Raline Publish time 13-7-2021 09:46 AM

Unsur Mistik Punca Kerusi Nombor 13 Tidak Ada Dalam Pesawat?

Unsur Mistik Punca Kerusi Nombor 13 Tidak Ada Dalam Pesawat?

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/03/nombor-13-tidak-ada-dalam-pesawat.jpg?quality=100&f=auto

Tahukah anda bahawa beberapa pesawat tidak mempunyai kerusi bernombor 13 dan 17?

Memetik laporan mStar, semua pesawat di Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo tidak mempunyai kerusi bernombor 13.

https://www.instagram.com/p/B8uzKRXgsx6/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ec8e4429-ef8f-496a-8fb0-0d3f3cd0c2c6

Perkara ini turut disahkan oleh Zarul Umbrella di laman Instagram miliknya.

Bekas pramugara Malaysia Airlines itu berkata bahawa nombor 13 itu dikaitkan dengan unsur mistik dan perkara yang tidak baik.


Memetik laporan The Sun, Air France, Iberia dan Ryanair adalah antara beberapa pesawat luar negara yang tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13.

Menurut seorang jurucakap Ryanair, ketiadaan tempat duduk itu adalah disebabkan tradisi pembuatan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Lufthansa pula tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13 dan 17 kerana nombor 13 itu dianggap tidak bernasib baik dalam sesetengah budaya.

Jelasnya, “Itulah sebabnya tiada kerusi nombor 13 dalam pesawat kerana kami menghormati kepercayaan karut. Dengan cara itu, tiada siapa yang menganggap angka 13 adalah malang perlu duduk di barisan itu.”

Dalam pada itu, nombor 17 pula dianggap tidak bertuah kerana sekiranya dilihat melalui angka Roman, ia adalah XVII.

Namun, anagram XVII itu sebenarnya membawa maksud hidup saya sudah berakhir dalam bahasa Latin.

Sebagai rekod, barisan ke-13 adalah tempat duduk terbaik kerana ia terletak berdekatan dengan pintu kecemasan.

Sumber:https://iamlejen.com


olaoli Publish time 14-7-2021 10:10 AM

kenapa MAS kena purcaya amalan sebegini?

pinkzara Publish time 14-7-2021 11:45 PM

sama mcm lif kan? takde no 7, 13 dan 17?

tupaiterbang Publish time 15-7-2021 09:10 AM

pinkzara replied at 14-7-2021 11:45 PM
sama mcm lif kan? takde no 7, 13 dan 17?


Tingkat 4 pun takde...depa pi tukaq 3A

siputpepel Publish time 15-7-2021 11:36 AM

bukan takat kapetebang, lift pun sama. 3A, 13A...

husie91 Publish time 15-7-2021 06:01 PM

Takde seat 13 pon berlaku je kapal terhempas or kes macam mh370 tuu

twins Publish time 16-7-2021 12:54 PM

tak pernah perasan pun tak der barisan 13 tu....mungkin sbb selalu kalau book seat sibuk nak cari
yg dekat dgn tandas...hahahhaa...sampai tak perasan pulak ada nombor yg hilang...:P

Cerminputih Publish time 28-7-2021 11:04 AM

No umah, no jln pun takde no.4. tukar jd 3A

edayildiz Publish time 29-7-2021 04:14 PM

sama mcm lift condo i..no 4 takde..gnti 3A..tu i pelik..no 3 dh ada..pastu gnti 3A

MengkuduMasam Publish time 4-8-2021 10:04 AM

edayildiz replied at 29-7-2021 04:14 PM
sama mcm lift condo i..no 4 takde..gnti 3A..tu i pelik..no 3 dh ada..pastu gnti 3A

kalo no 4 ganti 3A ni slalunya developer cina yg fobia ngan no 4...

depa pun buat laa mcm tuh... 14 pun ganti 13A....

haifawehbe Publish time 6-8-2021 04:03 AM

MengkuduMasam replied at 4-8-2021 10:04 AM
kalo no 4 ganti 3A ni slalunya developer cina yg fobia ngan no 4...

depa pun buat laa mcm tuh.. ...

yup kalau lif tu x de button no 4 or ditukar pada 3A mmg tahu la cina yg buat.. katanya no 4 tu no org mati..

haifawehbe Publish time 6-8-2021 04:04 AM

no 13 ni ada kaitan dgn friday the 13th ke?

limesherbet Publish time 6-8-2021 08:31 AM

ler memang ler. cina kan anti nombor 4. 3+1 kan 4. bawak sial. kematian. bukan airplane je..rumah dan apa2 pun la. tanya soalan cerdik skit boleh tak zarul.

ejans Publish time 8-8-2021 03:39 AM

Kalau 10 kaum dkt dunia ni ada no suwey masing2.. mmg semua no lah x boleh gunaa

oni313 Publish time 8-8-2021 06:40 PM

MengkuduMasam replied at 4-8-2021 10:04 AM
kalo no 4 ganti 3A ni slalunya developer cina yg fobia ngan no 4...

depa pun buat laa mcm tuh.. ...

bila buat camtu, cam menyusahkan pulak tempat kediaman yg majoriti dihuni org2 melayu

rumah aku tingkat 13, atas aku 13A..... dah kebetulan unit atas aku ni kaki shopping, order FP bagai... selalu delivery man tekan bell rumah aku nk hantar brg, padahal yg order tu 13A, aku tingkat 13.....

SalenaGomez Publish time 8-8-2021 09:12 PM

MengkuduMasam replied at 4-8-2021 10:04 AM
kalo no 4 ganti 3A ni slalunya developer cina yg fobia ngan no 4...

depa pun buat laa mcm tuh.. ...

Developer tu fobia kalau xde org nak beli la kot kan

kucim Publish time 28-8-2021 02:07 PM

Mengarut semua tu...meramal2 dan bersangka2..nombor bukannya boleh memberi mudarat...tp bos aku dulu si kicap kalau amik pekerja..dia tilik angka lahir dan buat kira2 dulu..bisnes sama je tak untung mana jugak..semua depends pd servis maaa

cucutokwan89 Publish time 28-8-2021 02:36 PM

Huk aloh {:3_93:}



tupai Publish time 29-8-2021 09:07 AM

I x berapa percaya sgt la benda2 ni tp x penah perasan lak flight pun percaya benda2 ni, ingatkan lif no je xde no 4
Pages: [1]
View full version: Unsur Mistik Punca Kerusi Nombor 13 Tidak Ada Dalam Pesawat?


ADVERTISEMENT