budi_jentayu Publish time 27-6-2021 06:35 PM

9 Soalan Untuk Bakal Pemilik Kucing

9 SOALAN UNTUK BAKAL PEMILIK KUCING
.
1) Adakah anda bersedia dari segi kewangan untuk kucing?
.
Jika anda mempunyai anak,anda mesti nak jaga mereka dengan sebaik mungkin. Maka kehadiran kucing baru juga ibarat mempunyai anak baru di dalam keluarga. Ini bermakna anda perlu bersediadari segi kos tanggungjawab untuk kucing.
.
2) Adakah anda mempunya kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun di rumah?
.
Kanak-kanak selalunya sangat suka kucing, dan mereka akan menyangi anak kucing kecil yang dibawa ke dalam rumah dengan sepenuh hati. Anak kucing sememangnya bersifat aktif, dan mungkin nanti akan ada kesan calar kepada kanak-kanak. Jadi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan kucing yang lebih dewasa, atau tunggu beberapa tahun lagi sebelum membela kucing.
.
3) Adakah sofa atau permaidani putih baru anda sangat penting kepada anda ?
.
Fikirkan. Kucing perlu menggaru atau mencakar sebagai satu senaman wajib dan mesti anda dapat teka di mana tempat pertama yang mereka akan pergi. Jadi bersiap sedialah dengan “scratcher post” atau tempat khas bagi mereka mengasah kuku dan mencakar sebelum mereka menyakitkan hati anda.
.
Adalah penting untuk anda bersedia memberi komitmen menyediakan keperluan untuk kucing, dan mengambil langkah awal untuk menghalang kucing merosakkan perabot kesayangan. Adakah anda bersedia untuk hidup bersamanya? Atau anda akan mempertimbangkan "membuang kucing" pada hari pertama kucing anda memberi masalah ? Jika barangan di rumah terlalu penting bagi anda, mungkin kucing bukanlah tambahan yang sesuai.
.
4) "Saya bercadang untuk ‘declawing’ ia jadi saya tidak perlu bimbang tentang kerosakan pada perabot saya."
.
TOLONG HENTIKAN PEMIKIRAN INI! “Declawing” adalah pembedahan yang dilakukan untuk membuang bahagian kuku kucing anda sepenuhnya! Sama ada dilakukan dengan alat khas atau dengan laser, ia amat MENYAKITKAN dan BERBAHAYA kepada kucing. Dan terang-terangan ia TIDAK BERPERIKEMAKNUSIAAN.
.
Mungkin ada kucing yang telah “declawed” di tempat perlindungan. . . TETAPI, mereka akan beralih pula kepada MENGGIGIT atau SEMBURAN untuk menandakan kesakitan yang dialami.
.
Jika “declawing” adalah satu-satunya penyelesaian anda untuk mempunyai kucing, nasihat kami adalah, pergilah ke akuarium dan lupakan sahaja niat untuk membela kucing. Kucing hanya sesuai dipelihara oleh manusia yang menyayangi seluruh tubuhnya, melindunginya dan bukan menyebabkan kesakitan kepadanya.
.
5) Adakah di rumah anda terdapat orang dewasa yang bersedia menguruskan kotak najis, memberi makan mengikut waktu dan melakukan grooming dengan kerap ?
.
Ini adalah satu pertimbangan yang serius. Haiwan peliharaan adalah sesuai untuk mengajar anak-anak erti tanggungjawab, tetapi perlu sentiasa diawasi oleh orang dewasa untuk menyelia dan memastikan kerja-kerja yang perlu dilakukan setiap hari.
.
6)Anda akan mempunyai masa untuk menjadi "keluarga" kepada kucing?
.
Kucing adalah haiwan yang sangat suka bersosial dan sukakan perhatian dari manusia, khususnya tuan mereka. Hubungan anda dengan kucing anda akan berlangsung sepanjang hayat. Kucing yang kesepian dan terbiar akan melakukan kerosakan untuk menghiburkan dirinya. Luangkanlah masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk bermain dengan kucing. Dan anda akan dapat membezakan kucing yang gembira dengan kucing yang tertekan.
.
7) Adakah anda bersedia membelanjakan wang untuk memandulkan / vaksin, dan mendapatkan perkhidmatan veterinar apabila perlu?
.
Anda perlu sediakan bajet khas untuk kes-kes kecemasan yang memerlukan anda membawa kucing berjumpa doktor veterinar. Terdapat juga jadual yang disarankan untuk bawa kucing anda berjumpa doktor veterinar bagi mendapatkan suntikan khas seperti vaksin. Anda perlu mendapatkan rawatan untuk kucing anda bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.
.
8) Adakah anda bersedia untuk menjaga kucing anda di dalam rumah sahaja?
.
Terdapat terlalu banyak ancaman bahaya di luar sana bagi kucing. Namun terdapat pelbagai faedah juga yang boleh diperolehi dari kehidupan di luar untuk kucing. Anda perlu mempertimbangkan dan fikir semasak-masaknya untuk menjadikan kucing anda kucing indoor atau outdoor.
.
9) Adakah tempat anda cukup besar untuk kucing?
.
Sebenarnya kucing boleh tinggal di mana sahaja sama ada di studio, apartmen atau banglo besar asalkan diberi keadaan yang bersesuaian.
.
Ini adalah perkara pertama yang perlu anda fikir dan pertimbangkan sebelum mendapatkan kucing sebagai haiwan peliharaan anda!Sebab kucing akan menjadi sebahagian dari keluarga andaAdakah anda dah bersedia menerima ahli keluarga yang baru ?

