Raline Publish time 15-7-2021 07:53 PM

“Siput Berkawad Satu Satu Hora Horeyy”

Siput Sedut Merayap Hingga Ke Siling Rumah, “Siput Berkawad Satu Satu Hora Horeyy”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Siput-Sedut-Merayap-main.jpg

Siput sedut adalah salah satu jenis haiwan yang enak dimakan jika cara masakannya sesuai. Siput sedut masak lemak cili api adalah yang paling popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Nikmat rasanya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Namun untuk memasak menu ini agak renyah dengan pelbagai langkah perlu diambil kira sebelum siap dijamu. Malah sebelum ini juga pernah viral dimana siput sedut yang dibeli masih hidup dan merayap keluar bekas gara-gara tidak tutup dengan cara yang betul.

Kali ini satu lagi kisah siput sedut merayap hingga ke siling rumah telah menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook. Dalam perkongsian itu kelihatan siput sedut tersebut sudah merayap di dinding rumah malah ada yang memanjat hingga ke siling! Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini:

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Screenshot-at-Jul-15-16-26-45.png

Perkongsian siput sedut merayap hingga ke siling rumah ini telah meraih perhatian ramai dengan lebih 1.6 ribu shares. Di ruangan komen perkongsian tersebut rata-ratanya meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Macam cerita Upin Ipin masa di rumah Tok Dalang”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Siput-Sedut-Merayap-3.jpg

“Siput berkawad satu satu hora horeyy”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Siput-Sedut-Merayap-2.jpg

“Tu wallpaper 5D siap gerak2 macam animation”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/07/Siput-Sedut-Merayap-1.jpg



Sumber: Facebook.com

Normabaru Publish time 15-7-2021 08:26 PM

Mesti siput tu ckp cepat geng cepat.. Selamatkan diri sebelum jadi laukkkk!!!

Lalu mereka pon bergegas memanjat dinding2 itew menuju puncak kejayaan:lol::lol:

heythere123 Publish time 31-7-2021 06:22 PM

takuttttt sebab iols senang geli dengan benda merayap gitu

heythere123 Publish time 31-7-2021 06:23 PM

tercapai ke tak hajatnya nak buat lauk tu ;P
Pages: [1]
View full version: “Siput Berkawad Satu Satu Hora Horeyy”


ADVERTISEMENT