aircondpanas Publish time 7-7-2021 01:56 AM

Di mana keadilannya

Kisahnya begini..

Bapak aku baru meninggal. Bapak aku ada bini lain, anak sorang. Bapak aku seorang pesara kerajaan. Bila dia pindah ke sabah, dah tetiba pulak dia pegi kawin dgn orang sana yang takda ic, takda dokumen apa2. Dah 7 8 tahun kawin, barulah bini dia nak beranak sorang budak pompuan. Untuk lebih menjamin kehidupan dia mungkin.

Dulu masa budak tu baru lahir, ibu aku pernah tengok surat lahir budak tu berbintikan Abdullah. Dan bapak aku tu kawin cara kampung. Takda surat nikah.

Lepas bapak aku kawin baru, nafkah utk ibu aku dah mula terabai. Tapi ibu aku diamkan saja, pendamkan saja segalanya. Tak pernah marah, tak pernah ungkit seolah meredhakan segalanya. Bila bapak aku balik kejap2 ke rumah ibu aku, di layan sebaiknya seperti tidak ada pernah salah suaminya itu. Sesungguhnya aku sebagai anak yg tengok kesengsaraan ibu aku selama ni, sungguh aku tidak sesabar ibu aku. Ibu selalu cakap "takpa.. bukan selamanya akan begini". Demi memujuk hati aku yg selalu kecewa dgn sikap bapak aku.

Bila bapak aku meninggal, makcik aku nak urus pencen bapak aku. Bila di minta surat lahir budak tu, dah tetiba bukan lagi binti Abdullah. Dah berbintikan nama bapak aku. Dan bapak aku dengan bini dia tu dah ada surat nikah yg sah. Sudah pastinya pencen bulanan bapak aku berbahagi tiga. Makcik aku cakap si anak akan dapat lebih dari si isteri2 ni. Maksudnya anak dan bini bapak aku tu confirm la dapat lebih beribu2. Dan ibu aku mungkin dapat tak sampai seribu.

Di manakah keadilannya? Atau sebenarnya memang adil? Aku kah yang berhati hitam kerana dengki dengan rezeki si bini kedua untuk dapat segebuk duit dan dia hanya perlu goyang kaki setiap bulan bersenang lenang sedangkan tidak pernah dia menjaga kebajikan bapak aku. Aku tahu sbb sepupu aku ada bekerja di area sama dengan bapak aku dan setiap hari dia nampak bapak aku kena makan nasik bungkus setiap hari jarang merasa masakan di masak bininya.

Bini dia senang lenang manakala ibu aku pula di kejar manusia2 yang bapak aku pernah berhutang. Nak suruh dorang cari bini dia, mana la pulak dorang sanggup nak mengejar hingga ke sabah. Sudah pastinya yang jadi mangsa ibu ku sedangkan ibu pulak bakalan dapat duit pencen bulanan dari bapak sangat sedikit. Sebelum ni kitaorg dah plan nak bayar semua hutang guna duit pencen bapak aku. Tapi kalau dah dorang yg dapat lebih semuanya, camna nak bayar hutang? Adil kah untuk ibu aku habiskan duit yg dia dapat tetiap bulan tu utk bayar hutang bapak aku sedangkan bini dia bersenang lenang goyang kaki. Padahal duit yg bapak aku hutang semua tu selama ni sebab nak menyenangkan bini dia sorang tu. Dah kenapa pulak ibu aku yg kena bayar suma?

