lanesra Publish time 23-6-2021 07:11 PM

28 Lokasi Air Terjun Yang Anda Kena Pergi di Bahagian South, Southeast, West, Ea

28 Lokasi Waterfalls Yang Anda Kena Pergi di Bahagian South, Southeast, West, East, & North Iceland

Foss bermaksud air terjun. Jadi jangan pelik kalau nama air terjun akan berakhir dengan ayat foss di belakangnya kalau anda lihat di Iceland. Datang Iceland memang wajib jadikan destinasi ke air terjun sebagai pilihan utama. Air terjunnya memang berbeza dari mana-mana negara yang saya pergi sebelum ini termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri.

AIR TERJUN BEST BAHAGIAN SOUTH ICELAND

1.Seljalandfoss
Sebut Seljalandfoss, rasanya ramai dah dengar. Air terjun ini tidak jauh sangat dari Bandar utama di Reykjavik kira-kira 120 KM. Ini ialah salah satu spot penggambaran dilwale. Parking di sini perlu bayar dan korang mesti terpegun bila lihat kecantikan air terjun di sini.

Dengan ketinggian air terjun 60m, korang bersedia untuk basah lencun di sini kalau datang dekat dengan Seljalandfoss. Airnya tersangatlah bersih dan menyegarkan.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/196332416_4486708658006099_6693134889284146093_n.jpg?_nc_cat=102&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=xJ-9sIL2rFkAX-MSZPH&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=752c6c32af27dba6d5a1c54b3f37c537&oe=60D85C73

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/200473517_4486709528006012_6524456291016224100_n.jpg?_nc_cat=109&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=i2l9QP6hc7cAX8U5OSL&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=5ee32e28d3357e35e31ed44ce18072c5&oe=60D72270

2. Skogafoss
Air terjun Skogafoss ialah salah satu air terjun yang sangat terkenal di Iceland. Jika anda menuju ke Vik atau Jokulsarlon, anda kena stop sementara di Skogafoss ini. Yang bestnya kat sini, anda kadang kala dapat melihat kecantikan warna pelangi. Jangan risau bila datang sini sebab segalanya percuma.

Ada 2 spot view kat sini. Di bahagian bawah dan bahagian atas. Di bahagian atas tu, korang kena naik lebih kurang 500 anak tangga, tapi view atas ni kalau ambil gambar by kamera atau dron memang marvelous. Cubalah.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/198163115_4486708644672767_5651250705073657621_n.jpg?_nc_cat=109&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=fOk9369mRWIAX9gWX-_&tn=ID3kVCNlstdpXhRo&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=9ab190ba6cfd43983e76b5fd11fbca3c&oe=60D738BA

3. Gulfoss
Gulfoss Waterfall sememangnya 1 lagi lokasi wajib yang anda terjah di bahagian selatan Iceland. Hanya 1.5 jam dari Reykjavik dan yang best di sini anda dapat lihat air terjun dari puncak atas dan ianya mengalir menurun ke bawah.

Macam kebanyakan air terjun di Iceland, anda boleh lihat dari bawah je kan? Jadi sini spot best untuk lihat air terjun dengan lebih jelas. Memang mendamaikan.

Kalau anda parking kereta di Gullfoss Visitor Center ini ada satu tandas berbayar dan biasanya kalau guna tandas kena caj RM7-8 sekali masuk dan bayar gunakan kad kredit/debit.

Ramai yang gunakan tandas di kawasan ini sebenarnya. Tapi ni tips bagi korang yang nak berjimat, korang masuk dalam Gullfoss Visitor Center tu dan di kawasan café, ada tandas di situ yang korang boleh gunakan percuma. Haha. Jimat RM7-8 tuuu

DI bahagian selatan Iceland sebenarnya adalah paling banyak spot kawasan air terjun di Iceland. Saya senaraikan di bawah yang anda boleh pergi nanti. Memang terlalu banyak!

