Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!
Manisan Turki Yang Berasaskan Keju, Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!https://media.myresipi.com/2021/07/slider-489.png
Korang perasan tak sekarang, manisan daripada negara Turki ini semakin dikenali dan sudah ramai orang mulamenjualnya. Ini kerana rasa kunafa ini memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Bahan utama kunafa ini adalah keju makan rasanya memang enak lagi-lagi dimakan semasa masih panas. Jom cuba resepi kunafa ini hanya dengan menggunakan air fryer.
Bahan-bahan
[*]1 cawan gula
[*]1/2 biji jus perahan lemon
[*]1 sudu air mawar
[*]Vermicelli atau pastri Kaitaify
[*]1/2 cawan mentega
[*]1 cawan susu
[*]2 sudu tepung jagung
[*]1 sdb esen vanila
[*]100gm cream cheese
[*]Kacang pistachio – dicincang kasar
[*]Keju mozzarella atau keju Akkawi
CARA PENYEDIAAN
Siapkan sirap terlebih dahulu dengan campurkan 1 cawan air, 1 cawan gula, 1/2 biji just perahan lemon dan 1 sudu air mawar. Renehkan sehingga ia menjadi pekat.
https://media.myresipi.com/2021/07/slider-484.png
Kemudian, ramaskan vermicelli menjadi pendek. Masukkan 1/2 cawan mentega dan gaulkannya bersama vermicelli sehingga ia menjadi lembab.
https://media.myresipi.com/2021/07/slider-483.png
Sediakan sos krim pula dengan 1 cawan susu, 2 sudu tepung jagung, 1 sudu gula, esen vanila dan cream cheese renehkan sehingga menjadi pekat.
https://media.myresipi.com/2021/07/slider-485.png
Sediakan loyang, masukkan vermicelli ratakan sehingga mampat lebih kurang tebal 1 inci.
Letakkan sos krim di atasnya dan lapiskan bersama keju mozzarella.
https://media.myresipi.com/2021/07/slider-488.png
Letakkan sos krim lagi di atas keju tersebut dan tutup bersama vermicelli.
Bakar dalam air fryer,suhu 140 darjah selama 20 minit.
https://media.myresipi.com/2021/07/slider-487.png
Siap dan selamat mencuba!
Sumber: Ena Mohd Arip
https://myresipi.com/manisan-turki-yang-berasaskan-keju-jom-cuba-resepi-kunafa-hanya-guna-air-fryer/
Pernah beli online..pekat bau cheesenya..mmg keju tebal. Mkn sikit2 je..muak. Leoas tu smbung ngap lagi.. Baru beli senalam..mmg suka sgt kunafa ni tp ada tempat jual kurang sedap Sedap sgt kunafa kalau makan yg fresh, kalau yg dh lama keju pon kejung boleh someone explain ape rasa kunafa ni ek biasa tengok kunafa di dekat kedai2 makanan arab ke pun..tapi tak pernah try.. tq for the resepi ... boleh try ni X manis sgt ke? nampak sodappp... bleh try ni.. Boleh try hujung minggu ni. Thanks for the recipe! yummy. iols suka kunafa tapi xpernah cuba lagi. nnt boleh try.
Pages:
[1]