LelaRentaka7 Publish time 1-7-2021 11:25 PM

Pelajar sambung belajar luar negara boleh daftar vaksin di MySejahtera

Pelajar sambung belajar luar negara boleh daftar vaksin di MySejahtera
| | 30 Jun 2021

Khairy Jamaluddin
A
A
PUTRAJAYA - Pelajar-pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, kini boleh mendaftar untuk vaksinasi awal di aplikasi MySejahtera.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ciri baharu khas telah diperkenalkan di ‘Helpdesk’ aplikasi MySejahtera, bagi memudahkan permohonan vaksinasi golongan tersebut.

“Ciri baharu ini telah dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera dan boleh diakses oleh pengguna bermula 28 Jun.

“Permohonan vaksinasi awal yang dihantar, akan diproses oleh sistem dalam masa 10 hari dan statusnya boleh disemak selepas tempoh tersebut, di laman vaksinasi aplikasi MySejahtera pemohon,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK di sini pada Rabu.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi berkata, permohonan perlu disertakan bersama dengan dokumen sah, yang boleh menyokong permohonan vaksinasi awal mereka.

Beliau berkata, dokumen yang sama juga, perlu dibawa ke pusat pemberian vaksin (PPV) ketika hadir bagi janji temu untuk pengesahan.

Khairy menambah, pengenalan ciri terbaharu itu adalah untuk memastikan kelancaran urusan kumpulan pelajar, yang perlu memenuhi syarat vaksinasi sebelum dibenarkan masuk ke negara lain untuk memulakan atau meneruskan pembelajaran, di pusat pengajian masing-masing.

Bagaimapun katanya, permohonan untuk perjalanan ke luar negara bagi tujuan pekerjaan, perubatan ke luar negara, sakit kritikal dan lain-lain, masih perlu dihantar ke permohonan@vaksincovid.gov.my.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan peranti pintar dan ‘pulse oxymeter’ di semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), bagi mempertingkat kecekapan dalam pemantauan pesakit Covid-19 yang menjalani Pemerhatian dan Pemantauan Di Rumah (HSO).

“Peranti pintar itu adalah alat untuk memantau pesakit supaya tidak keluar dari rumah atau tempat pengasingan.

“‘Pulse oximeter’ (dikenali di pasaran sebagai oximeter) pula, untuk mengukur kadar oksigen seseorang,” katanya.

Oximeter katanya akan menunjukkan bacaan kadar oksigen sama ada normal (95 – 100 peratus) atau kadar oksigen rendah (bawah 95 peratus). - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147285/KHAS/Covid-19/Pelajar-sambung-belajar-luar-negara-boleh-daftar-vaksin-di-MySejahtera
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

LelaRentaka7 Publish time 1-7-2021 11:36 PM

2liDQdkYO9

seribulan Publish time 2-7-2021 07:22 PM

Ni nak sambung belajar ni :) hohoho...

LelaRentaka7 Publish time 2-7-2021 10:05 PM

seribulan replied at 2-7-2021 07:22 PM
Ni nak sambung belajar nihohoho...

Kaka Seribulan nak study katne? PM tepi kalau xnak heboh2 eh



Dah vaccine kahhh?


Tu Lela tolong cari info for students yg nk fly soon





seribulan Publish time 2-7-2021 10:12 PM

LelaRentaka7 replied at 2-7-2021 09:05 PM
Kaka Seribulan nak study katne? PM tepi kalau xnak heboh2 eh




Belah2 London le best kan...berangan tu percuma...haha...

Belum vx...healthy bebeno, kome...x dpt2 lg :)

LelaRentaka7 Publish time 2-7-2021 10:20 PM

seribulan replied at 2-7-2021 10:12 PM
Belah2 London le best kan...berangan tu percuma...haha...

Belum vx...healthy bebeno, kome...x d ...


ye belah2 London best
kedai halal butcher dekat restoren malaysia berlambak
melayu buat delivery bersepah

masjid dekat semua senang

Lela dah complete vaccine both doses dah


seribulan Publish time 2-7-2021 10:37 PM

LelaRentaka7 replied at 2-7-2021 09:20 PM
ye belah2 London best
kedai halal butcher dekat restoren malaysia berlambak
melayu buat delive ...

Awal dpt...ni kale boleh nak J&J :)

LelaRentaka7 Publish time 2-7-2021 10:40 PM

seribulan replied at 2-7-2021 10:37 PM
Awal dpt...ni kale boleh nak J&J

Lela dpt under NHS kak


Mmg dah sampai age group Lela


baru je complete last week


Pages: [1]
View full version: Pelajar sambung belajar luar negara boleh daftar vaksin di MySejahtera


ADVERTISEMENT