Raline Publish time 9-7-2021 01:32 AM

Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan.





Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan.

Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak dan ia juga adalah merupakan salah satu warisan Kesultanan. Istana ini juga digelar sebagai Istana Teluk Intan dan ia memainkan peranan penting dalam sejarah serta menjadi ikon untuk Teluk Intan satu ketika dahulu.

Kini, keadaan istana ini amat menyedihkan kerana ia ditinggalkan dan diamah usia, dimakan masa yang berlalu begitu sahaja.

Istana Raja Muda Lama ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan, Perak. Istana Teluk Intan ini dibina pada sekitar tahun 1922 dan ia adalah merupakan Istana yang menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak.

Raja Muda yang pertama bersemayam di sini ialah Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum iaitu Raja Muda Musa ketika menjadi Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Perak yang ke 31.

Istana ini akhir sekali diduduki oleh Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, kediaman rasmi untuk DYTM Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah telah dipindahkan ke Istana Tetamu di Ipoh.

Selepas pada itu, Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak ini ditinggalkan dan tidak digunakan lagi oleh sesiapa dan keadaannya sekarang amatlah teruk kerana tidak lagi dijaga oleh mana-mana pihak.

Jika Istana Teluk Intan ini terus dibiarkan, mungkin satu hari nanti istana ini akan dituntut semula oleh hutan belantara kerana tiada sesiapa yang ingin menjaga dan memulihara istana yang pernah berbakti memberi perlindungan hujan dan panas pada Raja Muda Perak yang disayangi ini.

#creditorangperakcom
#creditFreddieAzizJasbindar
#PeristiwaNSejarah


matbad Publish time 9-7-2021 02:36 AM

tggal kenangan

ajinomotonosuga Publish time 9-7-2021 06:47 AM

Depa takmo nama teluk intan naik kalahkan IPOH!!

Mustahil waris sme tatau..kerajaan negeri tatau

Klo jaga molek mcmMenara Condong..bnyk ikon nanti aaa..sme tourists mai..naik nama Mak Intan.. Ipoh malu maaa..tu i think the main reason..

supernaturalee Publish time 9-7-2021 07:00 AM

Xde bajet nk maintain
Afterall xde sape nk duk situ

Anyway 33 thn abandoned ni hasilnya
Tp laman tu nmpk terjaga
Elok rumput trim

Kancilkering Publish time 9-7-2021 09:44 AM

leh wat pre wedding or wedding photo session…..

Cenderakirana9 Publish time 9-7-2021 10:57 AM

Tak boleh ke tukar jadi hotel atau dewan untuk majlis? Sayangnya

awanearisu Publish time 9-7-2021 11:08 AM

Sayang tak dijaga secara berkala. Kadangkala tengok istana-istana lama di luar negara, nampak rapi penjagaannya sehingga ke laman sekitarnya. Mungkin kalau dijaga, sekali-sekala boleh dijadikan istana singgah.

tupaiterbang Publish time 9-7-2021 11:15 AM


Tak tau lak ada istana kat Teluk Intan
Sayang la tak jaga betul2 peninggalan sejarah bangsawan

LadyCarefree Publish time 9-7-2021 11:31 AM

Bazir duit buat istana baru. Ya lah duit free.

deathacker Publish time 9-7-2021 11:48 AM

Klu bagi aku duduk,mln ni jg aku pindah :lol:

kucingitam Publish time 9-7-2021 12:15 PM

kenapalah msia ni taknak pelihara warisan2 camni kan.. kalau kat luar negara tu istana2 lama dijaga rapi, buat muzium la, arkib la..sayang tau istana lama ni

nakkomenjugak Publish time 9-7-2021 01:35 PM

orang malaya kan tak reti jaga khazanah, bangunan2 lama ni. macam tak tau puleksss;P;P;P

ekselen Publish time 9-7-2021 03:22 PM

awanearisu replied at 9-7-2021 11:08 AM
Sayang tak dijaga secara berkala. Kadangkala tengok istana-istana lama di luar negara, nampak rapi p ...

Betul...sepatutnya kerajaan negeri boleh amik alih dan maintain lah... boleh buat sbg sektor pelancongan..tp kena ada aktiviti lain yg menarik di sekitar kwsn tu.. Atau pun boleh restored brg2 dlm tu seolah2 seperti istana lama. I pasti ramai org nk tgk benda2 sejarah ni terutama org luar. Kalo kita gi negara lain, byk istana2 lama diorg yg dijaga dan dijadikan tpt pelancongan even ada yg tinggal sisa2 binaan pun diorg maintain jgk...iols kalo ada la mcm tu mmg teringin nk tgk..

ekselen Publish time 9-7-2021 03:24 PM

kucingitam replied at 9-7-2021 12:15 PM
kenapalah msia ni taknak pelihara warisan2 camni kan.. kalau kat luar negara tu istana2 lama dijaga...

Kan....bahan sejarah kot...mmg sgt rugi x jaga warisan sejarah negara kita ni...

kucingitam Publish time 9-7-2021 03:43 PM

ekselen replied at 9-7-2021 03:24 PM
Kan....bahan sejarah kot...mmg sgt rugi x jaga warisan sejarah negara kita ni...

tu lah..drg sibuk nak bina shopping complex..

She-Ra Publish time 9-7-2021 04:05 PM

bangunan lama2 ni jenis kukuh
sayang tak dijaga atau dibela
kalau buat rumah persinggahan atau cafe ka.. mesti menarik dan hidup
tp kena tgk lokasi dan keadaan sekeliling la.. belah mana ni pun? ada penempatan berdekatan ke pun? tanya sebab tak tau hehee

Cece1234 Publish time 9-7-2021 04:26 PM

tupaiterbang replied at 9-7-2021 11:15 AM
Tak tau lak ada istana kat Teluk Intan
Sayang la tak jaga betul2 peninggalan sejarah bangsawan

Kannn..i yg mmg org perak pun xtau..sayang je..

Megikari Publish time 9-7-2021 04:43 PM

Jadi tempat jin beranak pinak je sudahnya

Raline Publish time 9-7-2021 06:09 PM

elok la buat pusat gelandangan ke? dewan komuniti ke dr terbiar

sharlenetexas Publish time 9-7-2021 06:17 PM

Raline replied at 9-7-2021 06:09 PM
elok la buat pusat gelandangan ke? dewan komuniti ke dr terbiar

Buat tempat rehab.

Pages: [1] 2
View full version: Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan.


ADVERTISEMENT