Raline Publish time 12-7-2021 09:09 PM

Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fyer, Anak-Anak Pun Boleh Buat Sendiri! Memang Seda

Resipi Mudah Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fyer, Anak-Anak Pun Boleh Buat Sendiri! Memang Sedap

https://media.ohbulan.com/2021/06/Screenshot-2021-06-28-at-1.27.33-PM.png
Foto: Siti Nor Arbi

Tidak dinafikan menu ayam goreng sering kali menjadi pilihan utama kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Lagi sedap kalau ayam goreng itu garing di bahagian luar dan juicy di bahagian dalam.

Seperti satu posting seorang ibu dikenali sebagai Siti Nor Arbi menerusi kumpulan Resipi Air Fryer Malaysia di laman Facebook berkongsi cara mudah mengoreng ayam menggunakan air fryer. Memang mudah dan sedap!

Resipi mudah ayam goreng rangup guna Air Fryer

https://media.ohbulan.com/2021/06/203455564_3967610006621596_4024179545250697416_n.jpg
Foto: Siti Nor Arbi

Ujar wanita ini, menu ayam goreng yang sedia ada dijual di pasaran sering kali menjadi pilihan anak-anaknya sebagai santapan utama. Susulan daripada itu, dia mendapat idea untuk membuat ayam goreng seakan-akan Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mudah untuk diikuti dan boleh dibuat di rumah sendiri.

Langkah-langkah mudah:

1. Ayam basuh bersih.
2. Salut ayam dengan bancuhan air tepung Bestari.
3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
4. Sediakan bekas lain yang berisi tepung Bestari.
5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan-tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
6. Masak sekejap secara deep fry. Toskan minyak. Sejukkan.
7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing-masing. Saya letak suhu 180c, 10minit.
9. Dah masak boleh hidangkan.

Anak-anak saya dah biasa guna AF. Kalau lapar, mereka masak sendiri ayam tu. Senang. Suhu saya dah set sesiap. Mereka putar timing je.

https://media.ohbulan.com/2021/06/resipi_ayam-scaled.jpg

Foto: Siti Nor Arbi

Sumber: Siti Nor Arbi via Resipi Air Fryer Malaysia

sunnylicious Publish time 25-7-2021 10:15 PM

ohh kena deep fry jugak. okeh thank you boleh try nt

Oleifera Publish time 27-7-2021 12:53 PM

Kalau masak macam ni, ayam tu akan keluar darah tak lps dah siap masak?

MoneyMatters Publish time 27-7-2021 11:20 PM

Cantik kejadiannya. Macam nk try juga

thetimes Publish time 27-7-2021 11:58 PM

My favourite ni

penoren Publish time 28-7-2021 10:04 AM

selama ni guna tepung bestari gak, tp x pernah jadi berkeping2 tu. sbb lepas salut, terus goreng.
nk try la step mcm ni. tq for the tips

klutzyturtle Publish time 8-9-2021 01:11 PM

Wah menariknya boleh buat ayam goreng frozen sendiri. Thanks bagi idea!
Pages: [1]
View full version: Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fyer, Anak-Anak Pun Boleh Buat Sendiri! Memang Seda


ADVERTISEMENT