YgBenar Publish time 30-6-2021 09:26 AM

Mr Crab larikan diri dari dimasak.siap blajar angkat berat utk pertahankan diri.

https://m.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1368317583626111/?_rdr


Ketam merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Dari masak lemak hingga ke sambal pedas, masaklah macam mana pun, ia pasti sangat menyelerakan.

Kebiasaannya, ketam yang dibeli sudah mati dan tidak akan ‘sedarkan diri’ lagi tetapi ada sesetengah dari ketam segar yang sememangnya masih lagi ‘sihat walafiat’ dan boleh melarikan diri.

‘Meloloskan diri’
Sama seperti ketam yang dibeli oleh Fatin Nurul Asyiqin ini. Menerusi perkongsiannya di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, Fatin berkongsi mengenai seekor ketam yang ‘meloloskan diri’ dari menjadi lauk masakannya.

Menurut Fatin, dia terkejut melihat ketam itu kerana dia merasakan bahawa suaminya hanya membeli lima ekor sahaja dan semuanya sudah siap dimasak.

Mungkin tidak mahu menjadi santapan seperti ‘rakan-rakannya’ yang lain, ketam itu ‘melarikan diri’ hingga ke ruang tamu dan menyorok berdekatan dengan sofa.

Perkongsian itu membuatkan warganet terhibur dan rata-rata dari mereka berseloroh mengenai kepandaian ketam itu melarikan diri.

Hampa tengok ni wey. Bukan masak tak jadi tapi ketam tertinggal sekor masa mana lari tak tau laa.

Edit : Masa beli tok laki kira ada 5 ekoq..
Masa siang pon ada 5 ekor dalam singki..

Dah siap masak dalam kuali pon ada 5ekor ye tak tau mana mai sekor nih. Sumpah tak tipu satgi ada orang cakap saya tipu pulak. Sebab tu terkejut ada sekor lagi.

AbukRokok Publish time 30-6-2021 10:01 AM

keluarga si comot

AbukRokok Publish time 30-6-2021 10:04 AM

nasib baik bukan benda ni yg berkeliaran

https://www.electromaker.io/uploads/images/Blog/Best%20Alien%203D%20Prints/best-alien-3d-prints-face-hugger.jpg

Artemesiaa Publish time 30-6-2021 12:42 PM

Tinggal sekor tak sempat digulai kukuskan je

any42 Publish time 1-7-2021 12:34 PM

ketam masak lemak sodapnyaaa.

ImpianSeroja Publish time 1-7-2021 03:28 PM

Haha.. sebagai peminat ketam..iolls rasa lucu:lol::lol::lol:

salmon-suki Publish time 1-7-2021 10:10 PM

Ketam sedap dimakan,tp jenuh nak keluar kan isi dia tu..mmg akan comot kalau mkn ketam ;P

damsel_fiji Publish time 2-7-2021 01:37 PM

klu dah sampai camtu..x sampai hati nak makan..simpan je la buat pet

anakmak Publish time 6-7-2021 12:18 AM

Nsk ada jual ketamnipah
Kalau beli mesti simpan dulu dalam bekas letak air sambil anak buat main
Esok baru masak sbb dah penat beli barang

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:15 PM

AbukRokok replied at 30-6-2021 10:04 AM
nasib baik bukan benda ni yg berkeliaran

menangis tak berlagu la kalau yang ni mai

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:16 PM

nasib baik boleh tangkap balik, kalau tak rugi je
Pages: [1]
View full version: Mr Crab larikan diri dari dimasak.siap blajar angkat berat utk pertahankan diri.


ADVERTISEMENT