Raline Publish time 7-7-2021 10:00 PM

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Cruella’

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Cruella’

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/06/lejenflix-ini-sebab-kenapa-anda-perlu-tonton-cruella.jpg?quality=100&f=auto

Disney baru sahaja melancarkan filem Cruella, watak ikonik dari 101 Dalmation. Kejayaan Maleficent telah menjadikan Disney lebih gemar membuat filem yang menampilkan watak antagonis dalam pelbagai francais animasi legenda.

Pertama kali muncul dalam buku-buku yang ditulis oleh Dodie Smith pada tahun 1950-an dan dihidupkan di layar lebar dalam filem animasi 101 Dalmatians (1961). Bukan itu sahaja, pembuatan semula aksi langsung (1996) serta sekuelnya (2000), watak Cruella de Vil adalah salah satu penjahat Disney yang paling hebat.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/06/lejenflix-ini-sebab-kenapa-anda-perlu-tonton-cruella_6.jpg?quality=100&f=auto
Sumber: IMDb

Filem arahan Craig Gillespie ini merupakan prekuel 101 Dalmations yang berfokus untuk menceritakan kisah hidup seorang wanita jahat iaitu Cruella De Vil. Filem ini berlatarkan era 70-an London dan berada di tengah-tengah revolusi punk rock. Filem Cruella mengajak penonton untuk mengikuti kisah Estella (Emma Stone), seorang gadis pintar dan kreatif dengan cita-cita besar dalam dunia fesyen.

Filem ini secara terperinci mengisahkan bagaimana perjalanan hidup seorang Estella (Emma Stone) sejak lahir hingga dewasa. Estella, seorang wanita terkenal sejak kecil kerana gayanya yang unik, suka memberontak dan tidak teratur. Semuanya bermula dengan bagaimana dia dibesarkan menjadi orang baik oleh ibunya, Catherine (Emily Beecham). Ketika semangat memberontaknya muncul, ibu Estella memanggilnya sebagai Cruella. Sehingga suatu hari, satu kejadian menimpa Catherine dan mengubah kehidupan Estella.

Nasib baik, dia bertemu dengan dua sahabat baiknya, Jasper (Joel Fry) dan Horace (Paul Walter Hauser). Mereka bertiga dibesarkan sehingga suatu hari menjadi penjenayah hebat, tetapi Estella terus mengasah kemahirannya dalam bidang fesyen. Oleh itu, Jasper menawarkan Estella cara hidup yang lebih baik. Tawaran daripada Jasper memuncak apabila Estella bertemu dengan idola masa kecilnya, Baroness von Hellman (Emma Thompson), pereka fesyen terkaya dan paling glamor di England. Namun, ada satu fakta yang membuat Estella membenci Baroness. Dari sini, transformasi Estella yang baik menjadi Cruella psikopat bermula.

Kami akan kongsikan lima perkara yang membuatkan filem ini berjaya menarik perhatian penonton menerusi artikel ini:

1. Watak Estella atau Cruella

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/06/lejenflix-ini-sebab-kenapa-anda-perlu-tonton-cruella_3.jpg?quality=100&f=auto
Sumber: Mashable India

Watak Estella digambarkan sebagai seorang wanita yang terkenal dengan gayanya yang unik, suka memberontak dan tidak teratur. Dia dibesarkan dan dididik dengan baik oleh ibunya, Catherine. Setelah kehilangan ibunya sebagai seorang anak dan dihantui oleh pengalaman itu, Estella menyembunyikan rambutnya yang hitam-putih semula jadi merah dan cuba bertahan bersama dua sahabat baiknya iaitu Horace dan Jasper. Mereka menipu dan mencuri sambil memanfaatkan imaginasi dan kemahiran menjahit Estella untuk melakukan penyamaran yang cemerlang.

2. Gaun ‘thrift’ kelihatan mewah dan menyerlah

Salah satu malam gala dalam filem ini ialah Black and White Ball anjuran Baroness. Cruella hadir memakai dress merah yang dibeli di thrift store. Ia dipakai bersama cape putih yang kemudian terbakar mempamerkan gaun merah. Kemudian dia menyarung dress bervolum diperbuat daripada surat khabar yang melaporkan persengketaan antara dia dan Baroness.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/06/lejenflix-ini-sebab-kenapa-anda-perlu-tonton-cruella_2.jpg?quality=100&f=auto
Sumber: Vox

Bukan itu sahaja, gaun yang dipakainya di lori sampah juga turut menjadi kegemaran buat para penonton. Apa yang mengejutkan lagi, panjang gaun tersebut hingga mencecah 40 kaki.

3. Kelemahan karakter Estella

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/06/lejenflix-ini-sebab-kenapa-anda-perlu-tonton-cruella_4.jpg?quality=100&f=auto
Sumber: The Guardian

Namun begitu, di sebalik sifat Estella yang keras dan berpegang pada pendiriannya, dia juga mempunyai kelemahan seperti manusia biasa. Kelemahan karakter Estella yang dapat dilihat menerusi filem ini adalah kekuatannya. Filem Cruella ini menarik untuk ditonton kerana ia mengisahkan bagaimana seseorang berpendirian tetap untuk mencapai impian mereka.

4. Proses mewujudkan watak Baroness

Dalam filem Cruella, Emma Thompson membawa watak pereka fesyen terkenal bernama Baroness von Hellman. Watak Baroness dikatakan memiliki sikap sombong, egois dan tidak teragak-agak untuk memijak orang lain untuk mencapai tangga kejayaan. Baroness juga tidak boleh melihat orang yang mempunyai kelebihan berbanding dengan dirinya. Proses bagi mewujudkan watak yang bertentangan dengan diri sendiri amat susah untuk dibawa oleh mana-mana selebriti. Namun, Emma Thompson berjaya menjadi watak tersebut dan penonton sendiri tidak menjangka aliran perwatakan itu berlaku.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2021/06/lejenflix-ini-sebab-kenapa-anda-perlu-tonton-cruella_5.jpg?quality=100&f=auto
Sumber: Looper

5.Sisi gelap watak Baroness

Baroness sebenarnya mempunyai watak yang tidak jahat dan hanya berfikiran sederhana. Walaupun, menerusi filem Cruella dia kelihatan sombong, egois, dan tidak mahu berganjak. Baroness membuatkan penonton seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilakukannya terhadap Catherine, Horace dan Jasper, lebih-lebih lagi Cruella.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

gmRKv7n2If8

Sumber:https://iamlejen.com

anakmak Publish time 18-7-2021 12:35 PM

BEST
Aku impressed tgok presentation baju2 si cruella
Cruella yg ni sangat beza yar dgn cruella 101 Dalmatian
Love the acting walau overacting heheh
I bagi 7/10

kimora Publish time 25-7-2021 11:32 PM

Nak tengok kat mana.

AvengersPanther Publish time 26-7-2021 07:33 PM

Yelah where to watch?
Pages: [1]
View full version: Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Cruella’


ADVERTISEMENT