rabbit.girl Publish time 8-7-2021 05:56 PM

#56 Sedih....Takde Tempat Mengadu

Edited by rabbit.girl at 16-8-2021 08:42 PM

Assalamualaikum. minta pandangan / nasihat ahli forumer. aku tak tahu apa nak jadi pada diri aku. aku nak baiki diri aku,nak ada kehidupan yang lebih baik seperti orang lain. bukan seperti kehidupan aku sekarang.

Aku tak ada kawan. kehidupan sunyi. lepas habis sekolah terus aku tak contact rakan2 aku. bukan tak rindu bukan tak ingin meneruskan silaturahim tapi entahla aku pon tak tau apa yang tak kena dengan diri aku.

Aku pernah masuk universiti, tapi tak sampai sebulan aku 'lari'. Tanpa maklumkan apa2 pada pihak universiti. Aku tak boleh nak adapt dengan kehidupan aku kat sana. Aku tak ada kawan. Aku tak pandai nak sapa orang terlebih dulu. Tapi aku bukan anti sosial.

Lagi satu masalah aku. Aku seorang yang blur and slow. Lepas stop dari universiti, aku penah kerja sebagai jurujual dalam mall, tapi tak sampai sebulan aku berhenti. Sebab aku dengar cakap2 belakang workmate aku mengumpat cakap aku slow buat kerja, macam orang tak tahu apa2.

Sekaramg aku menganggur, nak kerja tapi da berapa kali kena reject. Aku nak sambung belajar di universiti, tapi macam susah sebab mungkin nama aku masih ada di pangkalan data universiti aku sebelum ni.

Jadi apa yang aku pelu buat? Aku nak buat2 bisnes online ku pikir susah kalau aku kena post / cod barang. sbb aku tak reti transport (aku tahu hendak seribu daya tak ndak seribu dalih). ahli keluarga aku bukannya semua boleh harap.

p/s:Aku teringin nak ada kawan, kerjaya yang elok dan hidup macam orang lain.


ciksaenara Publish time 8-7-2021 06:08 PM

mungkin TT introvert ?? cuba check

noor2 Publish time 8-7-2021 06:14 PM

Bila akak baca...TT jenis cepat mengalah dan x mahu menghadapi sebarang kesusahan walau sikit pun...jenis nak hidup mudah ...padahal hidup di dunia ni semua penuh rintangan.


Hidup ni kena kuat...kena lasak. ..

printercomel Publish time 8-7-2021 06:24 PM

TT so insecure. Have some self centered. Puji diri sendiri. Stop thinking orang lain hates you atau u will make them to hate you.

It doesnt hurt to say hi to new friend. Jgn fikir orang yang badmouth belakang sebab bukan mereka yang bagi tt duit makan.

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 06:39 PM

noor2 replied at 8-7-2021 06:14 PM
Bila akak baca...TT jenis cepat mengalah dan x mahu menghadapi sebarang kesusahan walau sikit pun... ...

yup mungkin saya mudah putus asa pada certain situation. tapi saya bukan jenis yang hanya nak hidup senang semata. apa pon terima kasih atas pandangan. sikit sebanyak saya boleh nilai diri saya.

noor2 Publish time 8-7-2021 06:43 PM

rabbit.girl replied at 8-7-2021 06:39 PM
yup mungkin saya mudah putus asa pada certain situation. tapi saya bukan jenis yang hanya nak hidu ...

Abis. .masuk U sebulan lari
Keja mall sekejap resign
Nak berniaga online tt kata susah nak post barang

Kaka rasa awak kerja apa pun x bertahan lama bukan ikut situation sebab semua dari diri awak sendiri. ..semua benda yg kita join akan ada cabaran. ..kerja apa pun x mudah. ..nak mudah jadi anak raja goyang kaki dapat elaun

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 06:47 PM

printercomel replied at 8-7-2021 06:24 PM
TT so insecure. Have some self centered. Puji diri sendiri. Stop thinking orang lain hates you atau...

terima kasih.
berkenaan kawan, saya tak tahu nak mulakan macam mana kalau nak berkenalan dengan orang baru. mungkin saya hanya boleh say hi, lepas tu senyap. saya sorang yang membosankan. banyak mendengar daripada brrcakap. tak tahu apa yang nak bualkan, dikongsi. mungkin saya kurang pengalaman hidup
hatta kawan yang dah memang sah2 saya kenal lama pon saya tak tegur/mulakan perbualan kalau diorang tak start tegur.

apa nak jadi dengan hidup saya ni

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 07:01 PM

noor2 replied at 8-7-2021 06:43 PM
Abis. .masuk U sebulan lari
Keja mall sekejap resign
Nak berniaga online tt kata susah nak post ...

fuhhh. kata2 sis memang menikam hingga ke hulu hati saya.

