Raline Publish time 29-6-2021 06:40 PM

Kerana Dedikasi Tinggi, Pelakon-Pelakon Ini Hampir Terbunuh Sewaktu Penggambaran

Kerana Dedikasi Tinggi, Pelakon-Pelakon Ini Hampir Terbunuh Sewaktu Penggambaran

Kadang-kadang pelakon sanggup melakukan segalanya walaupun hampir terbunuh dalam usaha untuk menggambarkan watak dan lakonan mereka nampak realistik.

Ramai pelakon sudah biasa mendedahkan diri mereka dalam keadaan yang bahaya semasa penggambaran. Kemalangan ini sering berlaku ketika melakukan aksi lagak ngeri sehingga boleh menyebabkan kecederaan ringan atau parah.

Berikut adalah senarai pelakon yang hampir terbunuh semasa set penggambaran filem.

1. Isla Fisher


https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/now-you-see-me-4_edit_817469946658076.jpg

Pelakon Isla Fisher hampir mati lemas semasa set penggambaran filem Now You See Me pada tahun 2013.

Dalam satu adegan, wataknya perlu melakukan helah silap mata di mana dia harus membebaskan diri dari tangki air. Tetapi aksi itu kelihatan sangat realistik apabila salah satu rantainya tersangkut dan dia mula bergelut dalam air selama 3 minit.

2. Jennifer Lawrence

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/0x0_edit_818469774790736.jpg

Jennifer Lawrence terkenal dengan membawa watak sebagai Katniss dalam filem The Hunger Games: Mockingjay – Part 1, di mana dia perlu bertahan dalam permainan yang dahsyat.

Namun ketika adegan melarikan diri dari asap beracun, mesin tersebut rosak dan menghasilkan asap yang sangat tebal sehingga menyebabkan Lawrence hampir mati lemas dalam terowong.

3. Charlize Theron

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/charlize-theron-aeon-flux-2005-gun-scene-1024x576_edit_819099111692202.jpg

Charlize Theron hampir lumpuh semasa cubaan melakukan lompatan backflip dalam filem aksi berjudul Aeon Flux pada tahun 2005.

Dia mendarat dengan lehernya dan kecederaan pada tulang belakangnya menyebabkan set penggambaran filem dihentikan selama lapan minggu.

4. Tom Cruise

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/452126-1024x683.jpg


Semua orang sedia tahu bahawa Tom Cruise suka melakukan aksi lagak ngeri sendiri, tetapi beberapa aksi itu hampir mencabut nyawanya.

Dalam satu adegan The Last Samurai, semasa pertarungan bersama Hiroyuki Sanada, mesin kuda yang dinaiki mereka sepatutnya berhenti semasa kedua-dua pelakon mengayunkan pedang.

Namun, mesin kuda tersebut tidak berhenti dan menyebabkan pedang Sanada hampir mencucuk leher Cruise dalam jarak satu inci.

5. Joseph Gordon-Levitt

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/24REEF-superJumbo_edit_820273182422232-1024x963.jpg

Ketika Joseph Gordon-Levitt dalam perlumbaan mengayuh basikal dengan teksi New York City semasa penggambaran Premium Rush, dia melanggar teksi pada kelajuan tinggi dan memerlukan 31 jahitan berikutan kemalangan itu.

Sumber:https://plus.wiser.my

Pages: [1]
View full version: Kerana Dedikasi Tinggi, Pelakon-Pelakon Ini Hampir Terbunuh Sewaktu Penggambaran


ADVERTISEMENT