Kalau betul semua ini adil, basuh la aku. Maki lah aku, tolong bukakan otak aku untuk menerima semua ini adalah adil. Andai kata ada suggestion dari kalian semua, atau ada yg boleh membantu, bantu lah aku. Aku sedih sangat. Ibu aku hanya diam menangis bersendirian tanpa bersuara sedikit pun mempersoalkan semua ni. Sakit sangat untuk aku tengok tapi lebih sakit untuk ibu aku. Apa perlu aku buat untuk menerima saja semua ini dengan ikhlas.

sharlenetexas Publish time 7-7-2021 03:03 AM

Bapaknya tentu tengah meraung2 dalam kubur.

suzycutegal Publish time 7-7-2021 04:05 AM

Semoga syurga firdausi untuk ibu kamu…….

minahgempal Publish time 7-7-2021 04:13 AM

Knpa mak ci u yg uruskan?klau i..i tk kc..smpai hutang bpk i selesai..selesaikan hutang lgi penting..bg blnan apa yg termampu la utk sara budak perempuan bini muda bpk u tu..bila settle sume..bru i bg balance utk dia..pndai2 la bini muda dia nk hidup mcm mna..bkn dia boleh buat apa2 pn..1st jauh..2nd ada kemungkinan buat dokumen tipu..

isseliparjepun Publish time 7-7-2021 06:40 AM

Mohon check semula dokumen bini kedua legit atau tak. Banyak kes area luar bandar 'nikah bawah pokok'. Mujur tt tahu ayah tt ada menikah lain. Tak silap I, hutang hutang si mati diselesaikan dahulu barulah buat faraid kan. Bukannya faraid dulu, baru hutang.

putu Publish time 7-7-2021 06:52 AM

Kenapa yang merampas selalu nya lebih sudu dari kuah?

airmineral Publish time 7-7-2021 08:52 AM

xpaham..mcmn kira boleh sampai bini baru dpt lebih? ni u mmg da tny JPA yg jga bhgn pencen tu ke?

awanysss Publish time 7-7-2021 09:33 AM

i rasa kan, nanti kan ada bicara pusaka bapak u..
masa tu list out all hutang tu.. kat Borang A tu ada column asset and liabiliti..
list out semua hutang2 tu, lebih2 tu baru bahagikan..


related tak tt? part pencen tu i tak tahu sgt sbb takde dalam family i keje gomen atau ada pencen..

uda Publish time 7-7-2021 01:34 PM

Pencen si mati anak dapat ke? Setau I, hanya isteri2 aje yang dapat.
Figt ke mahkahmah lah. Selesaikan hutang2 tu dulu

Eva_yy_Ellin Publish time 7-7-2021 01:45 PM

Tuan tanah umur berapa tahun? Belum cukup umur ke?
Maaf bertanya sebab pelik kenapa mak cik yang nak uruskan pencen arwah ayah. Patut tt sebagai anak la yang uruskan.
Dan kenapa pencen tu kena dibahagi tiga? Klausa mana yang kata boleh bahagi tiga kepada dua isteri dan seorang anak? Habis tt sebagai anak kenapa tak dapat bahagian sekali? Maksud saya, kalau anak isteri kedua tu ada bahagian, tt pun patutnya ada.

Macam yang forumer lain cakap, patutnya selesaikan hutang arwah dulu baru boleh dibahagikan.
Sekarang ni tt kena pergi mahkamah, sahkan sijil nikah dan sijil kelahiran anak tu, dan fight untuk selesaikan hutang dulu.

Semoga dipermudahkan urusan tt. Doa anak yatim yang dianiaya dimakbulkan.
Insya-Allah

primarikey Publish time 8-7-2021 09:56 PM

Pencen tu memg isteri muda akan dpt lebih....sbb dia ada ank yg berusia 18 taun ke bawah

primarikey Publish time 8-7-2021 10:09 PM

Pasal pencen tu tt bole cek kt www.jpapencen.gov.my
Tgk kt pencen terbitan

cucuq Publish time 24-7-2021 11:06 PM

Hutang bapak u setelkan guna harta die..pencen tu kire bukan harta pusaka pon..n incase ur father ade harta mcm kereta,rumah,tanah atas nama die please sruh mal u tuntut harta sepencarian..rumah mak u duduk umah sapa? Tuntut atleast bgi mak u dpt lebih bahagiam faraid sbb 1/8 bahagian faraid kene kongsi dgn bini muda ya bukan sorang 1/8 gittu...

