Raline Publish time 8-7-2021 11:55 PM

Sambal Ikan Tongkol, Memang Cukup Rasa & Warna Sambal Pun Cantik!

Jom Cuba Resepi Sambal Ikan Tongkol, Memang Cukup Rasa & Warna Sambal Pun Cantik!


https://media.myresipi.com/2021/07/slider-475.png

Rakyat Malaysia dan makanan yang pedas memang berpisah tiada. Siapa sahaja yang tidak suka makanan pedas kan? Lagi-lagi kalau sambal tumis makan bersama nasi putih sama-sama.

Tetapi macam biasa tidak ramai yang tahu membuat sambal yang betul-betul sedap dan cukup rasa. Jom cuba resepi sambal ikan tongkol ini.

Bahan-bahan

[*]1 genggam cili kering – rendam air panas,basuh dan toskan.
[*]2 ulas bawang putih ( 1 ulas dikisar, 1 ulas dihiris nipis)
[*]2 biji bawang besar
[*]1 asam keping
[*]Gula
[*]Garam
[*]Aji


https://media.myresipi.com/2021/07/slider-480.png

CARA PENYEDIAAN

Kisarkan cili kering, bawang putih, dan bawang merah bersama setengah cawan air.
Gorengkan ikan tongkol sehingga masak dan garing.

https://media.myresipi.com/2021/07/slider-478.png

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan.

https://media.myresipi.com/2021/07/slider-479.png

Masukkan 3 sudu kecil gula dan asam keping. Masak sehingga sambal menggelegak.

https://media.myresipi.com/2021/07/slider-477.png

Sekiranya sambal sudah pecah minyak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

https://media.myresipi.com/2021/07/slider-476.png

Masukkan sedikit air sekiranya sambal kering dan gaul sehingga sebati.
Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Aieda Sheema
https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-sambal-ikan-tongkol-memang-cukup-rasa-warna-sambal-pun-cantik/

marla69 Publish time 9-7-2021 09:57 AM

Look yummy

Sambalberapi Publish time 26-7-2021 10:01 PM

Mau bertambah2 nasi

CikPuanPadilla Publish time 27-7-2021 12:49 AM

Sedapnya...mmg makan bertambah ler...

CikPuanPadilla Publish time 27-7-2021 12:50 AM

Sya klu bli ikn tongkol mmg wajib bt sambal....klu greng sja xbrapa nk mkn

sheshelia Publish time 27-7-2021 01:59 AM

Ikan tongkol win masak sambal.rasa mavelesssss

Aai2 Publish time 27-7-2021 02:09 AM

Sambal ikan tongkol memang femes, dijadikan lauk nasi lemak kat trg

Groovykid Publish time 27-7-2021 02:46 AM

Sedapnya. Tq for sharing
Pages: [1]
View full version: Sambal Ikan Tongkol, Memang Cukup Rasa & Warna Sambal Pun Cantik!


ADVERTISEMENT