CARI-MAL Publish time 10-7-2021 06:00 PM

Mekap Mahal Tapi Pelamin Murah - "Yang Penting Aku Cantik"

Seorang pengantin perempuan menjadi tular di media sosial selepas solekan yang digayakan semasa hari persandingannya dikatakan tidak padan dengan majlisnya yang begitu sederhana, lapor laman berita Merdeka.com semalam.


Video yang dimuat naik oleh pemilik Instagram @tante_rempong itu menunjukkan suasana pernikahan sepasang pengantin dengan dekorasi yang sangat sederhana.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/10/175803ad6tjd6n6q96h6l6.pngPengantin wanita memilih solekan yang berharga jauh lebih mahal berbanding dekorasi majlis persandingannya. - Instagram




Namun, solekan yang yang dikenakannya nampak begitu berbeza dan dia dikatakan memilih solekan yang mahal.


“Ini definisi solekan mahal berbanding hiasannya.


“Lepas tahu harga solekan ini, saya terkejut kerana dekorasi pelamin cuma 500 ribu rupiah (RM144) sementara solekan pula harga jutaan rupiah (RM300),” tulisnya pada keterangan video.


Melalui video tersebut, perakamnya berkata pengantin tersebut memilih solekan jenis mahal kerana mahu kelihatan cantik pada hari persandingannya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/10/175803ckup1wrc667uw4eu.jpgPengantin wanita memilih solekan yang berharga jauh lebih mahal berbanding dekorasi majlis persandingannya. - Instagram




“Kata pengantin, tidak mengapa jika solekannya mahal kerana yang penting dia kelihatan cantik,” tulis pemilik video lagi.


Netizen turut meninggalkan komen dengan memuji hasil solekan pengantin tersebut yang disifatkan cukup cantik.


“Bagus kerana pengantin tahu apa yang seharusnya menjadi keutamaan. Saya juga lebih memilih solekan mahal dan tidak pudar berbanding dekorasi majlis yang mahal,” tulis seorang netizen.


“Tidak mengapa yang penting hasil solekannya memuaskan hati,” tulis seorang lagi netizen.




Sumber: Kosmo! Online

Tinot7 Publish time 10-7-2021 06:04 PM

Tanggal mekap, apa yg tinggal?

mijot Publish time 10-7-2021 06:15 PM

duit dia, suka hati dia lah

harkktuih Publish time 10-7-2021 06:17 PM

Cantik ke sis mekap gitu?

salmon-suki Publish time 10-7-2021 06:24 PM

Ok laa..hari bahagia dia kn..nak mekap gothic pn boleh..{:smile{:smile{:smile

lwyl Publish time 10-7-2021 06:52 PM

Wig ke itu?

novelloverzz Publish time 10-7-2021 06:59 PM

nama pun raja sehari..

miszclassique Publish time 10-7-2021 07:04 PM

Cowieee tapi nampak macam goku

dua_chzy Publish time 10-7-2021 07:11 PM

Hmm.

Differentb piple, different taste.

nakkomenjugak Publish time 10-7-2021 07:20 PM

uang aku suka aku dehhhhh..
yaaa gapapa mbakkkk
mau mekap seperti opera cina juga ngapapa hihiih

KIM.K Publish time 10-7-2021 07:36 PM

Pilihan bijak. Patutnya pelamin tu kecikkan sikit takyah stretch semua. memadai cantik dlm gambar

Eva_yy_Ellin Publish time 10-7-2021 07:37 PM

Betul apa.
Setakat pelamin lawa-lawa harga mahal-mahal buat apa. Keluar je dari kenduri, orang pun dah lupa pasal dekorasi pelamin.
Tapi makeup harus paling cantik supaya orang ingat selalu. Ambil gambar dekat tempat orang basuh pinggan pun sentiasa ada memorinya. Hahaha

Eva_yy_Ellin Publish time 10-7-2021 07:38 PM

Tapi kan...
Pengantin perempuan punyalah lawa, pengantin lelaki tu tak berbedak sikit pun ke? :L

CiliPadiSedap Publish time 10-7-2021 07:42 PM

Pelamin dia walaupun biaya rupiah tapi lagi ganteng dari majlis graduasi belon

biskutraya Publish time 10-7-2021 08:31 PM

Ok la tu pelamin nye..ade jugak deko2.. ingatkan letak kerusi je dengan kain bunting kat belakang.. mekap penting ye.. pelamin simple takpe tapi mekap kene vouge. Jangan mekap macam orang kene tumbuk sudah.. haha

doubleharmonic Publish time 10-7-2021 08:37 PM

masalahnya tak nampak cantik pon? gigih claim boking make up jutaan tapi nampak murahan jah?

BoongaKertas Publish time 10-7-2021 09:11 PM

Eh cantiklah mekap dia. First time iols suka tgk.

KIM.K Publish time 10-7-2021 09:19 PM

CiliPadiSedap replied at 10-7-2021 07:42 PM
Pelamin dia walaupun biaya rupiah tapi lagi ganteng dari majlis graduasi belon

Lupa tukar mn ke kaka. Keluar dah penampakan priskah

CiliPadiSedap Publish time 10-7-2021 09:24 PM

KIM.K replied at 10-7-2021 09:19 PM
Lupa tukar mn ke kaka. Keluar dah penampakan priskah

Haha terus jadi friska

Carcosa Publish time 10-7-2021 11:48 PM

Kepohchi nya yg comment2 tu :shakehead3:
Suka hati dialah, wedding dia.
Betul jgk thinking dia. Janji dia lawa haritu ;P Pelamin tu duduk kejap je kan. Kang nak ke meja makan lah, kulu kilir ambik gambar dgn tetamu. Bior ke dia la.
Pages: [1] 2
View full version: Mekap Mahal Tapi Pelamin Murah - "Yang Penting Aku Cantik"


ADVERTISEMENT