CARI-MAL Publish time 25-6-2021 12:05 PM

Guna Straw 'Ajaib' Ini Boleh Hilangkan Sedu?

Sejenis straw minumandinamakan HiccAway dicipta khas untuk menghilangkan masalah sedu dengan pantas, lapor Oddity Central, kelmarin.


Digambarkan sebagai alat penyedut minuman dan telan paksa, HiccAway padaadalah sejenis plastik khasdireka untuk menghilangkan simptom sedu dengan segera.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/25/115415qfvi0wvev2n6vd0c.pngKredit foto: Live Science




Menurut kajian terbaharu, alat berbentuk L ituhampir 92 peratus berkesan merawat masalah sedu.


Cara menggunakan HiccAway adalah hanya menghirup air daripada gelas menggunakan straw itu bagi menghilangkan sedu hampir serta-merta.


Sedutan kuat diperlukan bagi menghirup air melalui alat tersebut.


Pakar Neurointensivis dari Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di San Antonio, Dr. Ali Seifi, mencipta HiccAway yang diinspirasikan daripada sudu aiskrim McFlurry anaknya.


“Ia berfungsi dengan pantas dan kesannya bertahan selama beberapa jam,” kata Seifi.




u6_s6WD8PbE


Tambahnya, asas fungsi HiccAway adalah ia membuatkan otak kita terlupa untuk menghidupkan diafragma yang mendorong simptom sedu.


HiccAway boleh didapati di pasaran pada harga AS$14 (RM58).




Sumber: Harian Metro

JokesCop Publish time 25-6-2021 12:21 PM

Straw berlubang 2 tempat rm 58?
Hahahaha

mbhcsf Publish time 25-6-2021 12:30 PM

creative , ye wow ilham Dr Ali seifi ni dapatmenarik, dia observed anak dia makan mcflurry je ...then tingggg eurekaaa...

Artemesiaa Publish time 25-6-2021 01:38 PM

Menarik juga benda ni boleh dicuba

Lengkong Publish time 25-6-2021 02:00 PM

Wowww..{:thumbo ...ada duit lebih boleh beli


any42 Publish time 26-6-2021 03:30 AM

sbb L shape tu ke mmbantu. Klau pkai straw gabak yg guna mnum air bubble tu xbley ke kot la bkesan.

Mahal nau nk bli straw sedu

cariplease Publish time 26-7-2021 09:48 PM

Oh ok menarik tapi tak beli kot

heythere123 Publish time 31-7-2021 05:50 PM

kalau function, apa salahnya beli kan ;P

heythere123 Publish time 31-7-2021 05:51 PM

meols punya hiccup memag payah nak berhenti kalau dah datang. Macam2 cara dah try, tapi kadang jadi kadang tak jadi
Pages: [1]
View full version: Guna Straw 'Ajaib' Ini Boleh Hilangkan Sedu?


ADVERTISEMENT