cucuq Publish time 24-7-2021 11:12 PM

Sijil nikah dgn bini muda isteri tu guna pasport ke no ic..pahit utk ditelan walaupun die x de ic tpi dri hukum,syarak dorang mmg dh jadi suami isteri anak tu pon dh jadi darah daging cume bab pencen tu sbb dh dpt sijil lahir n sijil nikah kanmg xleh nk ckp ape lah..tu sbb iols cdgkan sruh mak u buat tuntutan harta sepencarian harta2,arwah ayah hang..atleast dpt lah lebih skit..n incase kalo ayah u ade hutang dgn mak u by verbal je xde dokumen mcmbyarkan kereta ke,rumah ke atas harta ayah u cuba try tuntut jer..cume nnti kotlah wife muda die ade hak gak nk tuntut if betul arwah ayah u ade hutang dgn die..

edayildiz Publish time 25-7-2021 11:38 PM

oh baru terfikir psl ni..kalau kerja gomen kawen dua..pencen kena bg dua la kan?
tt u tak hati hitam..hati u normal..btw bgusnya mak tt tak meroyan..mayb ank baru ayah uols lg berhak jgk sbb dia bdk lg kan..adik badik chuols semua dh bsr2 kan..nth la tt i xreti..mak tiri u xkerja ke..bahagi la dua..sama byk..yg part adik tiri tu kira tmasuk yg mak dia punya la..

cantthinkofany1 Publish time 3-8-2021 06:02 AM

Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen (mati dalam perkhidmatan) atau pesara yang telah meninggal dunia (mati dalam persaraan).
Formula perkiraan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.
Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :
    a) Balu/Balu-balu/Duda : 2 syer bagi tiap-tiap seorang
    b) Anak-anak : 1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.
Pencen terbitan ini layak dituntut oleh:
- balu/balu-balu/duda
- anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
**ibu bapa gemulah (si mati) tidak layak menerima pencen terbitan

Bagi menjawab persoalan puan di atas, inilah jawapan-jawapannya:
1. Adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila?
Jawapan: Ya, jika dapat dibuktikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan secara sah, maka isteri kedua juga layak menuntut pencen terbitan tersebut.
*** dalam kes ini, kedua-dua isteri dikahwini oleh gemulah semasa gemulah masih sedang berkhidmat, oleh itu, kedua-duanya layak menerima pencen terbitan tersebut sepanjang hayat, tiada had tempoh, tiada susutan kadar pencen, walaupun balu-balu ini berkahwin semula dengan suami baharu di masa akan datang.

2. Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya?
Jawapan: Ya, setiap anak di bawah umur 21 tahun termasuklah anak kandung, anak tiri atau anak angkat (yang telah didaftarkan) layak menuntut pencen terbitan tersebut
*** sekiranya pesara mempunyai anak yang cacat otak atau anak yang hilang upaya jasmani, cacatnya kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, maka anak cacat ini layak menerima pencen terbitan sepanjang hayatnya.

3. Adakah sepatutnya saya yang dapat lebih pencen terbitan tersebut sebab saya isteri pertamanya?
Jawapan: Tidak semestinya. Pembahagian pencen terbitan dibuat mengikut formula perkiraan dan pembahagian syer sepertimana mengikut kelayakan yang ditetapkan.

4. Bagaimana pembahagian pencen terbitan tersebut dibuat?
Jawapan: Untuk menjawab soalan ini, kami sertakan contoh bagaimana perkiraan pencen terbitan dibuat sekiranya gemulah (si mati) meninggalkan 2 orang balu dan 5 orang anak dengan kadar pencen bulanannya RM1,000. Sila rujuk kepada gambarajah yang dilampirkan ini.

ada image....

cantthinkofany1 Publish time 3-8-2021 06:10 AM


Littlerara Publish time 24-9-2021 12:37 AM

Rasanya ni macam isu hutang persendrian pinjam orang ke ahlong ke. Susah jugak macam ni, mnggung hutang bila ayah dah xde
Pages: [1]
View full version: Di mana keadilannya


ADVERTISEMENT