Raline Publish time 28-6-2021 08:37 PM

Budaya dan Etika Makan Orang Korea

Budaya dan Etika Makan Orang Korea

Setiap negara pasti mempunyai budaya yang berbeza, mulai dari bentuk seni, sehingga kegiatan seharian seperti bercakap dan makan. Apa yang kita lakukan di sini, tidak semestinya dilakukan di negara lain. Begitu juga sebaliknya, anda mesti terpegun dengan etika unik di negara Korea.

Korea mungkin telah lama dikenali sebagai salah satu negara yang mempunyai banyak makanan yang lazat. Sajian seperti kimbab, ramyeon dan kimchi sudah diketahui oleh pelbagai negara. Namun, terdapat beberapa tradisi dan etika yang perlu dipatuhi ketika mengisi perut. Etika ini perlu dipatuhi terutamanya ketika makan bersama di restoran.

Berikut adalah etika yang perlu dipatuhi ketika makan di Korea.

1. Kedudukan tempat duduk mengikut pangkat

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/restoran-halal-di-korea-11-1024x575.jpg

Walaupun kedengaran luar biasa, orang Korea sangat prihatin terhadap kedudukan tempat duduk terutamanya apabila membuat jamuan makan bersama. Setiap kerusi diatur berdasarkan pangkat dan kedudukan di dalam syarikat.

Semakin rendah pangkat seseorang, maka kedudukan tempat duduknya akan lebih dekat dengan pintu keluar. Etika ini juga digunakan ketika makan bersama keluarga atau perjumpaan semula antara senior dan junior.

2. Menunggu orang lebih tua mula makan dahulu

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/extended-family-group-eating-meal-at-home-together-picture-id538044422.jpg

Korea terkenal sebagai sebuah negara yang sangat menitik beratkan tentang kesopanan yang tidak terkecuali apabila makan bersama orang yang lebih tua.

Apabila makan bersama orang Korea, orang muda tidak dibenarkan makan dahulu sebelum ibu bapa mereka. Selain bersikap sopan, ia juga dianggap sebagai menghormati orang tua.

3. Menghargai dan berterima kasih dengan makanan yang disajikan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/grandmothersrecipe1.jpg

Sebelum makan, orang Korea akan berkata Jalmeokgesseumnida yang bermaksud ‘saya akan menikmati makanan ini’. Ucapan ini adalah salah satu cara untuk berterima kasih kepada tukang masak yang telah menghidangkan makanan yang lazat. Selepas selesai makan, jangan lupa untuk berkata Jalmeogeogeosseumnida yang bermaksud ‘terima kasih atas makanan yang telah dihidangkan’.

4. Makan menggunakan penyepit dan sudu

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/7fb0d8c63223f58427b3987d526e6e0f-edited.jpg

Tidak seperti negara-negara lain di Asia Timur, penduduk di Korea menggunakan penyepit hanya untuk mengambil makanan dan makan hidangan sampingan dan mi. Bagi makanan seperti nasi, bubur atau sup pula, mereka akan menggunakan sudu bagi menikmati makanan dengan lebih selera.

Di samping itu, jangan gunakan penyepit yang sama untuk mengambil makanan yang dihidangkan. Selain bersikap sopan, penyepit yang digunakan untuk makan juga tidak menjamin kebersihan kerana mereka boleh mencemarkan dan menjejaskan rasa dan kualiti makanan.

5. Elakkan mengambil makanan bermula dari bekas hidangan yang terbesar

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/hot-pot-at-home-10-edited-768x768.jpg

Apabila berada di Korea, anda akan dihidangkan dengan makanan dalam pelbagai saiz pinggan dan mangkuk. Apabila makan bersama, elakkan bermula dengan makan dari bekas hidangan terbesar kerana hidangan itu disediakan untuk makan bersama-sama. Anda boleh mengambil makanan tersebut, namun perlu meletakkannya di pinggan yang lebih kecil dahulu sebelum mula makan.

Bukan hanya tempat pelancongan, ternyata budaya dan etika makan di Korea juga sangat menarik dan penuh dengan makna. Setelah mengetahui etika semasa makan di negara ini, anda boleh makan dengan tenang tanpa berasa risau dan dianggap tidak sopan.

