Raline Publish time 6-7-2021 08:24 PM

Rupanya Lagu Dalam Animasi Tarzan Dinyanyikan Oleh Ayah Pelakon Lily Collins

Rupanya Lagu Dalam Animasi Tarzan Dinyanyikan Oleh Ayah Pelakon Lily Collins

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/latest-7_edit_19356253222045-1024x703.jpg
Animasi Tarzan of the Apes telah diadaptasi dari novel terkenal Edgar Rice Burrough dan dihasilkan oleh Walt Disney Animation Studios pada tahun 1999.

Filem yang disukai ramai penonton ini mengisahkan pengembaraan yang luar biasa dari seorang anak yatim yang dibesarkan oleh keluarga gorila. Kemudian dia menjadi seorang lelaki muda dengan naluri haiwan hutan dan mempunyai fizikal yang kuat.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang animasi Tarzan yang telah memenangi anugerah Oscar sejak 22 tahun yang lalu.

1. Phil Collins menyanyikan lagu yang terkenal dari animasi Tarzan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/ap_091117041334-768x547.jpg

Phil Collins iaitu ayah kepada pelakon Lily Collins merupakan penyanyi kepada lagu yang terkenal dalam animasi Tarzan dengan judul You’ll Be In My Heart.

Dia juga menulis melodi lagu ini di belakang pembalut kertas semasa bermain piano di rumah jiran pada cuti Krismas. Selepas itu, dia merakam demo dan terus menghantarnya kepada pembuat filem.

2. Adegan tangan diilhamkan oleh kehidupan peribadi juruanimasi Glen Keane

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/Tarzan-and-Jane-Hand-to-Hand-1200x677_edit_17891716625915-768x460.jpg

Menurut Glen Keane, adegan ini diilhamkan ketika pertama kali dia memegang anak perempuannya selepas dia dilahirkan dan Keane dapat merasakan “hubungan yang luar biasa” ketika itu.

Kaene mahu Tarzan mengalami rasa yang sama dan kemudian dia memberi idea di mana tangan Tarzan menyentuh tangan Jane, dan melukis gambarannya ketika menaiki teksi.

3. Rosie O’Donnell melakonkan suara untuk bayi Terk

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/450_edit_16356620403753.jpg

Selain dari melakonkan suara dewasa untuk rakan baik Tarzan, O’Donnell juga menyumbangkan suaranya untuk versi bayi.

Selepas tiada seorang pun kanak-kanak yang dapat menandingi sikap pelakon ini ketika uji bakat, mereka memutuskan untuk kekal dengan O’Donnell dan meninggikan nada suaranya.

4. Phil Collins melakukan semua bunyi peralatan dalam Trashin’ The Camp

a-VqEnvDKbw

Penulis lagu ini mengelilingi studio dan mengetuk barang dengan tangannya menggunakan kayu, memecahkan cawan, dan bahkan memukul dahinya untuk menghasilkan bunyi yang didengar dalam Trashin The Camp.

5. Tiga tahun untuk menghasilkan adegan pembukaan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/Tarzan-Family-Intro-1200x684_edit_19113292218437-1024x638.jpg

Sebelum menetap versi yang kita lihat dalam filem animasi ini, pembuat filem menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menentukan bagaimana mereka mahu memulakannya.

Walaupun versi lain bermula dengan gorila di dalam hutan, satu lagi meninggalkan Tarzan di dalam bot.

Sumber:https://plus.wiser.my

exclusive_vvip Publish time 6-7-2021 09:16 PM

teringat pulak baca kat majalah ke sokkabar tah...Zainal Abidin kata dia mmg peminat Phil Collins..pastu dia ada calling2 Phil Collins utk bincang pasal nak buat lagu Kau Dihatiku tu (ntah yer ntah tak dia call Phil Collins tu);P... pastu kakak iols plak cakap, dan2 tu la dia(ZA) cakap dia peminat Phil Collins :lol:

exclusive_vvip Publish time 6-7-2021 09:19 PM

time ni iols n family gila dok main PlayStation game TARZAN ni..best gila time tu..(purba betul iols kan, PlayStation yg versi awal sekali tu)...leh bayang tak kepurbaan nyer tu;P:lol:

Tinot7 Publish time 9-7-2021 08:00 PM

iols kenal lily collins nih pon sbb ayahnya, phil...
dolu2 lagu phil yg glamer nih haa..


Qt2mbGP6vFI


doodlediddle Publish time 27-7-2021 09:17 AM

Lerrrr xkn xtahu. Kecik2 dulu kan mmg ade Mv dia Phil collins masuk sekali. Dri 1999 sewaktu tayangan dan promo lagi ku sudah tahu.
Pages: [1]
View full version: Rupanya Lagu Dalam Animasi Tarzan Dinyanyikan Oleh Ayah Pelakon Lily Collins


ADVERTISEMENT