Kredit : Geli-Geli Kucing

aint Publish time 27-6-2021 06:58 PM

terima kasih atas nasihat & panduan utk membela kucing...

iols dh lama hidup... dn baru2 ni iols ambil stray kitten jd anak angkat... mmg kena sediakan kemudahan utk keselesaan & kesihatan anak bulus iols ni...

dan iols tak sangka, iols amat syg sgt akan anak ni... sama cam iols syg mak ayah & adik2 iols :)

miszclassique Publish time 27-6-2021 07:18 PM

Betul sangat... Kucing i operate pernah sampai 900 harga operation sahaja huhu mmg kena sediakan emergency fund untuk si bulus jgk yeeeerrrr

AKAZ85 Publish time 27-6-2021 07:35 PM

Kakyung ade 3 ekor kat umah ni.. 2 ekor amik jaga masa tahun 2018, sekor lagi hujung tahun lepas.. Sygnye xtau nak cakap.. Kadang2 kalau xnampak muka salah sekor mesti kakyung akan panggil.. Nak gak nampak 3 ekor tu.. Mmg boleh kata perbelanjaan tu macam jaga anak org la.. Tapi sebab sayang, kakyung dengan suami xkisah pon..

Minami2013 Publish time 27-6-2021 07:40 PM

Paling penting sediakan tempat kucing poo poo dan bersihkan 2 kali sehari supaya kucing tak berak merata rumah jiran

budi_jentayu Publish time 27-6-2021 07:52 PM

aint replied at 27-6-2021 06:58 PM
terima kasih atas nasihat & panduan utk membela kucing...

iols dh lama hidup... dn baru2 ni iols...

moga dipermudah urusan uol dan moga diperluas rezeki uol... Aamiin

iol dgn mak iol pun byk berhabis utk meow2 ni, tp weols redha sebab mmg dah syg sgt dgn bulus ni... tmbh2 iol sdiri pun mmg tak boleh kalau takde meow, rasa sunyi sgt...

Blackrose87 Publish time 27-6-2021 07:54 PM

Suka kucing.. nak bela kucing. Tp xtahan dgn bau taik / kencing kucing :mad:

Lentera Publish time 27-6-2021 07:55 PM

Minami2013 replied at 27-6-2021 07:40 PM
Paling penting sediakan tempat kucing poo poo dan bersihkan 2 kali sehari supaya kucing tak berak me ...

Betui tu.
kawan aku setiap hari dia akan keluarkan kucing2 dia dari sangkar & tunggu kucing2 tu main kt laman umah. Cukup time, dia kurung balik. Aku pun puji dia rajin. Dia jawab "aku tak nak la sebab kucing2 ni aku tambah dosa kalau diorg pegi berak merata kat umah jiran".
Org macam ni memang aku SALUTE :D

aint Publish time 27-6-2021 08:05 PM

budi_jentayu replied at 27-6-2021 07:52 PM
moga dipermudah urusan uol dan moga diperluas rezeki uol... Aamiin

iol dgn mak iol pun byk berh ...

aminn... terima kasih atas doa uols...

moga uols & family sentiasa murah rezeki dan sihat2 sejahtera serta dijauhi dr perkara2 yg tdk diingini... Amiinnn

anak bulus iols ni, is my happy pill... hilang rasa sunyi... sejak kehadiran dia...

komotthecat Publish time 27-6-2021 08:37 PM

miszclassique replied at 27-6-2021 07:18 PM
Betul sangat... Kucing i operate pernah sampai 900 harga operation sahaja huhu mmg kena sediakan eme ...

