CARI-MAL Publish time 30-6-2021 04:33 PM

Tuang Minyak Masak Untuk Kereta Lebih Laju, Seriuslah?

Seorang lelaki dari Indonesia mendapat perhatian netizen apabila video yang menunjukkan dia sedang memasukkan minyak masak ke dalam tangki kereta tular di media sosial, lapor Suara.com, semalam.


Menerusi kemas kini di akaun Instgram @Indra_fathan, pemuda itu percaya bahawa taktik menggunakan minyak masak menggantikan minyak petrol biasa mampu membuatkan kenderaannya bergerak lebih laju.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/30/163127gm5xvhgbzzo7tyxx.pngKredit foto: IG Indra_fathan




Lelaki bernama Abbaz Ahmad itu dipercayai mengisi tangki minyak keretanya menggunakan minyak masak sebanyak satu liter.


“Minyak masak satu liter untuk kereta saya agar mampu meluncur lebih laju,” kata Abbaz dalam video tersebut.


Tindakan Abbaz menggunakan minyak masak mendapat pelbagai reaksi netizen yang terbahagi dua antara setuju dan menolak pilihan minyak lelaki itu.




https://www.instagram.com/p/CQqOK0JlX2Q


“Memang sudah biasa taktik guna minyak goreng jadikan kereta bergerak lebih laju,” tulis seorang pengguna media sosial.


“Kalau darurat, tidak mengapa. Jika sengaja, hanya merosakkan enjin kereta sahaja,” komen seorang lagi.




Sumber: Kosmo

Carcosa Publish time 30-6-2021 04:45 PM

Tgk thumbnail, belum baca headline, dah tau mesti Yindon caprut

CatMiow Publish time 30-6-2021 04:52 PM

Laju2 nak kemana?

nakkomenjugak Publish time 30-6-2021 06:45 PM

*tengok dari mana*
hmmmm takpelah

mama_neko Publish time 30-6-2021 10:41 PM

berani ka nak try... hehehe.. kena overhaul mampuih... minyak masak ni viscosity dia lain dr minyak petrol, also biodiesel fuel mcm lebih mahal dr petroleum fuel.. bodoh yindon ni..

che-cikL Publish time 1-7-2021 12:47 AM

Tekan pedal minyak, lajulah kereta tu... Apa nak isi minyak masak baru jadi laju pulak?
:shakehead3: :shakehead3:

bluebutter Publish time 1-7-2021 07:19 AM

Pendeknya org2 indon ni.

Jitu Publish time 1-7-2021 08:29 AM

macam2 ;P
tp menarik jugak nak tahu long term effects dia
adakah kesemua sistem fuel line, fuel pump, fuel filter, injector, valve dia jahanam

Artemesiaa Publish time 1-7-2021 02:10 PM

Confident betul harap enjinnya tak rosak

ImpianSeroja Publish time 1-7-2021 03:25 PM

Macam macam ..yang bukan bukan nak di eksperimenkan;P;P;P

salimrock Publish time 5-7-2021 01:30 PM

ko ni kasi malu kaum yindon la,


heythere123 Publish time 31-7-2021 10:20 PM

baca boleh, percaya jangan ;P

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:21 PM

dia mungkin share untuk buat lawak tapi kesian kalau ada yang percaya

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:22 PM

tak pasal naya pulak nak clear tangki minyak
Pages: [1]
View full version: Tuang Minyak Masak Untuk Kereta Lebih Laju, Seriuslah?


ADVERTISEMENT