boca120879 Publish time 14-7-2021 10:14 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Para Sahabat Nabi s.a.w.

Edited by boca120879 at 17-11-2022 05:14 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, diceritakan oleh Yahya, daripada Sa'id, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik r.a.

"Nabi s.a.w. mendaki Bukit Uhud,
diikuti oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Lalu Bukit Uhud itu bergetar,

maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Tenanglah wahai Uhud,

kerana di atasmu sekarang
ada Nabi,
as-Siddiq (orang yang jujur, iaitu Abu Bakar)
dan dua orang syahid (Umar dan Uthman)."

(Hadith Bukhari no. 3399)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

MsPercy Publish time 14-7-2021 11:30 PM

Xde ulasan ker TT. Mcm tergantung je citer. Dan ape kena dgn tajuk?

boca120879 Publish time 15-7-2021 01:38 AM

Edited by boca120879 at 14-7-2021 08:54 PM

MsPercy replied at 14-7-2021 03:30 PM
Xde ulasan ker TT. Mcm tergantung je citer. Dan ape kena dgn tajuk?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, saudaraku.

Sebenarnya saya tercari2 tajuk bab yang sesuai
untuk Hadith ini.

Buat masa ini,
saya tukarkan tajuk bab kepada
"Para Sahabat Nabi"

mnm77 Publish time 15-7-2021 03:02 PM

Dalam sahih bukhari, dalam kitab:

كتاب فضائل أصحاب النبى صلى الله عليه وسلم

Kitab Fadhail (kelebihan) Sahabah Nabi

boca120879 Publish time 15-7-2021 06:53 PM

mnm77 replied at 15-7-2021 07:02 AM
Dalam sahih bukhari, dalam kitab:

&#1604 ...

Terima kasih & Jazakallahu khairan,
saudaraku.

boca120879 Publish time 17-11-2022 01:10 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Ibrahim Ad Dauraqi, diceritakan oleh Isma'il bin Ibrahim, daripada Al Jurairi, daripada Abdullah bin Syaqiq,
"Abdullah bin Syaqiq berkata kepada Aisyah,"Siapakah sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w.?"
Aisyah menjawab,"Abu Bakar."
Abdullah bin Syaqiq bertanya,"Kemudian siapa?"
Aisyah menjawab,"Umar."
Abdullah bin Syaqiq bertanya,"Kemudian siapa?"
Aisyah menjawab,"Kemudian Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah."
Abdullah bin Syaqiq bertanya,"Kemudian siapa?"
Kemudian Aisyah diam."
(Hadith Tirmidzi no. 3590)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 17-11-2022 01:25 PM

Edited by boca120879 at 17-11-2022 05:28 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abad bin Humaid, diceritakan oleh Ja'far bin 'Aun, diceritakan oleh Abu Umais, daripada Ibnu Abu Mulaikah,
"Ibnu Abu Mulaikah pernah mendengar Aisyah menjawab pertanyaan sebagai berikut,
"Siapakah orang yang akan ditunjukkan sebagai khalifah, seandainya beliau inginmenunjukkan seorang khalifah?
Aisyah menjawab,"Abu Bakar.
Aisyah ditanya lagi,"Kemudian siapa lagi?"
Aisyah menjawab,"Umar bin Khattab."
Ditanya lagi, "Kemudian siapa lagi?"
Aisyah menjawab,"Abu Ubaidah bin Jarrah."
Kemudian Aisyah mengakhirinya sehingga di situ."
(Hadith Muslim no. 4397)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

ussopp Publish time 18-11-2022 10:33 AM

Saya meremang bila fikir ada manusia yg dapat result akhirat masuk syurga ketika dia masih bernafas....

MASYAALLAH

boca120879 Publish time 18-11-2022 10:59 AM

ussopp replied at 18-11-2022 02:33 AM
Saya meremang bila fikir ada manusia yg dapat result akhirat masuk syurga ketika dia masih bernafas. ...

Bertuah pada mereka2 yang telah terpilih
masuk syurga
sebelum meninggal dunia.

Walaupun da ada gerenti,
mereka masih merendah diri.

Berbeza ngan sebahagian agamawan kini.
Ada yang bangga diri,
merendahkan orang lain
ngan mengganggap orang lain kurang kefahaman
dalam agama.

Wallahu a'lam.
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Para Sahabat Nabi s.a.w.


ADVERTISEMENT