Raline Publish time 9-7-2021 12:06 AM

Resepi Chee Cheong Fun Udang Mudah & Menyelerakan!



https://media.myresipi.com/2021/06/slider-439.png

Kali ini kita kongsikan lagi resepi sarapan pagi yang mudah iaitu chee cheong fun. Kebiasaannya di restoran Cina atau di kedai dimsum, ini merupakan salah satu menu sarapan pagi yang terkenal. Mereka akan memakai kain untuk memasaknya supaya hasil chee cheong fun itu menjadi lebih nipis.

Kalau kita nak buat di rumah, korang boleh je buat di atas tray supaya ia lagi mudah. Jom cuba resepi chee cheong fun ini.

Bahan-bahan chee cheong fun

[*]1 cawan tepung beras
[*]1/2 cawan tepung jagung
[*]1/2 sudu kecil garam
[*]3 cawan air
[*]Bahan-bahan kuah
[*]1 cawan air
[*]3 sudu besar kicap cair
[*]1 1/2 sudu besar gula


https://media.myresipi.com/2021/06/slider-438.png

CARA PENYEDIAAN

Kacau bahan-bahan chee cheong fun sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-440.png

Oleskan minyak pada tray, tidak perlu dalam kuantiti yang banyak. Sekadar nak bagi licin sahaja.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-442.png

Letak elok-elok dan rata, pastikan anda adjust ke kiri dan ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.

Jangan letak air tepung yang terlalu banyak, buat senipis yang mungkin. Letakkan udang, sekiranya udang kecil, masa untuk mengukus perlu dikurangkan.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-441.png

Kukus selama 1 minit 30 saat. Angkat tray dan buang air lebihan sekiranya ada, gulungkan secara perlahan-lahan.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-446.png

Untuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan-bahan untuk kuah tersebut dan boleh diletakkan di atas chee cheong fun. Tambahkan minyak bijan, supaya lebih sedap.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-448.png

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Li Yow
https://myresipi.com/resepi-chee-cheong-fun-udang-mudah-menyelerakan/

Tinot7 Publish time 10-7-2021 08:01 AM

Dolu2 beli jahh..

Ada chee cheong fun yg rasa sgt smooth bila mkn.. rasanya deme ayak tepung kott sblm guna..

None68 Publish time 11-7-2021 11:01 PM

Macam buat laksam kan..

justwoman Publish time 14-8-2021 03:19 PM

Beli kt steamfun spectrum ampang....premium chee cheong baru rm12.50...puas ati wehhh...portion byk dah....

Rupanya resepi dia mudah jer ye...tp tuhlaa kegigihan nk steam tu ....haishhh

dek_ya Publish time 14-8-2021 06:18 PM

1st time makan kat ipoh, my chinese boss belikan. Sedap! Thanks to my boss selau belanja makan, banyak dah chinese food saya dapat rasa. Rindunya Ipoh!
Pages: [1]
View full version: Resepi Chee Cheong Fun Udang Mudah & Menyelerakan!


ADVERTISEMENT