Raline Publish time 24-6-2021 01:03 AM

Filem Ini Mungkin Buat Anda Yang Ada Fobia Kurang Selesa

Senarai Filem Ini Mungkin Buat Anda Yang Ada Fobia Kurang Selesa

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/s-e6af5495689a610e9e4b91623b1b34c1e0871725_edit_757568701552112.jpg

Adakah anda mempunyai fobia yang melampau dan perasaan kurang selesa dengan sesuatu objek atau keadaan yang boleh menyebabkan panik dan ketakutan?

Manusia mempunyai pelbagai fobia yang berbeza seperti takut dengan ketinggian, kegelapan, ruang yang sempit, badut, darah mahupun kuman.

Berikut adalah senarai filem berkaitan fobia yang mungkin akan membuat anda berasa kurang selesa.

1. The Walk (2015)

https://i.makeagif.com/media/8-12-2015/cIwNgg.gif
Pengarah: Robert Zemeckis

Barisan Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Charlotte Lebon & Guillaume Baillargeon

Philippe Petit adalah seorang penghibur jalanan Perancis yang mahu melakukan aksi lagak ngeri. Dia cuba berjalan di antara Twin Tower, New York dengan tali yang sempit.

2. It (2017)

https://media4.giphy.com/media/xT9IgvEOwRzUcZDRiU/giphy.gif
Pengarah: Andy Muschietti

Barisan Pelakon: Bill Skargård, Jaeden Martell & Finn Wolfhard

Tujuh kanak-kanak yang dibuli terpaksa menghadapi mimpi buruk mereka apabila badut bernama Pennywise menganggu dan menghantui bandar Derry.

3. Lights Out (2016)

https://i1.wp.com/hypebeast.com/image/2016/06/new-lights-out-trailer-0.gif?w=960
Pengarah: David F. Sandberg

Barisan Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman & Maria Bello

Rebecca dan teman lelakinya cuba menyiasat hubungan antara ibunya dan kawan imaginasinya, Diana, selepas ayah tirinya dibunuh oleh entiti ghaib.

4. The Descent (2005)

https://thumbs.gfycat.com/AbleBouncyAfricangroundhornbill-max-1mb.gif
Pengarah: Neil Marshall

Barisan Pelakon: Shauna Macdonald, Natalie Mendoza & Alex Reid

Sekumpulan kawan pergi ke ekspedisi di sebuah gua. Ekspedisi mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka terperangkap di dalam gua dan dikejar oleh pemangsa yang menakutkan.

5. The Contagion (2011)

https://i.gifer.com/65cJ.gif
Pengarah: Steven Soderbergh

Barisan Pelakon: Matt Damon, Kate Winslet & Jude Law

Kematian Beth Emhoff dan anaknya membawa kepada penemuan virus yang berbahaya. Walaupun pusat-pusat Amerika Syarikat untuk mengawal penyakit cuba membendung penyebaran virus itu, seluruh dunia mula panik.

6. 28 Days Later (2002)

https://thumbs.gfycat.com/AlarmingVibrantGallowaycow-size_restricted.gif
Pengarah: Danny Boyle

Barisan Pelakon: Cillian Murphy, Naomie Harris & Christopher Eccleston

Selepas virus yang misteri menimbulkan kekacauan di United Kingdom, satu pasukan yang terselamat cuba menangani dan menyelamatkan manusia dari bencana itu.

Sumber:https://plus.wiser.my

Pages: [1]
View full version: Filem Ini Mungkin Buat Anda Yang Ada Fobia Kurang Selesa


ADVERTISEMENT