Raline Publish time 2-7-2021 01:51 PM

Antara Masa bukan sekuel XX-Ray

Antara Masa bukan sekuel XX-Ray

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-07-02_at_3.56.16_AM_1625185814.jpg

Filem sains fiksyen, Antara Masa arahan Ramdan Che Hassan yang menggandingkan Josiah Hogan dan Kaka Azraff menemui penonton di Astro First, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun terperam akhirnya filem Antara Masa arahan Ramdan Che Hassan menemui penonton di pawagam rumah, mulai semalam.

Membawa genre sains fiksyen berkonsep pengembaraan masa, filem Antara Masa terbitan Lux Ambiance dibintangi Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah dan Tania Hudson ditayangkan di Astro First.

Sebelum ini, filem genre sama, XX-Ray dan XX-Ray 2 arahan dan lakonan Aziz M Osman pernah diterbitkan. Menerusi filem Antara Masa, Aziz dan Aleeza Kassim yang pernah membintangi XX- Ray 2 turut menjadi bintang undangan khas.

Bagaimanapun, Ramdan berkata, filem yang diarahkan pada 2014 tiada kaitan dengan sekuel XX-Ray.

"Tidak dinafikan, filem sains fiksyen seperti XX -Ray, Oblivion dan The Butterfly Effect antara yang digemari. Malah, penerbit, Umair Mohamed adalah penggemar genre sama.

"Jadi, semua filem itu menjadi inspirasi. Malah, saya cuba mengangkat filem ini dalam situasi sama seperti XX-Ray 2. Saya mendapat persetujuan Aziz terlebih dahulu, sebelum cuba menjejaki Aleeza yang menetap di Belanda ketika itu.

"Selepas dapat menghubunginya, Aleeza berminat dan sanggup pulang ke Malaysia untuk menjayakan filem ini," katanya kepada BH Online.

Ramdan mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan skrip. Proses pembikinan filem Antara Masa agak mencabar sejak peringkat awal, termasuk ketika penghasilan skrip.

"Saya akui filem ini sangat mencabar. Daripada skrip, penggambaran hinggalah pasca produksi. Saya perlu mengkaji banyak teori fizik 'quantum' dan 'theoretical' serta merujuk banyak sumber berkaitan teori pengembaraan masa.

"Ini penting bagi mencari teori paling sesuai dijadikan landasan dan peraturan dalam filem ini.

"Malah, soal bajet, cuaca tidak menentu dan kekangan masa menjadi antara cabaran yang dilalui. Sepanjang penggambaran, cuaca tidak menentu apabila hujan lebat hampir setiap hari di semua lokasi penggambaran.

"Sukar merakamkan babak ketika hujan dan penggambaran mengambil masa selama 24 hari di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, Umair berkata, dia dan seorang lagi penerbit, Amir Rashid Othman menghasilkan filem Antara Masa kerana minat yang cukup mendalam terhadap genre sains fiksyen.

"Filem ini menjadi pilihan utama ketika kami memilih genre karya yang mahu dihasilkan. Judul asal filem ini adalah Paradox," katanya.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-07-02_at_3.56.27_AM_1625185808.jpg

Aziz M Osman dan Aleeza Kassim yang pernah membintangi XX- Ray 2 turut menjadi bintang undangan khas dalam filem Antara Masa.
Umair berkata, konsep pengembaraan masa diminati disebabkan sistem garis masa di dunia dan ruang angkasa amat berbeza.

"Banyak 'sub-concept' difikirkan. Jika watak kembali ke masa sebelum, adakah hanya pemikiran atau secara fizikal?

"Kami juga menerapkan elemen cinta menerusi jalan cerita. Bagi saya, elemen cinta menjadi tarikan untuk penonton sekiranya digarap dengan baik.

"Lagipun, jalan cerita filem ini mudah difahami. Ia mengisahkan pemuda bernama Asri yang menggunakan mesin masa yang dicipta kembali ke masa silam supaya dapat memulihkan hubungan dengan kekasihnya," katanya.

Jelas Umair, sebanyak 45 peratus babak dalam filem Antara Masa menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) dengan bajet besar untuk membina set.

"Kami berharap filem Antara Masa dapat meningkatkan minat terhadap penerbitan filem bergenre sains fiksyen dan memperluaskan penggunaan CGI dalam filem.

"Lagipun, kita mempunyai ramai tenaga kerja dalam bidang CGI yang berbakat," katanya.

Mengulas mengapa tarikh tayangan tertangguh sejak 2018, Umair berkata:

"Syarikat penerbitan berdepan beberapa isu termasuk durasi filem terlalu panjang. Jadi, kami kena melakukan suntingan dan memperbaiki beberapa isu berbangkit termasuk audio.

"Tayangan filem kemudian dianjak pada 2019, namun berdepan masalah tarikh tayangan di pawagam.

"Ia berlarutan kepada 2020 apabila seluruh dunia diuji pandemik COVID-19 hingga pawagam ditutup," katanya yang merancang menjayakan program bersama Ikhlasdotcom untuk menyalurkan sebahagian keuntungan filem Antara Masa bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat COVID-19.


Sumber:https://www.bharian.com.my

KIM.K Publish time 2-7-2021 02:24 PM

Kesian dah masam pun kaka serap masa rilis

Perawankota Publish time 3-7-2021 04:07 AM

Kaka ni dah makin byk berlakon...
Pages: [1]
View full version: Antara Masa bukan sekuel XX-Ray


ADVERTISEMENT