Raline Publish time 6-7-2021 08:10 PM

Filem-Filem Terbaik Dari Pengarah Kelahiran Malaysia, James Wan

Filem-Filem Terbaik Dari Pengarah Kelahiran Malaysia, James Wan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/07/James-Wan-Aquaman-1024x684.jpg

James Wan adalah seorang pengarah Malaysia-Australia yang paling terkenal kerana kerjanya dalam filem-filem seram dan thriller, terutamanya bekerjasama dengan rakan tulisnya, Leigh Whannell.

Keupayaannya untuk menggunakan elemen ketegangan merentasi naratif filem dan mencipta suasana yang efektif di seluruh filem, menjadikannya seorang pengarah filem seram yang berjaya.

Kejayaan Wan bermula dengan arahannya dalam Saw, tetapi sebelum itu, dia mengarahkan Stygian bersama Shannon Young sebagai filem pertamanya.

Walaupun filem itu hanya ditayangkan di Australia, ia memenangi Filem Gerila Terbaik di Melbourne Underground Film Festival pada tahun 2000.

Tambahan kepada karyanya dalam industri filem, Wan juga telah melibatkan dirinya sebagai penulis skrip, pengeluaran filem, dan buku komik.

Berikut adalah filem-filem terbaik dari pengarah kelahiran Malayisa iaitu James Wan.

1. The Conjuring (2014)

k10ETZ41q5o

Barisan Pelakon: Patrick Wilson, Vera Farmiga & Ron Livingston

Penyiasat Paranormal, Ed dan Lorraine Warren datang untuk membantu keluarga yang diganggu oleh kehadiran makhluk halus di rumah mereka.

2. Saw (2004)

S-1QgOMQ-ls

Barisan Pelakon: Cary Elwes, Leigh Whannell & Danny Glover

Dua lelaki tersedar dan mendapati diri mereka bertentangan dengan mayat. Mereka adalah mangsa baru pembunuh Jigsaw dan perlu mengikut arahan untuk membunuh sesama sendiri atau menghadapi akibat buruk.

3. Furious 7 (2015)

Skpu5HaVkOc

Barisan Pelakon: Vin Diesel, Paul Walker & Dwayne Johnson

Deckard Shaw mahu membalas dendam terhadap Dominic Toretto dan keluarganya untuk abangnya. Mereka bukan sahaja perlu berurusan dengan musuh tetapi juga menyelamatkan program penting dari jatuh ke pihak yang salah.

4. Insidious (2010)

zuZnRUcoWos

Barisan Pelakon: Patrick Wilson, Rose Byrne & Ty Simpkins

Josh dan Renai berpindah ke rumah baru untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun, apabila anak mereka bernama Dalton, secara misteri alami koma, kejadian paranormal mula berlaku di dalam rumah itu.

5. Aquaman (2018)

WDkg3h8PCVU

Barisan Pelakon: Jason Momoa, Amber Heard & Willem Dafoe

Arthur Curry, pewaris kerajaan bawah laut Atlantis berusaha untuk menghalang berlakunya peperangan antara dunia laut dan darat.

6. Dead Silence (2007)

8b_HVtHmK30

Barisan Pelakon: Ryan Kwanten, Amber Valletta & Donnie Wahlberg

Seorang duda muda kembali ke kampung halamannya untuk mencari jawapan kepada pembunuhan isterinya, yang mungkin berkait dengan kisah lagenda Mary Shaw.

7. Lights Out (2016)

6LiKKFZyhRU

Barisan Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman & Maria Bello

Rebecca dan teman lelakinya cuba menyiasat hubungan antara ibunya dan kawan imaginasinya, Diana, selepas ayah tirinya dibunuh oleh entiti ghaib.

Sumber:https://plus.wiser.my

sarah82 Publish time 6-7-2021 08:44 PM

Dah la aku takut gelp

anakmak Publish time 18-7-2021 12:41 PM

Dead Silence
1st tgok masa anak2 umur 7-8 tahun
Sbb aku mak2 peminat horror genre
So anak2 aku membesar dgn tgok horror thriller selain superheroes
Setiap kali tgok horror diaorg akan bawak bantal memasing, sambil tgok dan tutup muka termasuk package intai2 sampai lah ke besar f3-f4 bila masuk tgok wayang citer horror, siap tarik hoodie tutup mata

tripleid Publish time 21-7-2021 11:57 AM

Dead silence tu sgt lah underrated ya..padahal on par jah dgn insidios sume tuh..twist ending dia mmg unsangkarable

amandel Publish time 22-7-2021 04:22 PM

The trailer of his upcoming movie has came out. Tak sabar nak tengok


Gczt0fhawDs

JiEunTak Publish time 27-9-2021 01:28 PM

Dah layan Malignant.
secara ringkas nya -- awal2 rasa mcm bosan, jalan cerita mcm typical James Wan nya horror movies...
dapat bayangan hantu, dengan jump scare and sound effects nya...
x menimbulkan rasa seram langsung for me....

Tapi... di hujung2 nya...
macam kena penampaq sedaih kat muka...
wake up!!
semua ramalan hang salahh!!

plot twist yang unpredictable...
mmg out of your mind punya plot twist...
aku x mau bagi spoiler...
hampa kena tgk sndiri...


filem ni 'selamat' sebab plot twist nya...
kalau x, dia akan jadi another boring horror movie...


since awal2 mcm membosankan bagi aku...
aku bagi 7/10 jaa utk movie nih.
apa2 pun must watch....
Pages: [1]
View full version: Filem-Filem Terbaik Dari Pengarah Kelahiran Malaysia, James Wan


ADVERTISEMENT