keypochino Publish time 26-6-2021 02:11 AM

Benarkah fenomena matahari terbit dari arah Utara?

Edited by keypochino at 26-6-2021 02:11 AM

Pasti anda perasan beberapa hari yg lalu ada diperkatakan mengenai kejadian matahari terbit dari arah Utara ekoran video yg ular dari negara seberang, Indonesia. Namun, masyarakat Islam di negara ini tidak perlu gusar dengan fenomena matahari terbit dari arah utara kerana ia bukan perkara yang aneh, sebalik berlaku setiap tahun.


Menurut kenyataan Balai Cerap Selangor, Jabatan Mufti Selangor, kedudukan matahari terbit dan terbenamsebenarnya sekiranya diperhatikan di langit, memang akan sentiasa berubah.

“Perubahan kedudukan itu berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi sebanyak 23.5 darjah ketika bumi mengorbit (mengelilingi) matahari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Balai berkenaan menambah, lokasi matahari bukan tetap pada satu tempat yang sama sahaja sepanjang tahun dan tidak semestinya ia terbit tepat dari arah timur selepas waktu subuh.

Kenyataan itu sebagai mengulas tular perkongsian para pengguna media sosial tempatan kecoh memperkatakan fenomena berkenaan konon tanda dunia sudah hampir akhir zaman.

Warganet juga berkongsi gambar kedudukan matahari yang berada di utara ketika terbit dan mendakwa ia tidak lama lagi terbit dari arah barat yang menandakan kiamat semakin hampir.

Mengulas lanjut, Balai Cerap Selangor turut memuat naik gabungan foto matahari terbit dari lokasi berbeza kaki langit dirakamkan di Dabouq dekat Istana Raja Jordan di ibu kota Amman.


“Ketika Solstis Disember, matahari di kedudukan paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Jadi yang menandakan mula musim sejuk di sebelah hemisfera utara,” katanya.

Keadaan itu juga memberi maksud musim panas pula bermula di hemisfera selatan mengikut takrifan bidang astronomi moden namun keadaan akan berubah ketika masuk Solstis Jun.

Matahari berada kedudukan paling jauh ke utara dari Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Sartan, menandakan bermula musim panas di Hemisfera Utara dan musim sejuk di Hemisfera Selatan.

Bagaimanapun, kedudukan matahari ketika Ekuinoks Mac dan September pula berada tepat di atas Garisan Khatulistiwa yang menyaksikan tempoh waktu siang dan malam tepat 12 jam.

“Semasa Ekuinoks Mac, ia menandakan bermulanya musim bunga di bahagian Hemisfera Utara dan sebaliknya, penduduk di sebelah hemisfera selatan pula merasai musim luruh,” katanya.

Situasi kemudian akan berubah ketika Ekuinoks September yang menandakan bermulanya musim luruh di Hemisfera Utara tetapi sebaliknya musim bunga pula bermula di Hemisfera Selatan.


Sumber :
Utusan Online -https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/matahari-terbit-dari-arah-utara-bukan-aneh/
BH Online - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/830102/paksi-bumi-condong-235-darjah-matahari-seperti-terbit-dari-utara






seribulan Publish time 27-6-2021 07:13 PM

Mujo bukan dari sebaliknya...Dooms Day lak {:runo

keypochino Publish time 27-6-2021 10:10 PM

seribulan replied at 27-6-2021 07:13 PM
Mujo bukan dari sebaliknya...Dooms Day lak

Tula.. panic jugak..
Pages: [1]
View full version: Benarkah fenomena matahari terbit dari arah Utara?


ADVERTISEMENT