Mesin Imbas Suhu Berbunyi Tapi Tiada Orang
Mesin Imbas Suhu Berbunyi Tapi Tiada Orang, “Makhluk Ghaib Pun Patuh SOP”https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Mesin-Imbas-Suhu-Berbunyi-main.jpg
Salah satu benda wajib ada di depan premis hari ini adalah mesin pengimbas suhu. Digunakan untuk mengimbas suhu pelanggan yang datang berkunjung, ia adalah salah satu benda yang perlu ada mematuhi arahan dan saranan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.
Kebiasaannya ia akan berbunyi bila digunakan untuk imbas suhu pelanggan atau pengunjung. Namun lain pula halnya yang jadi dalam satu perkongsian video di TikTok ini. Dalam rakaman tersebut kelihatan mesin imbas suhu berbunyi, tapi tiada orang di depannya.
Lebih hairan lagi bukan sekali ia berbunyi, malah tiga kali! Sudahlah dalam rakaman tersebut kejadian itu berlaku pada waktu malam. Berikut adalah video mesin imbas suhu berbunyi sendiri ini:
Rakaman yang menjadi tanda tanya ini dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @cheqna57. Ia telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan 89 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Hantu pon ikut SOP tau…Kenapa la manusia degil sangat nak scan suhu”
https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Mesin-Imbas-Suhu-Berbunyi-3.jpg
“Aku pernah kena…Mula2 ingat kena kacau, rupanya lalat dok kat sensor tu”
https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Mesin-Imbas-Suhu-Berbunyi-2.jpg
“Syak hantu ni dah bosan dengan perangai orang atas. Nak ganggu orang memalam tak boleh semua duduk rumah dah”
https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Mesin-Imbas-Suhu-Berbunyi-1.jpg
SUMBER
CHEQNA57
Mereka pun nak cek suhu gak;P;P patuh SOP:lol::lol: Takdelah..memang product defect..made in negara tu kann..
Company Aku siap xleh nak caj dah..aduyai.. ofis lama aku pulak mesin thumbprint tu. kejadian di tengah hari, orang takde tapi tiba2 mesin tu berbunyi, 'please try again'. cemana hantu nak scan mysejahtera? wahai manusia, kalau hantu pon patuh sop, kenapa kita tak boleh?
apapun, kena check jugak la mesin tu. Naya kalau guna alat malfunction, kesian dekat org yg nak guna
Pages:
[1]