JokesCop Publish time 3-7-2021 01:50 PM

Celiktafsir.net adakah sahih?

Assalamualaikum,

Website ni ada menyediakan tafsir quran berdasarlan pembelajaran penulis sendiri.

Gaya bahasa dia mudah, tapi aku muskyil sikit pasal author xmahu dikenali dan cari di internat xjumpa mana2 yg mengharamkan.

Soalan dia: bolehkah aku guna tafsir dekat sini?

boca120879 Publish time 3-7-2021 03:32 PM

Edited by boca120879 at 3-7-2021 07:34 AM

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
saudaraku.

Cuba semak & bandingkan dengan mana2
Al-Qur'an & tafsiran lain yang boleh dipercayai.
Sama atau ada perbezaan?

ibnur Publish time 3-7-2021 06:27 PM

wa alaikumussalam warahmatulaah

Buat masa ni, KDN melalui JAKIM ada memberikan kelulusan kepada percetakan AL-Quran (mushaf) sahaja.Yang tafsir online masih tidak ada.Kelulusan JAKIM ada dicetak sama dalam mushaf-mushaf yang diluluskan.Untuk yang online punya, mungkin kena rujuk kepada pembuatnya.Ada tafsir online ambil tafsiran dari yang diluluskan dan disalin semula.Juga perlu rujuk sebelum download.

JokesCop Publish time 3-7-2021 07:37 PM

ibnur replied at 3-7-2021 06:27 PM
wa alaikumussalam warahmatulaah

Buat masa ni, KDN melalui JAKIM ada memberikan kelulusan kepada p ...

Tu la. Masalah pembuat xberikan nama dan hanya berkata dari apa dipelajari dari kuliah dsb.

Tafsir lain bahasanya agak xmesra orang awam. Mungkin saya terlebuh was was.

ibnur Publish time 4-7-2021 10:12 PM

JokesCop replied at 3-7-2021 07:37 PM
Tu la. Masalah pembuat xberikan nama dan hanya berkata dari apa dipelajari dari kuliah dsb.

Taf ...

Tafsir ni kalau dijual dalam bentuk mushaf atau bercetak boleh didakwa di mahkamah.


Kesalahan-Kesalahan di Bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran

1.Mencetak Tanpa Lesen

Seksyen 5(1) - Tidak seorang pun boleh mencetak, membantu dalam Percetakan, menerbit atau membantu dalam menerbitkan tes Al- Quran tanpa kelulusan/lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Seksyen 5(6) Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

Seterusnya boleh rujuk di sini:

https://www.moha.gov.my/index.php/ms/kawalan-teks-alquran-kesalahan
Pages: [1]
View full version: Celiktafsir.net adakah sahih?


ADVERTISEMENT