Operate apa tu? Setakat ni kos rawatan kucing komot semua bawah rm500 kecuali kucing sporo. Ubat 2minggu rm150

LoveSungmin Publish time 27-6-2021 08:38 PM

bermula dari kesian, sekarang i dah ada 9 ekor.. ingatkan nak ambik sekejap je sebab nak spay/neuter then lepaskan semula tapi akhirnya terkandas semua dekat rumah.. musim pkp je dah tambah 3 ekor :lol:

makadek Publish time 27-6-2021 09:03 PM

Ada 2ekordn bby 2ekor
Syg ...sgt

salmon-suki Publish time 27-6-2021 09:29 PM

Ai nak bela miaw as peneman,tp my mom xkasi .lg satu,terfikir jgk,nanti bila dah boleh balik kg,kesian jgk miaw..kt kg tu ai dah ada anak bulus beserta cucu2 dah..dia tu kalau ai ada,dia xkan bg miaw lain dekat ngn ai;P

Bg kasih syg kt miaw2 ai jmpe kt jalan jelaa..;P rindu plak miaw2 kt kg tu..:'(

Plain-tif Publish time 27-6-2021 09:55 PM

Aku ada bela 2 ekor sepasang, bela dari kecik sekarang dah gemoks

bakingsoda Publish time 27-6-2021 10:18 PM

LoveSungmin replied at 27-6-2021 08:38 PM
bermula dari kesian, sekarang i dah ada 9 ekor.. ingatkan nak ambik sekejap je sebab nak spay/neuter ...

aduh sama! masa amik niat nak rawat mandulkan pastu lepas balik tempat asal. mmg TAK LA. kesian kucing mesti terpinga2 rasa dibuang :'( cara kedua carikan adopter, at least dapat kasih sayang dan forever home. bila takde yg nak bela makin lama duk ngan aku makin sayang pulak. lepas beberapa lama mmg aku tak iklan dah, bela je yg tak laku tu. tapi bila bulu naik gebu ada yg sebok tanya nak boleh? haa boleh2, boleh gi mamps :lol:

sape2 yg berniat nak bela kucing, tolong la:

1) adopt dont shop! jgn hanat sangat perangai tu boleh, kucing stray sah2 tak terjaga mungkin mati kelaparan, sakit, kena dera atau dilanggar. kucing breeder jual ko tak beli tak matinya kucing2 baka tu. nak yg feeling bela berbaka bulu panjang pendek bersepah pelbagai warna kat jalanan. cuma comot sbb duduk tempat kotor, tak cukup zat, tak dapat rawatan, tak dapat kasih sayang. jgn pelik kucing baka ada kat jalanan sbb kucing ni la yg dulu nya dibeli bukan dibela atas dasar kasih, tapi sbb mahal, cantik, boleh jd bahan riak. baru berkurap sikit dah buang sbb nak beli baru. tukar kucing mcm tukar perabot.
2) wajib sediakan keperluan basic. tempat tinggal yg selesa mcm bilik atau sangkar besar (bukan sangkar besi sempit 2 x 1.5ft tu, tempah khas la wey), makanan berkualiti (jgn asal adooo, atau gaul nasi dgn ikan sikit suruh cepat kenyang tapi tak berkhasiat), dan litter box (jgn suruh kucing gi membuang kat luar sbb ko kedekut beli litter). bawa ke vet utk vaksin dan mandulkan seawal mungkin (ye ni kira BASIC je utk pembela kucing yg bertanggungjawab). bagi ubat kutu dan ubat cacing berkala (biasa 3 bulan skali).
3) kena mampu sediakan contingency fund utk kemungkinan kucing tu terkena penyakit yg mahal rawatan. setakat ni paling mahal fip la. diagnose masa size anak kucing je boleh lebur 6k+, size dewasa ko kena bersedia double the cost la. ambil kira jugak kalau nak travel, mampu tak tanggung kos tinggal kucing kat pet hotel? bukan kos kau nak melancong je ;P

kalau rasa2 semua ni keterlaluan, awal2 lagi jangan bela. buat aniaya kucing dan mungkin orang sekeliling je.

