keypochino Publish time 30-6-2021 10:57 PM

[ILMU MUDAH]: HUJAN BATU

Hujan batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas tahap pembekuan. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara subtropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fclips.mstar.com.my%2Fimages%2Fblob%2FAB0BFE6C-6122-4CDB-A8CA-F2D4181C3D46https://denaihati.com/wp-content/uploads/2018/02/hujan-batu.jpg

Untuk kefahaman yg lebih, di bawah ini beberapa fakta yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk perlu anda tahu:

•        Hujan batu yang biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata adalah pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).
•        Pada paras ketinggian tertentu, suhu adalah di bawah takat beku dan proses pemeluwapan berlaku pada debu-debu atau partikel-partikel lain yang dikenali sebagai nuklei kondensasi.
•        Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku.
•        Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air membeku lalu menyebabkan saiznya menjadi besar.
•        Hujan air batu juga berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.
•        Kebanyakan ribut petir mengandungi air batu tetapi bukan semua ribut petir menyebabkan hujan air batu.
•        Suhu di bahagian atas ribut petir adalah di bawah takat beku yang menyebabkan air batu terbentuk tetapi kadang kala air batu mencair sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.
•        Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.
•        Disebabkan Malaysia beriklim khatulistiwa, dan musim tengkujuh sering melanda negara ini setiap tahun, maka peluang untuk mengalami hujan air batu sebenarnya sangat tinggi.
•        Jadi, tidak hairanlah jika ia berlaku di negara ini kerana hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.




CatMiow Publish time 1-7-2021 02:47 AM

Patut la ada peribahasa 'hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri".

Mungkin hujan batu ni sudah dialami di tanah melayu dari dahulu lagi.

Syukur tak pernah alami hujan batu, jika tak mungkin akan merosakan harta atau mencederakan yg tersanyang, termasuk la meow2.:(

CiliPadiSedap Publish time 1-7-2021 09:26 AM

CatMiow replied at 1-7-2021 02:47 AM
Patut la ada peribahasa 'hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri".

Mungkin hujan ba ...

kt negeri lain pun xde turun hujan emas kalau ada dah tentu sskjp pindah negeri lain:lol:

keypochino Publish time 1-7-2021 09:46 AM

CatMiow replied at 1-7-2021 02:47 AM
Patut la ada peribahasa 'hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri".

Mungkin hujan ba ...

Haha mesti sakit kalau yg besar2 penumbuk jatuh kat kepala

Nildakin Publish time 25-7-2021 08:59 PM

Baru je hujan batu kt area rmh

ipes2 Publish time 12-10-2021 07:51 AM

zaman2 dulu ada org jumpa 2 3 ratus org mati dgn kepala pecah termasuk kids kat lereng bukit ke apa
antara accepted reasons: sudden large-sized hujan batu
depa semua masa tu in open space

seribulan Publish time 12-10-2021 12:49 PM

ipes2 replied at 12-10-2021 06:51 AM
zaman2 dulu ada org jumpa 2 3 ratus org mati dgn kepala pecah termasuk kids kat lereng bukit ke apa
...

Sadisnya {:fainto

Teringat perumpamaan Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...huhu...

ipes2 Publish time 12-10-2021 07:51 PM

seribulan replied at 12-10-2021 12:49 PM
Sadisnya

Teringat perumpamaan Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ...

iya, di Moradabad in 1888, 230 mati dan 1600 kambing dan biri2 mati, campur 16 org dekat area berdekatan, sebab bila benda ni dtg dan hempap kita, tak sempat kita nak lari.. masa tgh lari cari pokok ke apa ke, mungkin dah 20 -30 ais kepal hempap kepala kita.

kat gopalganj on 14/04/1986, 92 org mati kena hempap dek hailstorm seberat 1kg each
tentu masa depa nak lari tu, sempat la di hempap kat bahu dan kepala oleh 10 20 benda2 ni.. dan semua tongkol2 ais ni tentu sudah capai Terminal Velocity sebab depa jatuh nun jauh dari langit

tahun 2002 di Henan, China tu 25 mati kena hempap dek hailstorm

setiap tahun ada tapi besar2 bola golf or baseballs je dan ada weather warning systems, juga byk buildings dan org tak la terkandas out in the open . yg mati ramai2 hanyalah livestocks je (sebab tu airlines dapat elak..jika tak, rosak la engine dan crash la planes)

jap sy buka satu thread pasal hailstorm deaths ni.
dlm wikipaedia dia list byk, termasuklah di zaman2 maharaja china dulu dimana org mati berpuluh ribu tapi itu zaman dulu, takde paperwork etc tak semacam tahun 1800 keatas

seribulan Publish time 12-10-2021 07:56 PM

ipes2 replied at 12-10-2021 06:51 PM
iya, di Moradabad in 1888, 230 mati dan 1600 kambing dan biri2 mati, campur 16 org dekat area berd ...

Malaysia xde kan?

Haa...bagus le buka tu {:thumbo
Pages: [1]
View full version: [ILMU MUDAH]: HUJAN BATU


ADVERTISEMENT