4.Faxatoss
5.Bruafoss
6.Porufoss
7.Oxarafoss
8.Hjalparfoss
9.Haifoss
10.Sigoldugjufur
11.Gluggafoss
12.Glujfrabui
13.Nauthusagil
14.Kvernufoss

Haa banyak sangat kan? Even saya sendiri tak sampai lagi kesemuanya sebab ada yang laluan kena hiking yang sangat jauh dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

AIR TERJUN BEST BAHAGIAN SOUTHEAST ICELAND

15. Svartifoss
Sebut svartifoss, memang antara air terjun yang dikenali di Iceland. Air terjun ini terletak di Vatnajokull National Park. Nak datang ke sini kena sedikit hiking dan bagi saya tak susah sangat. Sini view memang cukup asing dan memang tenang sangat-sangat.

Antara lokasi lain air terjun yang anda boleh terjah di southeast Iceland ini ialah:

16.Systrafoss
17.Fagrifoss
18.Mulagljufur

AIR TERJUN BEST BAHAGIAN EAST ICELAND

19.Hengifoss
20.Gufufoss
21.Litlanesfoss

AIR TERJUN BEST BAHAGIAN NORTH ICELAND

22. Dettifoss
Dettifoss merupakan air terjun yang terbest di bahagian utara Iceland. Isipadu air terjun di sini dikatakan yang paling banyak di negara eropah dan viewnya memang cukup cantik. Nak ke sini musim summer dan spring ok lagi tapi kalau datang musim sejuk, memang cukup mencabar tau!

23. Selfoss
Lebih kurang 800 meter dari Dettifoss, anda boleh terus ke Selfoss. Boleh jalan kaki sahaja nak ke sini.

24. Godafoss.
Di bahagian north Iceland ini, anda boleh juga bergerak menuju ke godafoss. Satu lagi air terjun yang worth to visit di Iceland.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/198681554_4486728048004160_3962884365196744720_n.jpg?_nc_cat=102&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=boiXUYv_bNkAX8CeSq_&tn=ID3kVCNlstdpXhRo&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=c2cf766b7454d998f854a08aed599ae7&oe=60D73DFC

AIR TERJUN BEST BAHAGIAN WEST ICELAND

25.Kirkjufellfoss
Sini ialah antara spot bergambar paling top di Iceland. Terletak di Snæfellsnes peninsula, anda hanya perlu drive 2 jam 30 minit dari Bandar Reykjavik untuk datang ke sini. Spot paling cantik bergambar di Iceland. Parking kat sini pun percuma dan ada satu jambatan di sini untuk anda bergambar dengan view yang sangat cantik.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/131668505_4486709098006055_7123290920866354952_n.jpg?_nc_cat=106&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=KnSpOYLf1wAAX8K66JG&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=190affba374efa2af4ac52c3499c0378&oe=60D88F0D

Lokasi waterfalls lain yang best di west Iceland jugak ialah:

26.Barnafoss
27.Hraunfossar
28.Kolugljufur waterfall

Banyak sangat sebenarnya lokasi air terjun di Iceland yang anda boleh lawati tapi yang saya senaraikan antara yang top di Iceland. Saya sendiri pun belum sampai kesemuanya. Yelah kena perlukan masa yang cukup lama untuk terjah semua lokasi waterfall best ini.

Tapi yang saya senaraikan ini, kalau anda target ke sini pun dah cukup berbaloi-baloi. Jom masukkan bucket list anda ke Iceland.

Saya yakin anda semua tak menyesal, malah rasa nak stay sini terus.

Kredit : https://www.facebook.com/Cikguloh/posts/4486718878005077

Beribear Publish time 23-6-2021 08:17 PM

Wahh, cantik2 tempat Nature dorg. Iolss paling nak pergi kat Iceland ni kat pantai hitam dia yg ada bangkai kapal terbang tu. Nak tengok keindahan laut dgn pasir hitam tu {:mlpity2:}

Boomibulat Publish time 23-6-2021 08:31 PM

Cntk tmpt tu..tp rasanya x blh mndi sbb sejuk sgt..

Lengkong Publish time 23-6-2021 08:33 PM

Cantiknya..nampak sejuk je

my_irina Publish time 23-6-2021 08:46 PM

Subhanallah cantik betul ciptaanNYA...harap dpt smp one day

tagas Publish time 23-6-2021 09:42 PM

Tak bleh celen niagara fall

yg menakjubkan {:1_152:}

Purina Publish time 24-6-2021 02:11 AM

Tpegun nye tengok..
Pages: [1]
View full version: 28 Lokasi Air Terjun Yang Anda Kena Pergi di Bahagian South, Southeast, West, Ea


ADVERTISEMENT