Raline Publish time 24-6-2021 11:31 PM

Sudah Lebih Dari 100 Tahun Sejak Biskut Oreo Mula Dihasilkan

Sudah Lebih Dari 100 Tahun Sejak Biskut Oreo Mula Dihasilkan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/1016-oreos-addictive.jpg

Oreo telah memegang gelaran sebagai biskut terlaris di dunia dengan hasil jualan lebih dari 450 bilion bungkusan sejak ia dihasilkan.

Biskut Oreo ini dikenali dengan dua wafer coklat berbentuk bulat dan mempunyai krim yang manis di antaranya. Kini, Oreo telah tampil dengan pelbagai bentuk, saiz dan perisa untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang biskut Oreo yang anda mungkin tidak tahu.

1. Oreo telah wujud selama lebih dari 100 tahun

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/oreo-facts-1912.jpg

Oreo pertama kali dihasilkan pada tahun 1912 oleh National Biscuit Company (Nabisco) dan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada trio kepada “biskut kelas tertinggi” bersama Mother Goose dan Veronese.

Walaupun Oreo kini dimiliki oleh Kraft Foods, ia masih biskut yang sama seperti pertama kali dibuat pada tahun 1912.

2. Perisa kek diperkenalkan pada ulang tahun Oreo yang ke-100

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/GUEST_b44ac9ed-1d4b-4111-bac2-f6bf7933a156_edit_796529029934188.jpg

Untuk meraikan 100 tahun sejak Oreo dihasilkan, perisa kek hari jadi diperkenalkan pada tahun 2012 di seluruh dunia.

Ulang tahun ke-100 ini mempunyai krim yang istimewa bersama taburan untuk menggambarkan tema hari jadi dan pada salah satu biskut Oreo terdapat cetakan “Oreo 100.”

3. Terdapat lebih daripada 50 perisa Oreo yang berbeza

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/oreo-facts-variety.jpg

Selama bertahun-tahun, Oreo telah memperkenalkan pelbagai perisa yang berbeza di seluruh dunia termasuk banana split, cotton candy, red velvet, pumpkin spice, caramel apple, marshmallow crispy, cookie dough dan banyak perisa lagi.

4. Oreos adalah biskut yang berbeza di China

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/oreo-facts-china_edit_796322346924844.jpg

Pada tahun 1996 Oreo dibawa ke pasaran China, namun mereka tidak mempunyai cita rasa yang sama seperti orang Amerika. Oreo itu hampir dikeluarkan dari rak kerana ia begitu tidak popular.

Sebaliknya, Kraft memutuskan untuk menyesuaikan Oreo mengikut cita rasa orang Cina supaya ia dapat dijual ke pasaran.

5. Hari Kebangsaan Oreo


https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/oreo-facts-cookie-day_edit_796369051959212.jpg

Tahukah anda terdapat Hari Kebangsaan Oreo yang diraikan pada 6 Mac setiap tahun? Ia disambut di seluruh Amerika Syarikat dengan menikmati biskut Oreo sambil bermain permainan dengan rakan-rakan dan keluarga.

Ia telah menjadi trend untuk berkongsi cara anda memakannya, sama ada mencelup biskut itu dalam susu atau memisahkan biskut dan makan krim secara berasingan.

Sumber:https://plus.wiser.my

Lengkong Publish time 25-6-2021 12:02 AM

Oreo manis..nak yang kurang manis ada tak

Scheherazade Publish time 25-6-2021 12:29 AM

Kt sini ada baper jenis perisa krim je kan? Aku suka oreo nih tp xleh mkn selalu. Ada masa2 tertentu time ko craving, mkn nih cicah susu, mmg nikmat.

matchstick Publish time 25-6-2021 12:42 AM

Suka mkn biskut tu je..krim kt tgh biasa aku buang separuh or tak mkn langsung..manihhh

delia3003 Publish time 25-6-2021 12:51 AM

Iols kalau makan oreo ni, krim tgh tu buang, makan biskut je

airmineral Publish time 25-6-2021 01:47 AM

sedap tp manis ya tuhannnn

msel Publish time 25-6-2021 02:11 AM

Makan sesekali boleh la. Pening kepala manis sgt. Tapi oreo plastik kuning tak sedap.

AyaqMeloSuam Publish time 25-6-2021 03:47 AM

Aritu aku tgk depa buat mug cake pakai oreo.. cam sedap...
Oreo hancur2.. boh susu.. masuk microwave.. siap..

Tinot7 Publish time 28-6-2021 04:32 PM

fevret nihh... oreos.. tapi suka ori jahh.. yg lain tak rasa sgt..

l114-xE5JHI

Pages: [1]
View full version: Sudah Lebih Dari 100 Tahun Sejak Biskut Oreo Mula Dihasilkan


ADVERTISEMENT