Raline Publish time 5-7-2021 09:06 PM

Jom Cuba Resepi Kukkra Curry, Kari Ayam Original Dari Nepal

Jom Cuba Resepi Kukkra Curry, Kari Ayam Original Dari Nepal

https://media.myresipi.com/2021/07/slider-460.png

Menu kali ini ialah kukkra curry, resepi ini lebih kurang seperti kari ayam di negara kita cuma cara masakan dan bahan-bahannya agak berbeza kerana ia resepi asal daripada Nepal.

Kalau korang teringin nak tahu macam mana rasanya masakan orang Nepal, jom cuba resepi yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan



[*]Seekor ayam
[*]5 biji bawang merah*
[*]3 biji bawang putih*
[*]1 inci halia*
[*]4 biji tomato dipotong dadu
[*]Ubi kentang
[*]1 pokok daun ketumbar
[*]5 sdb yogurt asli
[*]6 sdb serbuk kari


Kisar bahan bertanda (*)

CARA PENYEDIAAN



[*]Tumis semua bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau.
[*]Masukkan tomato dan serbuk kari lalu kacau sehingga naik minyak.
[*]Kemudian masukkan ayam, kentang dan sedikit air.
[*]Biarkan sehingga air mendidih dan ayam sudah mulai masak.
[*]Masukkan yogurt dan daun ketumbar yang sudah dipotong.


Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Aslyna Nor Hassan

Vellfire Publish time 5-7-2021 09:15 PM

tak pernah lagi try masak kari campur yogurt

resepi ni tak ada rempah 4 sekawan, serai, kerisik dan santan

MissVixen Publish time 5-7-2021 09:24 PM

Macam kari pakistan. Sedap ubuh yogurt. Lemak2.

akuchenta Publish time 5-7-2021 09:43 PM

Nampak sedap!

Nanti nk try la:$

sarah82 Publish time 5-7-2021 09:59 PM

Mcm menarik.. Tapi aku malas beli yogurt.

salmon-suki Publish time 5-7-2021 11:47 PM

Beza drpd kari lain sbb ltk yogurt tu ek?

uay Publish time 26-7-2021 12:15 AM

Bahan2 senang..nanti nak cuba la

ronehusjn Publish time 26-7-2021 02:53 AM

Wah.. nampak sedap. Bole cuba esok
Pages: [1]
View full version: Jom Cuba Resepi Kukkra Curry, Kari Ayam Original Dari Nepal


ADVERTISEMENT