Ahgerbitch Publish time 27-6-2021 10:22 PM

Yea…emergency fund tuk kucing penting especially kalo male cat..
Kucing i pernah operate cost about 1.4k…sbb pundi kencing sumbat kurang minum air…..almost 1 week kena tahan kat clinic huhu…kesian kena inject air masuk huhu

Minami2013 Publish time 27-6-2021 10:50 PM

Lentera replied at 27-6-2021 11:55 AM
Betui tu.
kawan aku setiap hari dia akan keluarkan kucing2 dia dari sangkar & tunggu kucing2 tu m ...

Ya, salute org yg paham hidup berjiran. Binatang tak tahu ape, tuan nya la kena bertanggungjwb. Kucing yg betul2 di jaga, dia tahu kat mana toilet dia. Tp kalo toilet dia bertimbun najis, dia akan cari tempat lain.

lalangkering Publish time 27-6-2021 10:55 PM

Iols mula2 ada 2 ekor kucing. Kawan bagi sbb dia dah x mampu nak bela, terlalu banyak. Kemudian tahun lepas iols ambil pulak stray cat dari kampung. Jadi semua ada 3 anak bulus.

Kucing iolss semua indoor. Berak pn dalam bilik air. Sekali sekala je lepas keluar utk diaorg main. Itupun di bawah pemantauan iolss.

Betul, apabila kita ada kucing. Mmg sayang lain sikit. Sampaikan kadang2 husband iolss merajuk, iolss lebihkan kucing {:mlbigsmile:}

Punyala sayang sampaikan dlm gallery phone iolss... Banyak lagi gambar kucing drpd gambar selfie iolss

Mija Publish time 28-6-2021 12:31 AM

Edited by Mija at 28-6-2021 12:37 AM

sebagai mama kucing, dan mama manusia juga.. memang perlu komitmen, sabar, duit.

rumah aku kecik je.. tapi ada 6 kucing. 3 darinya stray dan 2 lagi beli untuk rescue. sekor je kucing asal.

pasir & makanan kena sentiasa ada. kucing aku sekor ada batu karang. so special diet. maknanya kucing2 lain pun “tumpang mkn” special diet RC. kos mkn jer beratus. pasir lagi. check up, injek, semua lah.

musim pkp aku panic buying cat-food .makanan manusia takpe. kedai depan pun ada jual. makanan kucing kalau tak der stok..? huiimati la kena jeling kucing.

kucing 6 ekor tu indoor . memang bebas dari dapur ke ruang tamu ke bilik tido semua. masuk cage cuma kalau ada isu kesihatan (lepas injek/ sunat) so perabot mmg hancor. kapet tak letak sbb muntah bulu & remember kucing batu karang tu? yeee dia sejenis kencing merata. walaupun dia sihat, tapi trauma rasanya, so kencing merata. mop umah everyday ye. sebab dia pun bebas dirumah.

sekian, kisah kucing kucing ku yang berlagak malas sombong gemok diva makan berak tido repeat.

miszclassique Publish time 28-6-2021 01:16 AM

komotthecat replied at 27-6-2021 08:37 PM
Operate apa tu? Setakat ni kos rawatan kucing komot semua bawah rm500 kecuali kucing sporo. Ubat 2 ...

Nanah kat bahagian dalam, dr kata mungkin kena sengat binatang dan nasib baik tak terlambat sangat hantar kt vet sbb nanah tu boleh makan tulang dia ke something like that la... Cuci nanah tu perlu beberapa hari jgk tapi kos duduk wad murah je, total masih bawah 1k ... Kucing i tiba2 satu hari tu jalan jengket2 tapi takda luka apa2 pun so i ingat mcm biasalah kucing aktif and sakit kaki biasa jerr sbb dia mmg suka manjat tinggi2... Tapi 2 hari pastu bengkak tu yg bawak ke vet... Sian weiii tgk kena bedah

Xray jer dah 150 kat global pets huuuuu beruntung jadi kucing...kucing i yg dah mati dulu kena penyakit kutu bawah kulit pun around 700 total cost...bulu2 dia habis tanggal sbb kutu tu duduk bawah kulit...walaupun kucing kutip, mmg sayang mcm anak sendiri
Pages: [1] 2
View full version: 9 Soalan Untuk Bakal Pemilik Kucing


ADVERTISEMENT