Raline Publish time 5-7-2021 01:34 PM

Dengarkan Billie Eilish, ‘Lost Cause’ Single Terbaru Bersama Video Muzik

Dengarkan Billie Eilish, ‘Lost Cause’ Single Terbaru Bersama Video Muzik

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/billie-eilish-press-photo-2021_edit_415698636521465-1024x611.jpg
Billie Eilish telah melancarkan single barunya Lost Cause bersama video muzik yang merupakan lagu terkini dari albumnya yang akan datang berjudul Happier Than Ever.

Lost Cause telah ditulis bersama dan dihasilkan oleh abangnya Finneas O’Connell, dan disertai dengan video muzik diarahkan oleh Billie Eilish yang menggambarkan keseronokan berada di rumah.

S2dRcipMCpw

Walaupun penyanyi ini tidak menyatakan lagu ini mengenai siapa, peminat telah membuat spekulasi bahawa albumnya mungkin dikaitkan dengan bekas teman lelakinya, Brandon Q Adams. Dia tampil dalam dokumentari The World’s a Little Blurry.

Happier Than Ever akan dilancarkan di strim platform pada 30 Julai oleh Darkroom/Interscope Records. Cause Lost akan muncul dalam album bersama 16 lagu termasuk lagu single seperti My Future, Therefore I Am dan Your Power yang pernah dilancarkan sebelum ini.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/00295684_Coverz_edit_415548594870967.jpg

Senarai lagu baru mengikuti album Eilish iaitu When We All Fall Asleep, Where Do We Go? pada tahun 2019.

Pelancaran Lost Cause berikutan pengumuman baru-baru ini mengenai konsert jelajah dunia yang telah dijual pada semua tarikh di Amerika Utara, Eropah dan UK, termasuk lima malam di O2, London.

Jelajah itu akan menyaksikan Eilish meneruskan kerjanya dengan REVERB untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan projek sokongan menghapuskan gas rumah hijau.

Sumber:https://plus.wiser.my

lattehazelnut Publish time 5-7-2021 03:29 PM

Da dgr some lgu album baru tp meh..
Album sblm ni lg best kot..
Pages: [1]
View full version: Dengarkan Billie Eilish, ‘Lost Cause’ Single Terbaru Bersama Video Muzik


ADVERTISEMENT