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 07:05 PM

noor2 replied at 8-7-2021 06:43 PM
Abis. .masuk U sebulan lari
Keja mall sekejap resign
Nak berniaga online tt kata susah nak post ...

saya terasa tauu. insyaAllah akan saya segera bermunasabah diri.

kaedahnya Publish time 8-7-2021 07:11 PM

Edited by kaedahnya at 8-7-2021 07:15 PM

masuk balik uni la dik.
kalu menyampah ngan course or uni tu sendiri, minta tukar (uni awam ke swasta ni?).
maybe awak rasa serabut sebab nak capai macam macam dalam masa yang sama.
settle la benda satu satu ok.
good luck.

kaedahnya Publish time 8-7-2021 07:22 PM

kalau boleh saya nak tau ni.
tak boleh adapt dengan hidup universiti tu, tak boleh adapt yang macam mana? sebab baru sebulan kan.
bab kerja mall tu pulak, diorang cakap lembab tu kenapa? diorang kena cover kerja awak ke apa?

noor2 Publish time 8-7-2021 07:28 PM

rabbit.girl replied at 8-7-2021 07:05 PM
saya terasa tauu. insyaAllah akan saya segera bermunasabah diri.

Adik ...akak bagi kata2 semangat. .bukan niat nak jatuhkan. .awak kena kuat ok...esok2 dah kawin nk cari rezeki lagi susah bila ada anak2 yg kita nk tanggung. ....insya Allah awak boleh berubah dan harungi hidup ni...dan JGN SEKALI2 PANDANG RENDAH DIRI SENDIRI....ok adik

ellejo Publish time 8-7-2021 07:40 PM

good news is ko tau ko yang bermasalah dan ko tau ko yang kene berubah.

printercomel Publish time 8-7-2021 07:41 PM

rabbit.girl replied at 8-7-2021 06:47 PM
terima kasih.
berkenaan kawan, saya tak tahu nak mulakan macam mana kalau nak berkenalan dengan...

Takpe slowly ya. Memula buat kawan. Borak. Tell your new friend about your hobbies. Ask them too. Ajak makan. Ajak hangout.

Printer rasa TT orangnya baik. Naive. Innocent. Maybe pernah disakiti atau ditikam belakang kawan sendiri. Dunno.

But anyhow life memang perlu ada kawan. Peu ada cita cita. Kita tak boleh tutup mulut orang. Jadi tak perlu fikirkan apa orang fikirkan pasal kita. I know you live in your own world. Trust me, i ve been there too living in my own world and boundaries and no one can enter it.

Jitu Publish time 8-7-2021 08:22 PM

susah nak beri nasihat benda2 mcm ni melalui tulisan
nak kena jumpa sembang2 baru boleh :lol:

ko ni nampak mcm pemalu sangat orangnya
adakah sifat pemalu ko terlalu ekstrem ?

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 08:25 PM

kaedahnya replied at 8-7-2021 07:11 PM
masuk balik uni la dik.
kalu menyampah ngan course or uni tu sendiri, minta tukar (uni awam ke swa ...

ipta. serabut tu maybe tak la. cuma mungkin saya tak da matlamat dalam hidup. sama ada nak belajar , kerja atau kawin(tiberr).

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 08:28 PM

kaedahnya replied at 8-7-2021 07:22 PM
kalau boleh saya nak tau ni.
tak boleh adapt dengan hidup universiti tu, tak boleh adapt yang macam ...

jujur lah saya cakap. bukan tak boleh adapt ke apa. masa tu memang miskin sangat. ke uni bawak telefon cikai(2 tahun lpas). banyak ketinggalan. semua benda pasal hal belajar /uni dimaklumkan melalui handfon. yaa memang silap sendiri berat mulut nak tanya kekawan.

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 08:29 PM

noor2 replied at 8-7-2021 07:28 PM
Adik ...akak bagi kata2 semangat. .bukan niat nak jatuhkan. .awak kena kuat ok...esok2 dah kawin n ...

terima kasih sis. terharuu. saya pon harap saya boleh berubah.

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 08:31 PM

Jitu replied at 8-7-2021 08:22 PM
susah nak beri nasihat benda2 mcm ni melalui tulisan
nak kena jumpa sembang2 baru boleh



hahah.. memang saya too much pemalu. sampai sekarang pon kalau jiran atau sapa2 yang datang rumah saya akan sembunyi dalam bilik tak keluar2 sampai diorang balikentah lah, teringin jugak nak borak2 , beramah mesra ngan diorang tapi tu laa...

rabbit.girl Publish time 8-7-2021 08:35 PM

printercomel replied at 8-7-2021 07:41 PM
Takpe slowly ya. Memula buat kawan. Borak. Tell your new friend about your hobbies. Ask them too....

tq ya. saya hargai sangat2 tips dan nasihat sis. saya cuba.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: #56 Sedih....Takde Tempat Mengadu


ADVERTISEMENT