Sumber:https://plus.wiser.my

bakingsoda Publish time 28-6-2021 09:02 PM

no 4 tu tipu. selalu je dlm drama sudu/chopsticks yg masuk mulut tu la dorang guna buat celup pinggan/mangkuk hidangan {:1_571:}

Raline Publish time 28-6-2021 09:11 PM

bakingsoda replied at 28-6-2021 09:02 PM
no 4 tu tipu. selalu je dlm drama sudu/chopsticks yg masuk mulut tu la dorang guna buat celup pingga ...

awak org korea ke?

sharlenetexas Publish time 28-6-2021 09:13 PM

bakingsoda replied at 28-6-2021 09:02 PM
no 4 tu tipu. selalu je dlm drama sudu/chopsticks yg masuk mulut tu la dorang guna buat celup pingga ...

Geliiiii

Raline Publish time 28-6-2021 09:14 PM

bakingsoda replied at 28-6-2021 09:02 PM
no 4 tu tipu. selalu je dlm drama sudu/chopsticks yg masuk mulut tu la dorang guna buat celup pingga ...

awak org korea ke?

sharlenetexas Publish time 28-6-2021 09:14 PM

Tak senonoh bila makan sotong hidup2.

bakingsoda Publish time 28-6-2021 09:38 PM

Raline replied at 28-6-2021 09:11 PM
awak org korea ke?

hampir semua drama wajib ada scene waktu makan pakat celup sudu masing2 jah dlm lauk

namemysoul Publish time 28-6-2021 10:29 PM

bakingsoda replied at 28-6-2021 09:38 PM
hampir semua drama wajib ada scene waktu makan pakat celup sudu masing2 jah dlm lauk

Btol........ nak lg best ada yg kemam chopstick kn air liur....ambil makanan lain plak guna hat tuh jgk....hehehehe

Tinot7 Publish time 29-6-2021 05:44 PM

z0SEeFoqjhc

Tinot7 Publish time 29-6-2021 05:49 PM

L6JHeVsakG4


Tinot7 Publish time 29-6-2021 05:57 PM

dO79OMzWpE0

Tinot7 Publish time 29-6-2021 06:01 PM

Raline replied at 28-6-2021 09:14 PM
awak org korea ke?

Do not poke at the shared dishes

3AQKVAeoCMk

Tinot7 Publish time 29-6-2021 06:07 PM

sharlenetexas replied at 28-6-2021 09:14 PM
Tak senonoh bila makan sotong hidup2.

hYeKHzyZVE0

ally9970 Publish time 1-7-2021 04:13 PM

Korea mungkin telah lama dikenali sebagai salah satu negara yang mempunyai banyak makanan yang lazat

Sorrylah, aku tak boleh setuju dgn statement tu...

Perk77 Publish time 3-7-2021 04:32 PM

Aku tgk mukbang....org Korea mkn tk pernah sopan.sumbat2 dlm mulut sepenuh tidak....kunyah tk betul2 telan.....pastu sumbat lagi....

Menu lazat? ...Sama je basic dia org masak ...cuma beza Pes dia org pakai....yg lain Tu Sama bhn2.....mkn Hampir semua dgn kimchi ...

Yg best Aku suka kat Korea adalah pastri roti kek dia je nampak lain sikit...

lavieenrose Publish time 3-7-2021 07:20 PM

Nak makan galchi jorim kat namdaemun..huhu

Artemesiaa Publish time 8-7-2021 06:04 PM

Kalau hirup sup atau mee ada bunyi menunjukan mereka menghargai makanan yang dimasak tu sedap rasanya.

Tinot7 Publish time 9-7-2021 05:17 AM

Artemesiaa replied at 8-7-2021 06:04 PM
Kalau hirup sup atau mee ada bunyi menunjukan mereka menghargai makanan yang dimasak tu sedap rasany ...

Ha ah.. dolu2 baca dm komik Lat pun dia habaq benda sama psl cara org jepon mkn mi sup.

mamichik Publish time 13-7-2021 11:45 AM

Artemesiaa replied at 8-7-2021 06:04 PM
Kalau hirup sup atau mee ada bunyi menunjukan mereka menghargai makanan yang dimasak tu sedap rasany ...

kalau kita makan ada bunyi2 hirup tu siap kena jegil dgn mak.. ahahaha.. kita lagi sopan la kan? hahaha

Artemesiaa Publish time 13-7-2021 11:53 AM

mamichik replied at 13-7-2021 11:45 AM
kalau kita makan ada bunyi2 hirup tu siap kena jegil dgn mak.. ahahaha.. kita lagi sopan la kan? h ...

Lain bangsa lain negara lain adat dan budayanya.Bagi kita agak kurang hormat tapi bagi mereka itu macam satu pujian akan makanan yang dihidangkan.Kalau tak caya cuba makan cara tu dikedai mereka kalau nasib baik tokey dengar pasti dapat discount.
Pages: [1] 2 3
View full version: Budaya dan Etika Makan Orang Korea


ADVERTISEMENT