Raline Publish time 14-7-2021 10:28 PM

Nokia Nak Buat ‘Comeback’,

Nokia Nak Buat ‘Comeback’, Bakal Keluarkan Telefon Pintar Tahan Lasak Tanpa Perlukan ‘Casing’

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/07/4B9078CE-FC4F-4BC8-94F2-BED459D6AA33-800x600.jpeg

Nokia merupakan syarikat pengeluar telefon bimbit yang sangat popular suatu ketika dulu dengan model Nokia 3310. Legend betul telefon bimbit ni, dahlah tahan lasak! Ada ke yang masih simpan Nokia 3310 ni?

Walaubagaimanapun, jenama Nokia ketika ini di Malaysia tidak lagi hot seperti dulu dan tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Mungkin masih ada lagi yang pakai jenama ini, cuma tak banyak.

Untuk pengetahuan, Nokia baru-baru ini mengacah untuk keluarkan telefon pintar terbaru yang memfokuskan ciri ketahanan. Pergh! Nokia nak buat comeback.

Menurut gambar yang dikongsikan Nokia Mobile, ia mengatakan bahawa telefon pintar terbarunya nanti tidak memerlukan sebarang casing. Kalau korang tengok pada bahagian kamera, ia didatangkan dengan rekaan bulat.

Terdapat juga tarikh yang menunjukkan 27.7.2021 pada gambar tersebut dan mungkin apa yang dimaksudkan adalah pelancaran telefon pintar tersebut. Apa pandangan korang?

Kredit: Nokia Mobile

b_n_c Publish time 15-7-2021 12:25 AM

laa x de komen lagi ke, x sabar nk baca pandangan otai2 gadget n technology

eddyann Publish time 7-8-2021 11:10 PM

nokia pertama guna Nokia 6150. zaman tu korang guna 3210 3310 semua yg popular. yang 6150 ni ada modem (data). boleh sambung wayar atau infrared ke laptop dan boleh surf internet dengan phone. speed 9.6 kbps dengan Celcom 1519. zaman tu 9.6 kbps boleh la nak surf sebab tak ada lagi content berat flash/youtube. boleh kata awal jugalah dapat guna phone berdata
Pages: [1]
View full version: Nokia Nak Buat ‘Comeback’,


ADVERTISEMENT