skill dia powerrr.. dia boleh cari carding hacker yang curi duit company.. passion dia tinggi.

tak boleh sebut vokuru ni thread bawah umur

pokokbunga Publish time 16-7-2021 10:16 AM

Edited by pokokbunga at 16-7-2021 10:17 AM

Lepasan ipg mmg confirm jadi cikgu ya? Klu saya, since dia minat amik computer science, better pilih yg UTP tu, ada sponsor dan bidang ni pun byk demand esp kalu dia focus on BiG DATA nnt. Saya pun tgh tunggu result asasi anak hari ni, dia tak tau lagi nk amik pengkhususan apa, jadi dia apply dulu Asasi Sains UM, sama mcm both parents dia asasian UM dulu ( zaman 90an :P) , saya suh amik computer science, tapi dia belum decide lagi. Dia kata belajar dulu kat asasi, pastuh baru dia decide nk amik medic, IT , engineering etc.
Doakan anak saya juga ya

awanysss Publish time 16-7-2021 10:42 AM

pandainya anak tt..
apa kata try buat ujian minat kerjaya ke apa..
tgk preference dia ke mana..

sbb dua2 bidang mcm beza byk..
tgk kecenderungan dia ke mana..

ipg tu secure keje, tp mcm tak adventure sgt utk anak tt..
tgk tt cerita anak tt mcm adventerous..

scorpionkiki Publish time 16-7-2021 10:45 AM

pokokbunga replied at 16-7-2021 10:16 AM
Lepasan ipg mmg confirm jadi cikgu ya? Klu saya, since dia minat amik computer science, better pilih ...

Good luck untuk anak ya. Pkl 12 nanti result keluarkan. Lepasan ipg mmg dpt kerja terus, ada kontrak dgn govt. Mengajar di sekolah rendah tp gaji etc semua sama dgnguru lepasan ijazah uni di sek menengah. Tp i tak tau in detail mcm kandungan pembelajaran dan harap ada keluaran ipg yg baca thread ini dan bagi input. Nak masuk ipg kena exam psikologi dan kena buat burpee...kena aktif koko. Walau UTP dpt sponsor, buat masa sekarang untuk pra U...saya takut nanti degree kot result tak berapa baik, sponsor pun ditarik. Saya di maklumkan course comp science utp sangat susah. Tu yg saya risau ...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Tolong saya membuat pilihan untuk anak


ADVERTISEMENT