CARI-MAL Publish time 7-7-2021 01:37 PM

Niat Nak Belanja Orang Belakang, Sekali Terkedu Bila Tahu Harganya

Edited by CARI-MAL at 7-7-2021 01:39 PM

Pasti ada di antara anda pernah dibelanja seseorang tidak dikenali secara tiba-tiba, bukan?


Tak kisahlah di kedai makan, di laluan tol atau di mana saja. Tentu anda pernah menghadapi situasi ini.


Namun, lain pula dengan video tular di TikTok ini apabila niat seorang pemuda mahu membayarkan makanan untuk kereta belakangnya mencuri tumpuan ramai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/07/133604fpr581y6xx1yy4y1.pngKredit foto: TikTok




Menerusi video itu, kelihatan pemuda berkenaan berada di sebuah restoran makanan segera popular sambil membeli makanan secara pandu lalu.


Semasa di kaunter pembayaran, dia meminta juruwang mengira sekali jumlah makanannya bersama kereta di belakangnya dengan niat mahu belanja.


"Okey boleh, total semua sekali RM257.90," kata juruwang itu membuatkan pemuda berkenaan terkejut mendengarnya.


Dia mula merenung dan memikirkan jumlah harga yang perlu dibayar kerana wangnya mungkin cukup-cukup untuk membuat pembayaran itu.


Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk terus membayarnya kerana sudah berniat mahu belanja.




h6981275010086325531


Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan pemuda tersebut.


Malah, ada juga yang tidak tahu sama ada mahu gelak atau berasa kasihan dengannya selepas mendengar harga itu.




Sumber: SAYS

AyaqMeloSuam Publish time 7-7-2021 01:45 PM

Motip nk tlg bayaqkn ? Blakang tu awek ka or org peknen ?

sally03tomato Publish time 7-7-2021 01:47 PM

Ambil makanan dulu baru bayar.. hurmmm 1st time tengok mcm ni kat mcd

sehirkedi Publish time 7-7-2021 02:14 PM

Mata iols asyik tertumpu pada meow punya telinga dalam carrier tu. Comel je bergerak-gerak.

bakingsoda Publish time 7-7-2021 02:37 PM

padahal kete belakang mmg member dia, nnt takde content pulak nak upload {:smileo

nakkomenjugak Publish time 7-7-2021 02:46 PM

tak payah nak buat baik dek nonnnnnn. kalau orang tu gi mekdi, dia ada duit la tuuu. ko beli untuk ko jeee.

mxsssgi81 Publish time 7-7-2021 02:47 PM

Demi secebis viral..

eyansss Publish time 7-7-2021 02:50 PM

nakkomenjugak replied at 7-7-2021 02:46 PM
tak payah nak buat baik dek nonnnnnn. kalau orang tu gi mekdi, dia ada duit la tuuu. ko beli untuk k ...

yup...aku memang takde nak belanja kalau drive-thru ni...sebab kita tau dia mampu...the best way is pegi je kedai2 kecik kat rumah n perhati orang yang beli barang...kita boleh baca sebenarnya orang tu susah ke tak...masa tu bayarkan la...

Kurex Publish time 7-7-2021 03:10 PM

Lapar perhatian....

Kurex Publish time 7-7-2021 03:11 PM

Tapi sebab helok jadi iols tumpang simpati..

Orix Publish time 7-7-2021 05:16 PM

Mekdi mana ni kaunter bayar n kaunter pick up sama tempat n terima dlu bru bayar ???

Ferr_Remy Publish time 7-7-2021 05:19 PM

Tiru content omputeh... Booo mamat x ensem x kreatif hahaha. Tgk blkg kete die pun tau kt area umah je.

Artemesiaa Publish time 7-7-2021 05:43 PM

Ini pun nak kecoh ramai je orang buat macam tu dari dulu tak viral je

Eva_yy_Ellin Publish time 7-7-2021 07:51 PM

Edited by Eva_yy_Ellin at 7-7-2021 07:52 PM

Betul la, kan stail pandu lalu macam ni.
First kan intercom untuk order, second kaunter bayar, third kaunter terima.

Kereta belakang mesti dah order dan masuk sistem masa mamat ni dekat kaunter bayar jadi budak mcd boleh bagitahu berapa harga makanan kereta belakang. Bukannya kereta belakang dah dapat makanan dulu baru mamat ni bayarkan sekali.

grosouraus Publish time 7-7-2021 08:17 PM

Edited by grosouraus at 7-7-2021 08:26 PM

Menipuje ni...kawan dia je berlakon jadi cashier..first McD mana yg dpt makanan dulu baru byr...second kereta kat belakang mcmana boleh kluar lane belok Kiri bukan Ada divider ke...third xde masa staff mcD tu nk ambik tau knape customer nk beli byk2 utk officemate siap terang detail ..Cara ckp pun X sama mcm customer service McD yg straight to the point je...xde masa nk buat ayat bunga2 n judgemental..

LadyCarefree Publish time 7-7-2021 08:36 PM

Demi konten je ni

toynme Publish time 7-7-2021 08:56 PM

grosouraus replied at 7-7-2021 08:17 PM
Menipuje ni...kawan dia je berlakon jadi cashier..first McD mana yg dpt makanan dulu baru byr...se ...

On point…kahhh

MeghanK Publish time 7-7-2021 09:04 PM

demi secebis like..sedih la bebudak skang pakat jadi attention seeker belaka

mh17 Publish time 7-7-2021 09:49 PM

Mbhong benau,ye ke kt mcd drive thru?

whimsicalmusic Publish time 7-7-2021 09:57 PM

Berlakon sgt..tah pape
Pages: [1] 2
View full version: Niat Nak Belanja Orang Belakang, Sekali Terkedu Bila Tahu Harganya


ADVERTISEMENT